KEKAL AWET MUDA

Asyek marah-marah je ko ni TIPAH!!! Tension aku dengan ko ni!!
Ko buat crash diet ape, sampai hormon tak stabil memeanjang ni??
Tengok muka tu, dah macam orang tua dah, umo baru 25 tapi dah nampak mcm 65…
Ko baca petua2 tuk kekal awet muda ni, Tipah oii~~

1. Elakkan diet terlampau
Sekiranya u all menurunkan berat badan terlalu cepat (lebih kurang 200 paun seminggu), berkemungkinan menyingkirkan air didalam badan, bukannya lemak dan kesannya jelas ketara pada wajah u all. Tidak kiralah sama ada u all berhasrat untuk menurunkan berat badan atau tidak, u all digalakkan mengamalkan diet yang kaya dengan vitamin dan mineral. Makanlah makanan yang mengandungi protein, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tambahkan juga makanan yang kaya dengan zink dan selenium.

2. Belajar baca label
Menggunakan produk anti penuaan dari awal adalah digalakkan. Namun, periksa label produksebelum membelinya. Pilihlah krim anti penuaan dan losyen yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E, pomegranate serta sel epal yang berkesan melindungi kolagen dan elastin. Selain itu, produk yang mengandungi agen anti radang seperti cendawan dan lidah buaya, asid hyaluronik, lipid serta asid amino mampu mengekalkan hidrasi pada kulit.

3. Berhenti merokok
Asap rokok mengandungi radikal-radikal bebsa yang merosakkan sel-sel kulit sihat. Bukan itu sahaja, sentuhan bibir pada batang rokok boleh menyebabkan kemunculan garis-garis penuaan pada wajah u all.

4. Gunakan krim pelindun UV setiap hari
Sinaran UV adalah antara penyebab berlakunya penuaan. Ia bertindak memperlahankan tingkat aktif sel-sel kulit. Untuk menguatkan sel-sel ini, sapukan krim perlindungan UV yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 15. Pun begitu, sekiranya u all akan berada dikawasan terbuka sepanjang hari, adalah disarankan untuk menggunakan krim perlindungan UV dengan SPF 30 atau lebih, sapukan lagi selang dua jam.
5. Serum
Apabila sel-sel kulit mati mulai tua, ia akan hilang keupayaan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Penggunaan losyen dan krim adalah sangat baik kerana ia akan mengunci air di dalam kulit bagi mengelakkan dehidrasi. Pun begitu, serum kulit yang ada di pasaran lazimnya membekalkan fungsi anti penuaan yang lebih besar. Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan aktif yang bertindak mencegah penuaan sepenuhnya. Pilihlah serum yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan E serta teh hijau. Sapukannya sebelum mengenakan krim pelindung UV.
6. Pakailah ‘shades’/kaca mata hitam, topi atau payung
Memakai shades mampu melindungi kulit nipis di sekitar mata dan topi atau payung bagi melindungi kulit kepala dari dedahan bahaya sinaran UV. Mengecilkan mata dengan kerap kerana tidak tahan dengan pancaran cahaya matahari merupakan antara penyebab hadirnya garis-garis halus. Pada masa yang sama, sapukanlah krim mata pada waktu pagi dan malam.
7. Tarik nafas dalam-dalam
Stress juga merupakan salah satu daripada penyumbang penuaan. Apabila badan menghasilkan lebih banyak adrenalin dan hormon stress kortisol, keanjalan dan tingkat elastik kulit akan terjejas. Tanpa sedar, u all turut kerap mengerutkan dahi u all yang dimana akan membuatkan kedutan lebih ketara. Sebagai langkah mengatasinya, cubalah mengamalkan yoga dan meditasi atau paling tidak sekadar berbual serta berkongsi masalah dengan kawan-kawan.

Tags:  , ,