Category

Online Coaching

Category

Cabaran Kurus 2018: 28hari Tanpa Bazaar Ramadhan

Korang di antara paling fobia bila bazaar ramadhan tiba?? Bagus & tahniah sebab korang antara manusia yang paling rare & bersederhana setiap kali sambut ramadhan.

Kenapa ek ada jugak orang yang tak berkenan dengan bazaar ramadhan?

  1. Harga kebanyakkan makanan ibarat di sembelih hidup hidup mahalnya. Al maklumlah, juadah tu ada terjual waktu bulan ramadhan jer, bulan lain xjumpa punya.
  2. Tak semua sedap dan memuaskan citarasa selera kita. Kadang kadang dia punya kedekut tahi hidung masin, inti karipap pon macam tak ikhlas nak bagi, ayam dalam lauk pon ibarat Malaysia tengah darurat sikitnya. Paling tak boleh terima bila terkena dengan rasa entah apa apa. Paling teruk terkena bila terbeli makanan basi atau rosak, mau food poisoning seminggu di buatnya!
  3. Konfirm konfirm kebersihan tak dapat dijaga. Dengan keletihan berniaga ni, ingat semua peniaga rajin ker nak sental periuk berkerak tu sampai bersih setiap kali masak? Ingat semua peniaga ker nak masak air untuk buat air batu
  4. Di sebabkan nafsu bergelora, perut kelapan dek sepanjang hari berpuasa (nak nak yang tak bangun sahur), mula lah berbelanja boros beli macam macam bila tengok itu ini. Waktu berbuka nanti menyumbat tak pandang kiri kanan. Bila perut dah sendat, baru rasa bersalah. Baru fikir diet rosak. Tapi duit poket yang dah kempis tu tak difikirkan waktu membeli? Nak solat terawikh pon mata berat badan rasa letih malas. Adakah ia bagi manfaat pada kita?
  5. Yang ni gejala mak mak yang malas nak masak sebab letih berpuasa & bekerja alasannya. Padahal bulan puasa kebanyakkan majikan bagi pelepasan pekerja untuk balik awal. Instead of terus drive balik, mak mak ni lebih suka berjalan jalan buang masa di bazaar. Beli pon setakat satu dua lauk saje. Balik rumah masak nasi. Senang kerja!

PERINGATAN KERAS:
Program ini tiada niat ingin jatuhkan bisness orang melayu. Ini diantara usaha kecil mendidik masyarakat untuk menitik beratkan kesihatan mereka secara konsisten walaupun pada bulan Ramadhan sekali gus mengurangkan pembaziran/boros berbelanja. Dalam cabaran ini peserta masih diberikan 2x peluang menyokong bisness bazaar akan tetapi itu terpulang pada hak masing masing untuk menggunakannya atau tidak. Jadi, tak perlulah berburuk sangka pada Coach DS. Ini hanyalah program kecil bagi sekumpulan kecil yang ingin menyahut cabaran ini. Sekiranya korang tak sokong, tak mengapa, tiada dosanya pergi berbelanja di bazaar. Peace, no harm!

Kalau nak bebel isu memang panjang. Kita skip kan saje bebelan isu bla tiba bulan ramadhan ni. Kita straight to the point mengenai Q & A program online coaching CABARAN KURUS 2018: 28HARI TANPA BAZAAR RAMADHAN ni.

Apa sebenarnya objektif program ni?
– Islam dah mengingatkan kita hiduplah dalam keadaan bersederhana walau meriah macam mana pon rezeki yang kita ada. Kerana pembaziran itu amalan syaitan dan sepatutnya syaitan telah digari sepanjang Ramadhan. Senario masyarakat kita setiap kali berlaku ramadhan adalah amalan shopping sakan di bazaar ramadhan. Based of some media sources, Malaysia di antara negara KETIGA paling banyak pembaziran makanan selepas Germany & UK. Dalam mengurangkan amalan syaitan diri, sambil sambil tu kita belajar mengawal nafsu & menjaga kalori keperluan kita. Kata nak kurus? Tapi setiap kali Ramadhan on, pagi raya jer semua baju sendat. Macam mana tu? Kemudian bazaar pulak yang dipersalahkan.

Bila & berapa lama program ni. Coach?
– Dah semestinya sepanjang Ramadhan. Dari hari pertama Ramadhan sampailah hari terakhir Ramadhan (17/5/2018 – 14/5/2018). Tapi kita akan mulakan seminggu awal sebelum 1 Ramadhan mula untuk sesi briefing cabaran.

