Pada tahun ini, suhu bumi melonjak tinggi tanpa ramai menyedari akan fenomena El Nino yang sedang berlaku sepanjang beberapa bulan ini. Fenomena ini juga berlangsung ketika kita meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang memerlukan kita melakukan ibadah berpuasa selama 13jam sehari tanpa makan dan minum.

Tidak ramai yang mengambil berat akan kuantiti air yang mereka bekalkan kepada badan individu dan media juga melaporkan punca dihidrasi ketika berpuasa boleh mengakibatkan kematian mengejut. Pada bulan Ramadhan ini juga, suhu di kawasan Washington sekali-sekala meningkat sehingga 100 darjah pada waktu siang, bagaimana pula dengan suhu di negara kita Malaysia?? Kajian menunjukkan bahawa ramai muslim yang berpuasa lebih segera cenderung untuk mengalami sakit kepala, keletihan dan dehidrasi di siang hari berbanding dari hari-hari biasa. Berpuasa di dalam musim El Nino juga banyak mengubah ‘pattern’ diet, senaman & tidur seseorang secara drastik.

Dehidrasi menjadi isu utama yang perlu di ketengahkan dalam bulan Ramadhan kali ini. Topik ini juga pernah DS bincangkan didalam artikel sebelum ini yang bertajuk Elakkan Dehidrasi dan dalam artikel tersebut DS telah pun menghuraikan dari pelbagai aspek mengenai dehidrasi. Sekali lagi DS mengingatkan bahawa kesan-kesan negatif dehidrasi akan membuat seseorang merasa kurang sihat, lemah, letih atau keliru, dan boleh menyebabkan seseorang rebah & pengsan. Jika seseorang mengalami gejala-gejala ini, mereka perlu berhenti berpuasa dan berikan mereka minuman. Ini berpunca dari kekeringan sumber cecair dalam badan individu tersebut.

Terdapat beberapa ujian bagi menentukan sama ada anda dehidrasi ataupun mengambil jumlah air yang mencukupi. Di antaranya adalah seperti:

1) Hand Pinch Test (Ujian Mencubit Kulit Tangan)
–  Ujian inin memerlukan anda untuk mencubit sedikit kulit di belakang tangan anda & melepaskannya. Ia boleh di ukur melalui keanjalan kulit anda untuk kembali ke keadaan normal dalam tempoh yang tersingkat. Sekiranya kulit yang dicubit mengekalkan bentuk cubitan & mengambil masa yang agak sedikit lama untuk kembali kepada bentuk asal, menandakan anda berada dalam keadaan dehidrasi.

17223

*Anda boleh lihat contoh rajah di atas menunjukkan bagaimana ujian ini di lakukan.

10393692_10204140338653470_5661920014179977212_n10432505_10204140339453490_8146687616543596480_n

*Yang ni pulak, gambar DS test pada tangan sendiri. The result, my skin memang elastik & tak berbekas langsung selepas dicubit.

10455863_10204140042086056_100476354073167051_n

*Salute pada disiplin diri sendiri yang mengamalkan minum mineral water 3L waktu malam (selepas buka hingga sebelum tidur) & 1L waktu sahur.

Ujian ini juga diukur melalui keadaan tekstur kulit anda, adakah kulit anda mempunyai banyak rekahan atau kurang rekahannya.

350px-Dry_skin

*Cracked Skin (kulit merekah) = DEHIDRASI !

dry-skin

*Flaky Skin (kulit bersisik) = DEHIDRASI !

skin-lose-moisture-1

* Dry Skin (kulit kering) = DEHIDRASI !

2) Urine Colour Test (Ujian Warna Air Kencing)
– Ujian seterusnya, anda boleh lakukannya sendiri dengan melihat warna apakah air kencing anda dengan merujuk ‘Urine Color Chart’ yang DS sertakan dibawah. Warna air kencing boleh menunjukkan dehidrasi. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat, anda mungkin dehidrasi. Ada satu soalan dari one of my FB followers, ” Warna urin ade kaitan ngn kencing manis x?” Menurut kajian dari portal ‘Better Medicine From The Healthgrade’ menerangkan bahawa

” Urine color changes can also be caused by diseases of other body systems and diseases that cause the excretion of protein in the urine, which can cloud urine when present in high levels. These include diabetes, heart disease, starvation or excessive dieting, and preeclampsia.”

Perubahan warna air kencing kepada kuning pekat juga boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit atau bagaimana sistem perkumuhan kita berfungsi.

6oos60

*Apa pula warna air kencing DS sekiranya DS rajin menjaga tahap air dalam badan, setakat ni result DS berada pada carta 2. Tak percaya? Perlu ke DS ambik gambar?? Hihihi…

3) Blood Test (Ujian Darah)
– Ujian  jenis ini pula di lakukan di klinik dimana pihak pakar akan menganalisis kepekatan hemoglobin & jumlah sel darah merah didalam darah anda, sekiranya keputusan yang darah yang diperolehi berada dalam kepekatan yang tinggi, anda mungkin berada dalam keadaan dehidrasi juga.

4) Kidney Function Test (Ujian Keberfungsian Buah Pinggang)
– Kegagalan buah pinggang atau sistem perkumuhan berfungsi dengan normal juga mengakibatkan seseorang itu mudah terkena dehidrasi.

Jadi sebenarnya, bagaimana untuk kita mengelakkan berlakunya dehidrasi ketika berpuasa dalam keadaan suhu panas dan dalam masa yang sama membantu daya tahan puasa & tenaga lebih berpanjangan?? Perlu di ingatkan, kita juga boleh kehilangan cecair berterusan melalui sistem perkumuhan, berpeluh & pernafasan. Kepentingan air tidak boleh dipandang ringan. Ia membentuk 70% daripada badan kita, 85% daripada otak kita, dan 75% daripada otot kita. Kegunaan air penting dalam badan kita termasuk membersihkan sisa, mengekalkan suhu badan yang stabil, memudahkan penghadaman dan mengangkut nutrien. Mengabaikan pengambilan cecair adalah bukan perkara yang perlu dipandang remeh sepanjang Ramadhan kali ini.

Tips mengelakkan dehidrasi di bulan Ramadhan ini:

1) Minum air kosong paling minima 2L dalam tempoh selepas puasa hingga sebelum imsak
2) Amalkan makan makanan bersup ketika bersahur & tinggikan kandungan karbohidrat kompleks & fiber
3) Elakkan dari makan makanan berminyak, bergaram & bergula tinggi sepanjang dari waktu berbuka hingga bersahur
4) Jadikan amalan buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi sebagai snek
5) Elakkan dari berbuka atau bersahur dengan minuman manis, bergas, kopi atau teh kerana minuman bergula tinggi & kandungan kafein yang tinggi boleh mengakibatkan kandungan air dalam badan mudah kering & tersejat
6) Elakkan dari melakukan aktiviti-aktiviti dibawah cuaca yang panas
7) Lakukan senaman diwaktu hampir berbuka atau pada waktu di mana badan kita diisikan dengan kalori.
8) Berhenti merokok!
9) Berhenti mengambil ‘junkfood’ atau asam2..
10) Amalkan minum air asam jawa sejuk tanpa gula kerana ia membantu mengurangkan asid di dalam perut
11) Tambahkan lagi kuantiti sayur & buah-buahan dalam menu Ramadhan anda kerana sumber fiber juga membantu mengurangkan dehidrasi anda
12) Catat berapa jumlah liter air yang anda telah minum setiap hari

Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam menjalani Ramadan dengan berpuasa di seluruh dunia dalam keadaan yang amat berbeza, menyebabkan beberapa kes dalam tekanan dehidrasi makin bertambah setiap tahun. Anda dinasihatkan supaya mengambil berat akan isu dehidrasi ini agak ia dapat membantu melancarkan perjalanan ibadah puasa anda disamping menjadikan anda lebih bertenaga sepanjang berpuasa dalam melakukan apa jua aktiviti di siang hari.

Selamat berpuasa!

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen