Category

Nutrisi-Nutrisi 101

Category

Elakkan Dehidrasi

Saranan asas pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil.

Kurangkan Karbo Dalam Hidangan?

Nak kurus cepat?? Tinggalkan nasi, tinggalkan roti, tinggalkan bihun, tinggalkan oat & semua sumber karbohidrat? Kononnyer low-carbs diet lah, atkin diet lah, cabbage diet lah, high protein diet lah, macam-macam lah! Kemudian, tak sampai seminggu diet, tahu nak mengamuk sana sini, muka nak buat macam muka ‘bulldog’, nak emosi tak tentu pasal. Tahan makan nasi sampai menggigil badan. Kalau pada yang mampu bertahan selama setahun tanpa makan nasi, mesti bangga dengan kejayaan itu. Kemudian apa yang berlaku pada setahun seterusnya? Makan nasi semula & lebih teruk kali ni, 2x ganda makan lebih banyak!