Berapa harga yuran & apa yang saya dapat dari program?
– Harga berpatutan untuk korang, RM199. Gol utama program adalah CABARAN = PERTANDINGAN yang sepatutnya tiada apa sangat yang korang dapat melainkan hadiah sekiranya menang. Akan tetapi Coach DS tak sampai hati biarkan korang terkontang kanting tanpa panduan sepanjang cabaran berlangsung. For sure I will gude you all. Macam-macam lah korang dapat : Bonus 20 resepi sihat Ramadhan, Fitness Diary Strength Sifoo sebagai freegift, cadangan pelan pemakanan & latihan, sesi konsultasi & group support yang sememangnya akan support korang dari mula sampai habis cabaran!

Wow! Ada hadiah ker Coach?
– Setiap kali Ramadhan, kalau ada rezeki lebih, Coach DS suka buat some charity kepada pengikut pengikut setia. Kali ni hadiah yang di janjikan kepada pemenang program berbentuk hadiah yang jumlah keseluruhan mencecah RM1k! Berpeluh tau Coach collect duit nak belikan korang hadiah sebelum raya ni. Kalau nak, tolong buat bersungguh-sungguh sepanjang program. Kalau tak menang, korang tak rugi apa sebab korang awal=awal lagi dah dapat macam macam dari Coach kann.

Saya layak ker join program ni?
– Selagi korang bukan kerja dalam bidang fitness, health, sport or medical, korang layak join. Itu jer syaratnya. Kalau korang punya kerja related dan nak jugak join, silakan. Cuma awal awal korang takkan dipilih sebagai finalis walau gempak macam mana pon result korang di akhir program. Kasi chance lah kat newbies merasa body baru. Oh! By the way, peniaga bazaar tidak dibenarkan join sebab awal awal korang dah tak menepati konsep program..maaf.. boleh cuba cari program ramadhan coach lain.

Coach, kenapa 28 hari saje? Kenapa tak cukupkan 30 hari?
– Haaa…Bagus soalan.. 2hari yang tercicir tu sebenarnya hari talian hayat korang. Talian hayat kalau buatnya korang terpaksa menelan makanan dari bazaar ramadhan. Seperti terpaksa balik kampung & makan apa yang di hidangkan. Ada majlis buka puasa ker dan lain-lain yang membuatkan korang terpaksa gunakan talian hayat ni. Tapi kalau xde laaagiii bagus.. Besar peluang untuk menang!

Kena masak sendiri ker Coach?
– Paling afdal masaklah sendiri, kalau tak reti masak mintak tolonglah keluarga masakkan. Aippp…jangan cuba cuba cuit makanan dari bazaar. Anggaplah korang memang tengah berdiet untuk jadi topik utama makcik pakcik membawang bila balik raya nanti. Topiknya: “Kau nampak kurus wehh!! Apa tips kau buat??”

Apa kriteria nak menang, Coach?
1) Peratusan penurunan berat badan & peratusan lemak paling banyak
2) Tak pernah jejak bazaar ramadhan (talian hayat tak berusik). Sekiranya semua peserta telah gunakan talian hayat, Coach akan pilih paling sikit guna)
3) Segala tugasan/cabaran yang diberikan setiap minggu telah dilaksanakan dengan baik & di report dalam instagram peribadi anda (pastikan Coach dah check semua)
4) Effort korang konsisten educating masyarakat thru media social tentang progression korang sepanjang cabaran sebulan ini
5) Kerajinan korang ambik gambar & kongsi masakan/menu sihat yang korang buat sepanjang Ramadhan
6) Tabung ayam paling meriah di akhir bulan Ramadhan (reward yourself on your positive habit)

Coaching online ni kena sentiasa hadap telefon jer, Coach?
Tidak! Waktu coaching dihadkan dari pukul 2petang sehingga 4petang setiap hari.

Saya kerja related dengan fitness, tapi saya nak sangan join cabaran ni?
Boleh. Tapi korang awal-awal dah terkeluar dari senarai finalis pemenang.

Saya ada masalah kedihatan & injuries, boleh join ker?
Boleh! yang penting korang tulis dalam borang PARQ yang telah disediakan & remindkan coach DS secara personally tentang keadaan limitasi korang

Saya kerja shift, sesuai tak?
Agak mencabar sedikit tapi tak jadi masalah. Dalam borang PARQ akan ditanyakan lebih lanjut butiran peribadi korang

Boleh join tak untuk breast feeding mom / pregnant mom?
Breast feeding should be ok akan tetapi jangan terlalu letakkan matlamat turunkan berat badan drastik, kejarkan pada milk production & ubah eating habit kepada healthier pattern. Jangan korbankan susu anak hanya untuk kurus.
Bagi pregnant mom, tiada elemen “nak kurus” sepanjang sertai program ni. Korang hanya perlu fokus kepada tukar eating pattern kepada healthier version

Saya pernah join batch lama, boleh join lagi tak kali ni?
Boleh, selagi bukan juara batch lepas

Ada beberapa kawan kawan nak join, boleh tak coach?
Boleh! Korang sebagai introducer akan dapat RM5 cut off dari fee korang sebab perkenalkan cabaran ni kepada mereka. Inform Coach supaya boleh di arrangekan.

Saya/family niaga kat bazaar. Hari hari bawak balik makanan bazaar. Boleh tak saya nak join cabaran ni?
Susahlah kalau macam tu sebab awal awal dah lari konsep. Sekiranya niat masuk untuk belajar ilmu diet waktu ramadhan, boleh lah join. Kalau untuk menang memang susah lah.

Bila saya perlu laporkan report terakhir sebelum keputusan final keluar?
Peserta WAJIB laporkan report 2hari sebelum 1 Syawal. Kegagalan korang buat begitu adalah kerugian diri sendiri.

Kalau saya tak buat tugasan/cabaran, boleh tak?
Tak boleh! Setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta dari cabaran akan dilakukan bagi peserta yang sudah dikenakan 2x penalti/amaran

Kalau tak pegi bazaar, tapi beli makanan kat kedai boleh tak coach? Tak sempat masak.
Tak boleh. Dalam salah satu objektif cabaran ini korang kena usahan bawak bekal homecook setiap kali pergi kerja sekiranya balik lambat dari berbuka. Cara penyediaan akan di ajar dalam program nanti.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan mengenai cabaran, bolah whatsapp Coach DS terus selagi penyertaan masih dibuka!
Klik link ini: http://dianesera.com/hubungi/

Online Group Training: Si Kering Vs Si Gedempol

Raikan perbezaan mereka yang terlalu kurus dan yang terlalu berisi.

Betol! Kecantikkan itu memang datang dari pelbagai sudut dan bentuk kan? Akan tetapi kecantikan tubuh badan sahaja tidak memadai kalau kesihatan dalaman kita tak dipelihara dengan betul.

Tak ramai tahu jadi si Kurus itu adalah satu penyeksaan dan ramai sahaja lebih gemar pandang serong pada mereka yang berlebihan berat badan. Di sini Coach DS nak bukak minda korang untuk selami isu-isi yang dialami oleh  si Kurus & si Gemok dalam harian hidup mereka:

Si Gedempol (berlebihan berat badan):
1) Asal shopping baju jer, mesti susah cari size besar. Dah pusing-pusing 3-4 shopping malls, payah benar nak ada size. Kalau ada size pon, design baju huduh amat. Kadang-kadang terpaksa ajelah beli sebab tiada pilihan lain. Sedihh..sob..sob..sob.. Tu belum promoter baju buat muka mintak pelempang sebab rasa susah nak layan si gedempol ni cari size.

2) Bila naik kapal terbang atau public transport, orang keliling akan bagi pandangan “isyhk si gemok ni, makan ruang betol!” dan ramai akan cuba cari tempat lain supaya tidak duduk dekat dengan si gedempol ni.  Memang tak selesa bila si gedempol terpaksa berselit dalam public transport nak-nak waktu peak hour. Berkicap ketiak wa cakap sama lu!

3) Masalah kesihatan? Ape tu?? Tak payah cakap laahhh hakak abang oiii.. Pernafasan pon dah bunyi macam semput, demam/tak sihat badan tu memang selalu. Lemau, lemah, lembik, you named it! semua ada! Penyakit kronik tu kena cerita chapter seterusnya, macam-macam hal. Ada yang sampai tak mampu berikan zuriat dan diugut untuk diceraikan.

4) Pergerakkan macam siput panjat gunung Kinabalu, very lah the seloowww motion. Buat apa kerja selow dan cepat penat. Mood swing segala bila orang keliling membawang pasal prestasi kerja yang tak berapa cemerlang tu. Tak ramai bos berkenan nak ambik staff buat kerja slow motion dan selalu mintak cuti sakit. Tu belum kena jaga orang tua sakit/anak/suami/isteri/oku kat rumah. Lagi perlukan kecergasaan bergerak sana sini.

5) Bau badan toksah cakaplah..Mandi 5x sehari pon badan kuat berpeluh dan berbau. Baju maintain basah peluh memanjang. Biasalah, lagi berat seseorang tu, lagi banyak dia bergerak, lagi senang pembakaran kalori berlaku. Tu yang berkicap memanjang.

6) Waktu makan atau beli makanan, mesti ada langau lalat beruk tegur: “Larrr..patutlah badan gemok. Kau makan ker melantak ni? Diet lah weehhh!! Badan dah macam nak meletup!.” Tapi kang bila time si gedempol diet, beruk berbunyi: “Wow! kau tengah dieett kerrr?? diet macam mana pon, macam tu jelah kembang aku tengok badan kau..”

7) Rasa insecurities dengan badan sendiri setiap kali tengok badan orang lain tiada masalah berat badan. Nak-nak bila pergi gym ker, hari terbuka sekolah anak ker, tertengok gambar artis ker. Sure akan kondem rupa diri sendiri. Pegi lari nangis belakang ceruk peti ais mengenangkan penyesalan badan gemok. Sejam kemudian, dari duduk belakang peti ais, mula lah dia duduk depan peti ais cari apa yang boleh di kunyah.

8) Hubungan intim dengan pasangan jadi tak power! Ehem ehem..ni kisah orang dah kawen saje…. Si gedempol ni tak larat nak bertahan lama sebab hubungan intim perlukan kadar ketahanan jantung yang tinggi. Boleh meletop jantung kalau tak berjaga-jaga.

9) Sentap gila bila budak 3tahun panggil GEMOKNYA DIA! Ye lahh..bukan niat budak tu nak cari nahas, dia cuma expresskan apa yang dia nampak & perkara dia baru belajar. Nak tambah garam pada luka lagi bila budak tu tanya kat mak dia: “Mama kenapa pakcik tu gemok sangat? Dia makan banyak sangat ker? Dia tak exercise?”.. Si hemak pon speechless tak tahu na jawab macam mana.

10) Bila si gedempol balik kampung, topik paling hot antara adik beradik, mak pak sedara, jiran sekampung adalah betapa makin besarnya badan sipulan ni. Hummm…Membawang time!!

Si Kering (kurang berat badan):
1) Naik menyampah dengar netizen suka cakap:”Untunglah kau, makan banyak banyak badan maintain kurus saje..” Tapi dorang tak tahu kolesterol & visceral fat si kering ni tinggi yang senang diserang masalah jantung. Luaran  mungkin nampak kurus, tapi kat organ dan saluran darah, lemak bertepek tepek.

2) Terpaksa makan mengalahkan jembalang hanya nak pastikan berat badan tak makin turun. Sumbat macam macam dan sentiasa mengunyah. Di penghujung minggu, naik penimbang, rasa macam nak buat smack down tengok angka kat penimbang maintain kurus keping!

3) Ayat pertama bila orang jumpa si keping ni adalah “Kenapa kau makin kurus / kenapa kau kurus sangat ni?? Kesiannn.. Tak cukup makan ker macam mana??” Perrghhh.. Nak aje sekop kepala orang tu dengan kain Pak Lebai yang seminggu tak berbasuh tu. Kau tak mengerti maksud METABOLISMA TINGGI KER??

4) Paling menyampah cari kasut atau jam! sebab takde size yang bersesuaian. Dahlah baju kena pakai size budak! Takkan nak pakai kasut & jam size budak?! Bertambah gila bila setiap bulan size badan makin menyusut. Pakai semua menda nak terlondeh sampai kena ikat dengan getah sayur atau pin dengan pin lampin budak. Tragis.

5) Aset tak melimpah! Takde daya tarikan langsung. Leper sekeping papan saje. Pakai apa baju semua tak cantik. Kawan berlawanan jantina tengok pon xde selera nak pikat walaupun dah dress up se cun Neelopa.

6) Bila naik kereta sesak, selalu dipaksa duduk atas riba. Wehh! Apa korang fikir dia kanak-kanak bawah umur ker apa? Bila pegi restoran, kadang-kadang disuruh order kids plate sebab takut tak habit. Pergh, menyirap!!

7) Asal sakit atau kena period pain jer, selera terputus. Takde selera nak makan. Bila stress dan penat, tidur lebih penting dari makan.

8) Bila kawan-kawan sindir & cuba pegang pegang nak rasa isi atau tulang, kemudian gelakkan sebab dorang rasa skinny ni jokes, si kering ni sebab taknak hilang kawan, terpaksa jadi sporting & gelakkan diri sesama dengan kawan. Bab kalau angin tiup boleh terbang tu, dah immune dah jadi bahan lawak.

9) TALI PIGGANG JANGAN PERNAH LUPA BILA NAK PAKAI SELUAR JEANS!

10) Terlupa diri sendiri keping kalau tak tengok gambar or cermin diri sendiri. Kalau berada dikeliling orang yang mengadu badan gemok, terasa awkward disitu…

==========================================================================================

Mendapatkan berat badan yang ideal bukan mudah bagi seseorang. Dan boleh jadi tekanan dalam hidup mereka.
Di sini Coach DS mereka bentuk program online coaching khas bagi mereka yang bertahun hidup dalam dilema berat badan tidak ideal.

Akan dibuka bagi batch seterusnya pada July 2018 ini.

Whatsapp 0177022420 untuk dapatkan keterangan lanjut.