Percaya tak kalau kat dunia ni ada manusia yang takut berpeluh? Alasannya nanti busuk?
Dan percaya tak ada manusia nak kurus tapi tak nak berpeluh?


Betol, berpeluh bukan bermaksud lemak terbakar pon (harap korang tahu lah part tu), tapi sesetengah manusia dia tak nak berpeluh bukan sebab takut lemak terbakar, tapi sebab MALAS MANDI BILA BERPELUH!
PERGHH! Mandi pon malas, belum tanya bab makan dan lain-lain. Memang pemalas tahap dewa bhaiiii minah / mamat ni.

Apa untung / kelebihan jadi orang pemalas ?

Berdasarkan kajian sekumpulan saintis di Boston, mereka melakukan eksperimen terhadap 1500 orang dewasa pertengahan umur yang sihat & tidak mempunyai masalah jantung. Para saintis ini memberikan latihan kardio atas trademill kepada mereka dan latihan ini dilakukan selama 20tahun. Selepas 20tahun, golongan dewasa ini dikaji aka tahap kesihatan badan & otak mereka (melalui MRI scan). Keputusan yang diperolehi: Golongan dewasa yang menjalani kehidupan sedentari & jarang melakukan apa jua senaman (dalam eksperimen ini mereka lakukan kardio) mendapati masalah tekanan darah tinggi & jantung berkolesterol tinggi. Otot badan mengecut cepat.Β  Otak mereka pula berkurangan saiz berbanding dari 20tahun yang lepas.Β Untung tak hidupΒ  sedentari & pasif ? Di sini tiada kajian membuktikan saiz otak yang mengecut mengakibatkan seseorang itu “tak bijak”, tapi apa yang kita perlu terapkan adalah sekiranya kita nak hidup sihat, kuat & cerdas, senaman perlu di aplikasikan dalam hidup kita.

Ini kita cerita mereka yang PEMALAS tahap super saiya lah kan. Coach nak story sikit tentang mereka yang hidup taklah sedentari taklah aktif, yang sedap-sedap saje. Mereka ni tak suka bersenam tapi mereka ada kesedaran untuk tak hidup sedentari. Ye lah, mungkin mereka ni golongan yang hidup huru hara & semua benda takdan. Macam mana caranya kita boleh elakkan hidup sendentari bila hidup kita busy memanjang??

Pernah dengar tak: 10 ribu langkah sehari ? Kalau pernah, tahniah sebab korang ada kesedaran lah sikit (walaupun tak fikir pon nak buat benda alah tu). Yang tak pernah dengar, takziah.. Korang tak pernah ambik kisah pasal kesihatan diri sebab 10ribu langkah sehari ni ada dimana-mana hospital. Kementerian Kesihatan pon dah menggalakkan kita amalkan senaman mudah ini.

Coach DS panggil senaman ni, SENAMAN ORANG PEMALAS. Sebabnya, semalas-malas pon kita haritu, kalau kita dapat achieve 10ribu langkah sehari, kita terhindar dari masalah jantung. tekanan darah & kolesterol. Sebabnya lagi, hanya bergerak 10ribu langkah ni, banyak sangat kalori yang boleh korang bakarkan untuk dijadikan tenaga pada badan.

Tapi kenapa 10ribu langkah, Coach? Korang tanya Coach, Coach just mampu jawab based from researcher dari Japan pada tahun 1960an dulu, Dr Yoshiro Hatano jumpa dalam kajian beliau bahawa tahap kesihatan kita akan lebih maintain optimum sekiranya kita mampu bakar kalori 20% dari kalori kita ambik sehari. Anggaran nak bakar 20% tu adalah melalui 10ribu langkah sehari dan kajian ini disahkan oleh World Health Organization (WHO) & digunapakai secara meluas. Terbukti ia mengurangkan masalah risiko serangan jantung & kolesterol tinggi. Kalau korang nak tahu berapa anggaran kalori terbakar bila berjalan, korang boleh rujuk pada jadual di bawah:

10ribu langkah tu macam banyak gila kan? Tak boleh nak hadam pada boleh buat untuk dapatkan 10ribu tu. Kadang-kadang dah cuba tapi tak boleh nak achieve jugak 10k sehari tu. Ok, tu yang Coach DS nak bantu korang selesaikan masalah korang yang berusaha nak achieve kan 10ribu langkah ni dalam sehari. Yes, it’s POSSIBLE !

