90days DS Body Cutting Challenge: Menu Sample

Finally you all boleh tarik nafas lega sebab DS dah mula update semula resepi2 fitness dalam blog ni & tak lama lagi INSYAALLAH DS & company akan launchingkan fitness e-book recipes… yeayyy~ happy kan?? pasni tak de lah u all blur blur nak makan or masak ape sepanjang berdiet…just rujuk kat buku resepi yang i dah buat or rujuk kat blog i…. I akan cuba sedaya upaya untuk meng’update’seberapa banyak fitness resepi dalam blog ni…

Jadi untuk challenge yang DS dah lancarkan seminggu lepas iaitu 90days DS Body Cutting Challenge, u all ade try buat tak?? Nope, i takde tetapkan masa bila u all nak start buat…terpulang pada persediaan u all…asalkan cukup 90days tu ok lah… tak boleh pakse pakse nak berubah ni…kne ikut pada diri masing masing…cuma the keywords is macam Dr Azizan Osman slalu cakap, “Fast Action Fast Result, Terhegeh hegeh Action Terhegeh hegeh Result!” Maksudnya kalau u all nak cepat cepat weight loss, cepat cepatlah bertindak! Jangan tangguh tangguh esok lusa tulat or tahun depan…

Maka dengan hati yang ikhlas suci murni seperti baju putih yang dibasuh dengan sabun Fab, DS nak berkongsi dengan u all contoh atau sample menu pemakanan sihat yang mampu membantu u all lose weight dengan cepat!! I’ll promise u all SURE LOSE WEIGHT dalam masa beberapa minggu bila try menu ni tapi mestilah kena ada back up dengan exercise… Cuma yang pastinya menu ni adalah pemakanan yang seimbang yang mampu buktikan ia boleh menghasilkan penurunan berat badan secara sihat!

Takkan tengok jer??? Siapa yang berani, mari sahut cabaran DS!!
Hanya yang pengecut sahaja tak layak bersama dengan DS!!

 

317377_531372096914427_1906745866_n