Category

Superpower – Superpower 101

Category

Panduan Pemakanan Sihat Ketika Hamil

Cakap pasal berpantang dengan makanan, bukan perlu di tekankan selepas bersalin saja, tapi ketika hamil & sebelum hamil pon kita dah patut berpantang dalam pemilihan makanan, demi kesihatan diri kita sendiri & bayi yang sedang “underconstruction” dalam perut kita. Ada orang, sebelum dia hamil, dia pulun betul-betul jaga makan sebab tak nak berat badannya naik tapi bila hamil dia main belasah semua makanan. Ada orang pulak, sebelum & ketika hamil, memang bedal jer apa-apa, memang tiada beza sebelum dan selepas…hihihihi… Anda yang mana satu??

Pantang Larang Ibu Hamil

Kali ni DS nak share mengenai Pantang Larang Ketika Hamil. Ni DS just sharekan pendapat dari sesetengah blogger tentang pendapat dorang. DS orang muda, tak pandai nak bagi advice pantang larang macam orang-orang zaman dulu bagi. Terpulang pada anda semua nak ikut atau tidak, yang penting semuanya datang dari Allah Taala. Kita hanya berusaha mana yang termampu.