Sebelum start, korang perlu ada Pedometer. Tak kiralah pedometer dalam hp ker, gadget Pedometer ker atau built in Pedometer dalam Heart Rate Monitor Watch korang. Fungsi Pedometer ni ialah mengira setiap pergerakkan yang korang lakukan. Asalkan korang gerak, dia akan detect. Tak kisahlah berjalan ker, berlari ker, melompat ker, bergelek ker. Cuma pastikan ia diletak pada bahagian yang bergoyang tu lah.

CARA INDOOR:

  1. Banyakkan berjalan / bergerak. Tak kiralah kalau tengok tv atau membaca sekali pon (teringat waktu Coach buat dulu: bila iklan jer, I buat any bodyweight workout. bila cerita on baru rehat. hahaha!)
  2. Bersihkan / kemas rumah. Yes! Rajin-rajinlah kemas rumah untuk pastikan kita aktif. Kira one stone hitting 2birds at the same time lah.. Rumah bersih, korang pon bakar kalori.
  3. Mencuci baju, menyidai baju & melipat baju sambil berjogging setempat , lipat atas mejalahh maksud Coach. (ni method Coach guna waktu baby I kecik lagi. Takdan nak p gym sebab baby masih kecik & macam-macam kerja kena buat. Jadi I incorperatekan senaman sambil buat kerja paling I benci ni. Penat wooo cuci, sidai & lipat. Walaupun pakai washing machine. Penat sebab baju bertimbun & my hasben size baju semua 5XL. Berat nak mengangkatnya macam tengah main weight lifting kat gym.)
  4. Sesi membawang kat phone. Tak kiralah korang tengah berborak or online sekali pon, jangan duduk diam wehh! KOrang berjalanlah tawaf rumah korang tu. Kalau rumah bertingkat lagi bagus, bina otot kaki sekali waktu naik turun.
  5. Invest some money & buy a cardio machine. Letak kat rumah & pulun! Kalau tak mampu, pegi lah gym.
  6. OK, klo korang rasa cara kat atas semua RIDICULOUS aka merapu, Coach nasihatkan pegi bukak Youtube, buatlah segala atok nenek exercise cardio yang ada dalam tu. Itu kalau korang rajin lah kan. Sebab yang Coach bagi kat atas bukan senaman. Tapi kalau mental korang boleh barah asal dengar jer kena bersenam, buatlah cara atas tu. Kalau ok dengan bersenam, pasanglah Youtube korang. Asal korang gerak, memang Pedometer akan kira pergerakkan korang tu.. Don’t worry, tak perlu pening-pening nak berjalan keluar untuk dapatkan 10ribu langkah.

CARA OUTDOOR :

