Genaplah hari ni hari ke 4 melayankan keperitan demam campak ni…

Pagi tadi bangun badan terasa lega sikit & kepala on dah ringan dari hari-hari sebelum ni. Sebab apa al kisah malam tadi salah sorang bootcamp trainee I, Kak Zura bersusah payah memborong ubat-ubat kat farmasi dan tengah malam buta dia buat special delivery dari Rawang ke Bangi semata-mata nak I makan ubat bagi tidur I malam tu tak terganggu. I tak pasti pukul berapa dia sampai rumah I & menggantungkan seplastik ubatan di pintu grill rumah I tapi based on whatsapp sekitar dalam pukul 12tengah malam hampir ke pukul 1pagi..

Ya Allahh~ Moga usaha akak yang betol-betol gigih ini (even suami sendri tak kuasa nak buat macam ni) dibalas lebih rezeki, kak.. Rasa terharu bercampur bersalah campur dengan gembira sangat tak terhingga ada orang sudi bantu kita datang jauh di waktu tengah malam macam tu. Thank you Kak Zura.. Jasa akak takkan I lupakan sampai mati, Kak.

Bahagia sangat tau dapat re-stok ubat batuk & lotion Calamine ni. Sepanjang I dikuarantin perap dalam rumah ni, stok semua habis. Nak keluar sendiri tak berani, takut bawak jangkitan kat orang lain. Husband pulak outstation. Anak punya stok ubatan dia still banyak..Biasa lah, waktu beli, pentingkan barang anak dulu sampai lupa barang sendiri (all mommies have that syndrome..hihihi)

Dan pada waktu tengah hari, sedang I sibuk melayan anak I yang tantrum tak nak mandi (she’s not fully recover, still having bad flu & cough), sorang lagi my bootcamp trainee called me. Dia dah jumpa daun semambu & nak pass it to me that time. I terkejut betol bila dengar dia boleh jumpa daun semambu yang sememangnya susah nak cari lah kat kawasan bandar macam ni unless kena pegi masuk perkampungan lama area Bangi Lama tu, merayap sana sini lah mencari. Itu pon kalau jumpa..

Thank you sooo much Sis Kay for the daun semambu… Terharu lagi rasa bila trainee sendiri sanggup susah payah mencarikan benda-benda yang sememangnya payah nak jumpa. Even I pon sepanjang kena demam campak & anak I kena, just pakai sabun semambu ni saje. Ada jual kat farmasi, easy to find rather than cari the real daun semambu.

First time tengok daun semambu ni memang jakon sikit.. Hahaha… Dibelek-belek setiap details daun tu..

Macam mana nak buat dengan daun ni. Than Sis Kay pesan buat air mandi & campurkan dengan sedikit serbuk kunyit sebab ia anti-inflammantory. Bagus untuk rawat luka kulit demam campak ni.

Wahhh~ Bagusnya kalau jumpa daun ni seawal anak I kena haritu. Sepanjang dia kena, tak merasa pon pakai daun ni, just pakai sabun neem (bahasa melayu “semambu”) & calamine lotion saja.  Takpelah, rezeki baru datang harini time I kena. Yang penting anak I dah recover dari campak & sekarang tengah rajinkan menyapu serum Vit E dekat parut lukanya. Cuma macam terasa nak membeli lotion Herbal Blend dari Shaklee tu (nampak macam bagus? hmmm…) tapi poket tengah kopak..So buat masa ni just pakaikan serum vit E & Baby Johnson lotion pink tu saje. Harap boleh kurangkan parut dia.

Back to the story lah (jangan lah meleret sangat), seikat daun semambu tu I bahagikan kepada dua: untuk buat mandi & untuk buat alas tidur. Yang buat alas tidur, I cuci dulu daunnya. Jangan tak cuci kak oii! I siap jumpa “spider daun” halus jer di sebalik daun-daun tu.. Adoiii..kang lain jadinya kalau tak cuci sebelum buat baring. Dari nak sembuh, terus makin banyak pulak..hihihi.. Bila dah bersihkan, bentang  kain batik atas tempat tidur kita dan taburkan daun-daun tu. So malam ni sila tidur “nakey nakey” (jangan pakai apa-apa baju, tidur terus atas daun.. Itu kata salah sorang trainee I yang pernah kena campak di waktu dah tua gini. Baekkk! Menurut perintah!

Fefeeling macam baring atas daun Mohabbatein dah I rasa..

Separuh ikat lagi, I basuh dan rendam dalam air panas bersama sedikit serbuk kunyit. Biarkan ia berendam dalam 15mins & ramaskan daun-daun tu bagi keluar jus dia. Air tu kita buat mandi. I letak dalam jug & simpan dalam my bathroom.

Bila dah puas hati main ramas-ramas, campak daun-daun tu tadi, JANGAN BUANG! Masuk dalam blender & blend sampai jadi paste. Boleh buat body masker. Nanti lepas mandi tepekkan kat seluruh badan. Simpan paste dalam mangkuk & letak dalam bathroom jugak.

Bila semua dah siap, now it is time for me to test onto my skin. Pengalaman first time pakai daun semambu ni.

Pertama : Sabun badan I guna sabun semambu tu dulu (yelah, takkan nak buang terus sabun yang ada. pakai je lah terus)

Kedua: I leburkan semambu paste tu kat seluruh badan.

Hmmm.. Perasaan yang terlintas dalam hati waktu first application tu terasa diri ni seperti ikan yang di sapu kunyit sebelum masuk kuali goreng.

Seriouslah, the tumeric smell langsung tak kena pada tekak I, rasa nak muntah pon ada. Terpaksa gigihkan diri menyapu jugak demi benefit dia. Bila dah sapu seluruh badan, dah rupa si Poison Ivy dalam cerita Batman. Mak kau hijau??

Rambut I sapu kat celah kulit kepala, tak brani sapu kat rambut sebab macam I cakap kelmarin, semambu ni efek dia keringkan. I taknak lah rambut I kering macam berus kuali lagi sekali, tapi I sapu jugak kat kulit kepala nak nagi cacar air yang berlambak & very2 itchy tu dikeringkan cepat!

Bila dah lebur seluruh badan dan muka, tunggulah jap sampai dia kering & berangin jer rasa.. Hummm.. Tak tahu lah kalau rasa berangin tu datang dari paste semambu ni atas I lupa tutup pintu time mandi..Ah sudahh..

Ketiga: Dah kering semua, bilaslah bersih-bersih. Yang tang rambut tu, cuci betol-betol kulit kepala & segeralah shampoo plus conditioner rambut tu or else memang dia jadi kasar kering macam berus kuali.

Keempat: Selepas mandi, lap perlahan (jangan pegi gosok badan tu bagi mengelakkan gelembung pecah) & sapu lah calamine lotion.

Resultnya badan memang rasa lebih segerrr, enak, nyaman & assiikkk ( keluar bahasa Indon jap). Memang leceh betol steps semua. Kata nak cantik, tak nak ada parut, kenalah rajin. Kalau malas apa pun tak jadi sis!

Harap usaha ni semua berbaloi. I seram amat dengan side effect campak ni pada adult skin macam kita. Perghhh.. Doc pon cakap. orang dewasa kalau kena campak time dah tua gini, memang dasyatlah kulit nanti. Kalau taknak teruk kena start jaga dari awal campak tu keluar. So macam on the first day haritu I dah consume terus ubat kurangkan cacar air ni yang doc prescribed to me. & actually yes, I think it works. Cacar air yang tumbuh kat badan I tidaklah seteruk macam I tengok pada orang lain yang pernah kena. Walaupun banyak, tapi tidak banyak yang besar & ngeri rupanya.

Plus, I dah take action berjaga-jaga dari awal kena until today. Korang boleh baca sharing macam mana I cuba jaga campak ni dari day 1 sampailah hari-hari selepas sembuh nanti. Nak repair balik kulit bukan senang kak non oii.. It takes time, effort & patience.

Ok lahh..kita sambung bebel dalam post akan datang..

Doakan I sembuh segera, aminnn~

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen