Spicy Crispy Chicken Wrap With Spinach Filling

 

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam (dipotong nipis & diketuk nipis)

1/2 bawang bombay/kuning (dihiris halus)

1 ulas bawang putih (dicincang lumat)

1/2 sudu kecil lada hitam kasar (ditumbuk hancur)

Sedikit daun bayam (dibersihkan)

2 biji telur putih

2 sudu besar serbuk roti (bakar wholegrain bread & kisar sehingga lumat)

2 sudu besar oat

1 sudu kecil serbuk lada kasar/cayanne pepper/paprika pepper

1 sudu besar minyak canola

Lidi pencungkil gigi

 

Cara Penyediaan:

1) Untuk inti: panaskan minyak canola & tumis bawang bombay + bawang putih + lada hitam sehingga bawang layu. Kemudian gaulkan bersama dengan bayam sehingga bayam layu

2) Untuk salut luar ayam: 1 mangkuk telur putih & 1 mangkuk lagi  untuk campuran oat + serbuk roti & serbuk lada

3) Letakkan sedikit inti bayam tadi di atas kepingan ayam mentah & gulung perlahan-lahan & di cucuk lidi supaya gulungan tidak terbuka

4) Celupkan gulungan ke dalam mangkuk putih telur & pastikan keseluruhan gulungan tersebut disaluti putih telur

5) Selepas itu celupkan pula ke dalam mangkuk serbuk salut campuran oat tadi sehingga menutupi seluruh gulungan ayam

6) Panaskan non stick pan & masak gulungan ayam tersebut tanpa minyak. Masak sehingga salutan oat bertukar menjadi kuning keemasan & isi ayam telah masak. Pastikan masak dengan api sederhana

7) Angkat gulungan & cabutkan lidi-lidi tersebut & potong menjadi kepingan sebelum disusun cantik didalam pinggan makan

8) Boleh dihidangkan dengan grapefruit/limau gedang & dijon mustard

 

Total calories per dish (2 gulungan ayam) : 325kcal++

Tags:  ,