  1. Pergi kerja naik bas atau apa-apa public transportation. Settle! Confirm-confirm senang gila untuk korang achieve gol nak-nak rumah jauh dari stesen & stesen jauh dari tempat kerja. (jangan pulak buat macam Coach waktu sekolah dulu: jarak sekolah dengan rumah sangat jauh & perlukan 2trip bas dalam masa sejam lebih sehala, tak pernah kurus & makin gemok adalah sebab makan tak jaga..hahaha!)
  2. Cara tipikal & selalu dah korang dengar: Naik tangga jangan naik lif. Tapi korang nak jugak naik lif & sanggup tunggu/berhimpit untuk naik lif
  3. Bila kat opis kan, pernah tak korang call jer member sebelah table korang untuk tolong capaikan fail yang nun jauh dari tempat korang?? Ewah ewah ewah.. Beratnyeeerr punggung nak bergerak~ Get up & get it yourself!! Boleh jugak cari income part time jadi “bell boy/girl” member korang, al maklumlah…Dalam opis tu bukan korang sorang jer yang berat punggung.. Kalau rasa nak cepat naik pangkat, rajin-rajin jadi tukang buat kopi atau ambik fail boss korang..hihihi..
  4. Bila korang rehat, cuba cari tempat makan kat luar. Coach faham korang tak makan luar sebab rajin bawak bekal (bawak bekal healthy food di antara cara cepat kurus) tapi jangan lah terperap dalam opis tu. Keluar jer pegi kantin ker, food court ker atau kalau takut iman tak kuat, pegi makan kat taman awam yang ada tasik ker, atau memana ada view best. (Coach pon selalu buat cenggini dulu, bila iman dah kuat, baru boleh makan bekal sendri lepak kat food court sebab takde feeling tengok makanan yang terjual kat situ)
  5. Kalau korang jenis keje fleksible & boleh buat meeting secara on phone, lagi best. Coach sampai sekarang buat cara ni. Sambil meeting kat phone sambil window shooping. Korang sumbat bluetooth or earphone korang & on lah meeting korang sambil jalan-jalan windw shopping kat mana-mana. Cuma kena berhati-hati bila berjalan kat tempat ada kenderaan lalu lalang yer.
  6. Letak reminder alarm kat phone. Setiap 2jam duduk kat meja opis, WAJIB bangun & berjalan keluar. Gerakkan sikit kaki supaya jantung mampu dipamkan secara aktif.
  7. Kalau korang keluar dating kan, tak kisahlah dengan partner or member or nak buat meeting outdoor sekali pon, daripada korang buat aktiviti membesarkan punggung jalan-jalan cari makan, baik cari aktiviti jalan-jalan bakar kalori. Some couples do enjoy jalan-jalan cari makan sebab makan buat dorang bahagia. Sekiranya korang rasa nak bahagia bersama dengan cara lebih sihat, pergilah berjalan lagi banyak dari duduk cari cafe & makan. Sebab bakar kalori lagi bermanfaat dari loading in calories.
  8. Mommies, setiap petang sure korang boleh punya berjalan banyak di taman permainan sambil tengok anak bermain. No excuse! Jalan / jogging sambil tolak stroller pon dah ramai mommies nowadays jadikan amalan.
  9. Nak lagi bakar kalori banyak, pakai baby carrier, angkut anak & berjalan naik turun bukit. Kau rasalah sendiri azabnya..lagi best kalau berat anak 12kg ke atas..hahaha!
  10. Yang habit hasben Coach, dia akan parking kereta atau drop Coach sejauh-jauhnya dari kedai yang kita nak pergi. Hummm…tak tahu nak marah atau tak bab ni…
  11. Perasan tak zaman sekarang, tangga tu macam tak wujud sebab orang bersesak naik escalator saje
  12. Bila korang tengah shopping barang dapur kan, jangan ikut cara orang lelaki. Masuk terus pegi ke aisle yang ada barang yang nak dibeli, ikut cara orang perempuan: niat nak beli telur, tapi semua aisle dia singgah. hahaha!
  13. Bila hantar anak pegi sekolah, tak perlu bawak kereta. Pakai basikal. Lagi jauh lagi mencabar, cuma kena keluar rumah awal lah. Coach masih praktikkan cara ni dari zaman anak hantar ke nurseri sampai anak dah besar ke tadika sekarang. Kalau jalan sehala nak ke kerja, sekiranya boleh, berbasikallah jugaklah pergi kerja selepas hantar anak sekolah. Tak pon buatlah cara orang Jepun buat, dari rumah ke stesen LRT naik basikal, parking basikal kat stesen & pegi kerja naik LRT. Sampai ke stesen seterusnya, jalan kaki ke opis & ulang habit ni bila balik rumah.
  14. Cara terakhir kalau korang sanggup, jogging sebelah basikal atau motor. Atau suruh penunggang motor umpan korang duit sambil korang berlari kejar umpan duit tu..hihihi..

I think dah banyak idea yang I berikan pada korang on how to achieve your 10k steps goal in a day.

If korang ada cadangan & idea lain, feel free to share it in the comment below.

Thank you for your time guys!!

 

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen