Seronok main Dodgeball dengan budak-budak MFC (Mesotropin Fitness Challenge) sampai tak ingat doniaaa…

Badan yang sepanjang hari rasa seram sejuk, alih-alih jadi bertenaga bak hang bila berkejar-kejaran dibaling Dodgeball..

Balik rumah tengah malam tu, mandi & terus lelap. Tak ingat apa-apa dah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bangun pagi esok hari saja, badan terus rasa “dedar”, dia punya sejuk dalam luar panas lain macam.

Selak saje selimut dan tahu tak I nampak apa kat tangan I ??

CHIKIN POX WEEEYHHHHH !!! SEDANG BERMIMPI KAH AKU SEKARANG INI ???!!

Tapi gambar tu bukan gambar tangan I.. itu gambar sample saja.. Cpox yang ada kat tangan I waktu tu tumbuh macam biji-biji kecik, macam biji ruam lah jugak. Bangun dari katil, kepala berpusing. Pergi depan full body mirror, selak baju. Tuuuu diaaaa pak tammm….Kat badan dan dan ada dua tiga biji yang bercecair. Sahlah chicken pox ni. Dengan pantas terus I pegi mandi dan guna sabun anak I.

Punya PANIC at the disco tengok bercacar air kecik-kecik kat badan. Sambil sabun sambil nanges….

“TOLONGLAAHHHHH…TOLONGLAHH JANGAN TUMBUH BANYAK BANYAKKKK… NANTI KULIT YANG HALUS MULUS NI ROSAKKKK….HUDUH JADINYAAAA…HUWAAAA…

Anak I pon ketuk pintu dan tanya:

“Mama nape nangis??”

“Badan Mama ada ulaatttttt~ (anak I panggil Cpox = ulat)

Habis berderama dalam toilet, I keluar dengan sebaknya.. Bagi tahu kat husband I dah kena Cpox. Tapi dia tak percaya. Dia kata bukan tu. Benda lain lahh. Memang hangin I ler bila cakap kita dia tak percaya. Malas I nak bertengkar dengan dia, I carry on my rutin daily macam biasa.

Masuk tengah hari I dah rasa sakit tekak yang makin perit, batuk makin teruk & kepala berdenyut-denyut macam nak kena mygrain. Lepas masak lunch untuk family, terus I masuk bilik & tergolek. Entah kenapa kepala sakit sangat. Nak layan online training kat handphone tak larat.

Petang tu sakit kepala & batuk makin teruk. I telan Panadol & cuba tidur. Gagal. Sebab sendi-sendi lutut, pergelangan kaki, bahu semua rasa sengal & sakit-sakit. Badan mula menggigil & berselubung dalam selimut. Suhu badan pon makin panas. Anak I ajak main pon I dah tak mampu bagi perhatian.

Teringat kata doctor, ” Kalau dah rasa macam nak demam & ada tanda-tanda Cpox tu, terus datang klinik. Doc bagi ubat yang kurangkan sikit jangkitan Cpox ni. Kurangkan tau, bukan hilangkan sampai takde terus. Masih akan kena jugak cuma kulit tu tak lah breakout teruk sangat sebab orang dewasa ni kalau kena Cpox memang teruk sangat breakout dia, besar dan banyk. Sampai berparut hitam tak boleh hilang sampai bebila.”

Nangis daku dalam selimut teringat ayat doc yang terakhir tu. Apa lagi, lepas maghrib terus paksa husband bawak pegi klinik. Bootcamp pon terpaksa mintak tolong jiran I, Coach Bob ganti mengajar.

Sesampai di klinik, dengan officially doctor telah mengesahkan I menghidapi demam campak aka chicken pox fever.  Maka bermulalah day 2 of quarantine esok hari sehinggalah seminggu lebih.

Tamat…

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen