Kepercayaan amalan karut yang perlu di elakkan adalah JANGAN MINUM AIR BANYAK.
Ini SALAH!
Bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari.
Tambahan lagi kuantiti air yang cukup mampu mengelakkan hidrasi badan & menjaga hormon penghasilan susu ibu.
Resepi Ikan Singgang
Bahan – bahan:
– 1kg ikan bulat
– asam jawa secukupnya
– 5 biji cili padi
– 3 biji cili merah
– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– halia secukupnya
– kunyit halus secukupnya
– lada sulah secukupnya
– garam dan penyedap secukupnya
Cara Penyediaan:
1) Bersihkan ikan hingga bersih, kemudian ambil asam jawa ambil air asamnya masukkan ikan yg sudah di bersihkan
2) Kemudian hiris cili, bawang, dan halia
3) Panaskan periuk dan sedikit minyak tumis cili, bawang dan halia hingga wangi kemudian masukkan lada dan kunyit serbuk, masak hingga wangi jugak
4) Setelah itu masukkan ikan dan air asamnya sehingga ikan tenggelam tambah garam. masak hingga ikan betol-betol masak.

Resepi Ikan Air Asam
Bahan – bahan:
Ikan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris
Air asam
Tomato – belah kasar
Lada hitam / cili besar
Minyak zaitun untuk memasak
Cara Penyediaan:
- Goreng ikan dalam air fryer sehingga garing
- Panaskan kuali dan tumis semua bahan
- Masukkan ikan dan biar mendidih

Resepi Ikan Bakar Berempah
Bahan – bahan:
Ikan
Bahan kisar (bawang putih, bawang merah, halia, kunyit)
Serbuk kari
Lada hitam – tumbuk
Sedikit garam
Daun pisang (elakkan guna auminium foil)
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ikan seperti biasa
- Lumurkan semua bahan ke atas ikan
- Bungkus dalam daun pisang & bakar hingga masak

Resepi Ayam Blackpepper
Bahan – Bahan:
Ayam (salut dengan sedikit serbuk kunyit & garam)
Bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam)
Sos lada hitam
Air
Daun bawang / capsicum hijau
Cara Penyediaan:
- Goreng ayam dalam air fryer hingga garing
- Tumis air semua bahan tumbuk & sos lada hitam
- Masukkan ayam dan gaul rata
- Masukkan daun bawang dan biarkan hingga mendidih

Sup Ikan Merah
Bahan – bahan:
Ikan merah
Bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia)
Bunjut sup ikan
Hirisan sederi & lobak merah
Air
Lada hitam – tumbuk
Sedikit garam
Daun sup
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan (kecuali daun sup) dalam periuk dan renehkan sehingga ikan masak
*tak perlu tumis kerana ikan sudah mengandungi minyak ikan sendiri, biarkan bahan kisar tereneh dalam minyak ikan (kurangkan penggunaan minyak ketika berpantang) - Akhir sekali setelah sup masak, tutup api & taburkan daun sup

Resepi Hati Masak Limau Purut
Bahan – bahan:
-1/2kg hati lembu (bersihkan, rebus & hiris nipis)
– 1 sudu teh serbuk kunyit
– 2 sudu ketumbar
– 2 sudu serbuk kurma
– 1 batang bunga lawang
– 1 inci halia
– 2 ulas bawang putih
– 3 ulas bawang merah
– 4 keping daun limau purut
– 3 sudu lada hitam (tumbuk halus)
– 4 sudu minyak masak
– 1 keping asam gelugur
– 1 batang serai
– Gula & garam secukupnya
Cara Penyediaan:
1) Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pulak dititik.
2) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan jugak rempah kurma, kulit kayu manis & bunga lawang serta serbuk kunyit & serai. Masukkan hati lembu & gaul sekata.
3) Tambahkan air, didihkan sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan limau purut, asam gelugur & lada hitam.
4) Perasakan dengan gula & garam secukupnya.

Resepi Serunding Halia & Bawang Putih
Bahan – bahan:
Halia – sagat & perah buang jus
Bawang putih – hiris nipis
Ikan bilis
Lada hitam – tumbuk
Cara Penyediaan:
- Goreng angin (air fryer) / goreng sangai halia, bawang putih & ikan bilis secara berasingan
- Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati
- Sejukkan & simpan dalam bekas kedap udara

Resepi Sambal Ikan Bilis Berkunyit
Bahan – bahan:
Ikan bilis sagai (goreng tanpa minyak)
Bahan tumbuk
Bawang merah
Halia
Kunyit Hidup
Lada Hitam
Air asam jawa
Cara Penyediaan:
- Tumbuk semua bahan (kecuali air asam jawa)
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dan tumiskan bersama air asam jawa sehingga wangi

Resepi Bubur Berlauk
Bahan – bahan:
-Isi ikan tenggiri / merah / ayam
*bagi mengelakkan ikan hanyir dalam bubur, digalakkan bersihkan & rendam ikan bersama jus limau nipis & halia sebelum dimasakkan
– Beras (masakkan dahulu menjadi bubur nasi)
– Serunding halia bawang putih (klik sini untuk resepi)
– Sebuk stock ikan bilis (ikan bilis sagai & blend hingga jadi serbuk)
– Sedikit minyak bijan
– Daun bawang & sayur sawi yang diracik halus
– Sedikit garam bukit sebagai perasa (tak perlu letak garam sekiranya hidangkan bersama Sambal Bilis Berkunyit)
Cara Penyediaan:
1) Masak bubur nasi dahulu
2) Setelah bubur mendidih, masukkan semua bahan selebihnya
3) Didihkan sehingga isi ikan / ayam masak sempurna
4) Hidangkan bersamaIkan Sambal Bilis Berkunyit (klik sini untuk resepi)
