A Pregnancy Journey – StrongBaby Project (Week 7)

7-weeks-pregnant-starting-to-get-your-ducks-in-a-row-e1356437998121

Hokey, Week 7…

Apa nak cerita yerk?

Banyak sangat benda nak cerita. Kalau nak ikutkan untuk satu post ni memang bosan jenuh korang nak baca nanti. Bosan pulak nak baca panjang-panjang. So DS pendekkan mana yang boleh & linkkan ke post2 lain kalau nak tahu lebih detail mengenai topik tu..

Nak tahu ape jadi pade alahan / Morning Sickness DS?? Makin teruk tapi DS dah mula boleh control lah.. Macam-macam cara dah cuba. Mana yang ok tu, DS teruskan. Lain orang, lain kesesuaiannya. Cuma pasal makan jerlah masih lagi tak berselera & tekak mual tak abes2.

10532930_10204406602989912_6493224889517620482_n

Air Lemon Peppermint Tea setakat ni jadi teman setia untuk kurangkan mual tekak.

10559803_10204406587429523_6173032580202146616_n

Kalau tanyer pasal makan, sandwiches jer lah yang termampu di telan tekak untuk beberapa harini.. tu pon ade masa tekak macam tak leh masuk.. sumbat jugak sebab perut asyek sebu jer kalau tak makan. Sekarang ni, kalau makan, tak nikmat! Terseksa rasa bila kena pakse makan.

Then semalam husband ajak beraya rumah Mak Anjang die kat Damansara. Ya Allah, nak keluar rumah naik kereta tu rasa ‘bercinta’ sangatlah! Sebab tak suka rasa mabuk bila naik kete & kena pulak tempat jem macam kat Damansara sane. Huisyh, tabahkan jer lah hati..

10568950_10204407008960061_5181766377490646555_n

Nasib baik aritu Damansara tak jem! Jadi perjalanan jadi cepat & singkat. Sampai jer rumah Mak Anjang, di hidangkan dengan ‘kuih raya’ yang SUPERB!!!

Gila ko nok klo aq malu-malu tolak pelawa melantak buah-buah local ni time tengah preggy macam ni??!! Ni jerlah makanan yang kena dengan tekak orang ngandung awal2 trimester ni. Tu diaaa, DS makan tak pandang kiri kanan & tak bercakap langsung.. Mengunyah jer terus.. Sampai Mak Anjang suruh tapau sikit bawak balik rumah buah-buah tu.. Malu rasewww….

10552425_10204407817700279_7372401648985465898_n

Tiba-tiba Mak Anjang pelawa Laksa Johor pulak!!! Wahh!! Bermangkok-mangkok DS bedal!! Terkejut jugak dengan diri sendiri sebab sepanjang beberapa minggu ni makan memang selowww sangat, tiba-tiba kalau hulurkan laksa (ape jenis laksa lah!), DS makan macam orang tak makan setahun. Pas dah bermangkuk makan, tetibe perut meragam. Tetiba rasa senak pulak! Ni over load namanyer. Orang preggy memang mempunyai digestion yang sangat slow, sebab tu tak boleh makan banyak-banyak sekali gus, kena makan sikit-sikit tapi berulang. Ambek ko DS, muka terus ketat tak bercakap sebab perut senak bagai!!

10544401_703930129679911_509283635776388333_n

Mak Anjang pelawa pulak gula-gula kelapa dari Brazil untuk dessert. Oh memang tak dapatlah daku merasa gula-gula Brazil dalam keadaan perut senak. Lupakan saje niat nak merasa tu…. Nyesal loading tak henggat donia!!

1655928_10204406883276919_8958004800048791343_n

Bila on the way balik, tekak mual-mual nak muntah pulak dah.. Oh tidak! jangan keluarkan laksa johor yang berharga dari perutku!! Paksa diri untuk tidak muntah. Cari asam halia dalam handbag sebab ade research cakap halia elok untuk 1st trimester. Tapi sila beli, bukan ASAM HALIA lah, fresh halia!! Pastu kena marah beramai-ramai di FB..hahahahha…. semua orang risau..

Screenshot 2014-08-03 17.57.12

Hihihi.. TQ to all yang mengambil berat tentang DS. Sayew budak baru belajar ngandung, banyak perkara tak tahu lagi & willing to accept apa2 teguran & nasihat terutama dari mereka yang dah berpengalaman. DS pon dapat macam-macam pantang larang dari orang-orang tua seperti jangan pukul paku, jangan siang ketam, jangan langgar kucing/anjing dan lain-lain.. Maybe kalau anda nak baca macam-macam pantang larang boleh check out post ni:

Pantang Larang Ketika Hamil

10580207_704422922963965_928306398858549472_n

Ni kisah suamiku yang tak abes-abes marathon drama antu dalam laptop die… Kadang-kadang terganggu jugak nak tido bila die sibuk tengok cerita antu sebelah kita kat atas katil tu… Cuma yang bagusnya dia mengalahlah kalau DS dah rasa terganggu sangat waktu nak tidur.. Bukan apa, kadang-kadang bila die tengok cerita macam tu, aura tu lekat kat kita pulak. Kita yang mimpi bukan-bukan. Dahlah orang ngandung 1st trimester ni kuat mimpi pelik-pelik time tidur.

Boleh baca pada artikel ni kalau nak tahu lagi detail: Mimpi-Mimpi Anah Semasa Hamil

Satu lagi perkara yang DS concern sangat adalah weight gain DS time preggy ni. Encik Suami dah tegur, DS nampak makin chubby sekarang & die dah banyak kali suruh DS start pegi gym buat pregnancy exercise..tapi DS malas sebab sementara ni badan lemah lagi.. DS nak start briskwalk & yogalates dulu untuk beberapa minggu ni. bila momentum & tenaga tu dah makin improve baru DS slowly start balik gym training untuk pregnancy ni. Hati ni risau sangat bila naik berat badan walaupun DS tak patut risau sebab DS tahu cara nak lose weight dengan mudah. Tapi normal lah kan, orang pompuan..

pregnancy-weight-gain-chart

DS kena pastikan, weight time trimester ke 3 nanti tidak melebihi 70-72kg.. Pre pregnancy sekarang 58kg, jadi normal & sihat punya kenaikkan berat badan is around 65-68kg.. Ini di antara listdown berat lemak yang diperlukan dalam badan dengan fungsinya sendiri. Sekiranya lebih? Memang teruk DS kena pulun post pregnancy nanti! Encik suami pon dah warning hari-hari tu…huhuhuhu…

  • Baby: 8 pounds
  • Placenta: 2 – 3 pounds
  • Amniotic fluid: 2 – 3 pounds
  • Breast tissue: 2 – 3 pounds
  • Blood supply: 4 pounds
  • Fat stores: 5 – 9 pounds
  • Uterus growth: 2 – 5 pounds

 

Akan datang DS akan ceritakan cara-cara nak maintain berat badan yang sesuai ketika pregnancy supaya tak payah nak pulun teruk time nak lose weight after give birth!

Stay with me!