Category Sexy Diet

Snek Sihat Tanpa Memerlukan Peti Sejuk

Untuk artikel kali ini, DS akan berkongsi dengan adik-adik student kita & traveler-traveler tegar kita bagai mana nak maintain makan snek yang healthy walaupun tanpa wujudnya peti sejuk kat tempat dorang ni.. Banyak request soalan-soalan dari adik-adik student & travellers bertanya mengenai masalah ini. Mereka memberitahu bahawa, mereka takde tempat nak masak & simpan barang-barang segar kerana macam student mereka mostly tinggal di asrama, manakala traveller pulak, mereka tak banyak pilihan makanan yang berkhasiat & halal sepanjang mereka merantau ke tempat orang. Pada mulanya berpusing-pusing jugak DS mencari jawapan untuk soalan ni. Lama bertapa kat dapur untuk tengok apa healthy food yang sesuai yang tidak memerlukan kehadiran peti sejuk.. Humm… Bila idea tu datang serta merta, terus DS kongsikan bersama anda & harap artikel ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang terbuntu selama ini. Healthy food ada di mana-mana sebenarnya, cuma it’s depends on us sama ada kita nak eat healthy atau tak nak saja. Banyak alasan yang boleh di cari sekiranya seseorang tu memang taknak & banyak ikhtiar yang boleh di usahakan sekiranya seseorang itu betul-betul nak !!

Read More

Kekurangan Karbohidrat

Nak kurus cepat?? Tinggalkan nasi, tinggalkan roti, tinggalkan bihun, tinggalkan oat & semua sumber karbohidrat? Kononnyer low-carbs diet lah, atkin diet lah, cabbage diet lah, high protein diet lah, macam-macam lah! Kemudian, tak sampai seminggu diet, tahu nak mengamuk sana sini, muka nak buat macam muka ‘bulldog’, nak emosi tak tentu pasal. Tahan makan nasi sampai menggigil badan. Kalau pada yang mampu bertahan selama setahun tanpa makan nasi, mesti bangga dengan kejayaan itu. Kemudian apa yang berlaku pada setahun seterusnya? Makan nasi semula & lebih teruk kali ni, 2x ganda makan lebih banyak!

Diet rendah karbohidrat membuat anda berasa sedih dan tertekan!
Satu kajian baru-baru ini oleh penyelidik Australia, yang disiarkan dalam Arkib Perubatan Dalaman, seramai 106 pelaku diet rendah karbohidrat atau tanpa karbohidrat terlibat dalam uji kaji ini selama setahun.

Selepas setahun, pelaku diet ini kembali kepada pemakanan seimbang dimana dengan mengambil semula karbohidrat & mereka terasa lebih bahagia, lebih tenang, dan lebih fokus dari melakukan diet rendah karbohidrat berbanding dengan rendah karbohidrat membuatkan mereka rasa tertekan.

Sebab??

Read More

Apa itu Clean Eating?

Clean Eat/Makan bersih adalah mengenai makan makanan pada tahap yang paling semula jadi. Ini bermakna mengelakkan makanan yang diproses, makanan yang mempunyai banyak pengawet, makanan yang banyak gula ditambah, dan makanan dengan tahap yang tinggi lemak jahat / kolesterol (sesetengah lemak tepu / semua lemak trans). Selain itu, anda perlu mengelakkan makanan yang telah disuntik dengan dos bahan kimia.

Read More

90days DS Body Cutting Challenge: Menu Sample

Finally you all boleh tarik nafas lega sebab DS dah mula update semula resepi2 fitness dalam blog ni & tak lama lagi INSYAALLAH DS & company akan launchingkan fitness e-book recipes… yeayyy~ happy kan?? pasni tak de lah u all blur blur nak makan or masak ape sepanjang berdiet…just rujuk kat buku resepi yang i dah buat or rujuk kat blog i…. I akan cuba sedaya upaya untuk meng’update’seberapa banyak fitness resepi dalam blog ni…

Read More