Berlaku ketika minggu permulaan bulan Ramadhan..
Week 1 – Week 3 (14 Jun 2014 until 5 Julai 2014)
Akhir-akhir bulan nak prepare untuk celebrate ketibaan Ramadhan rasa excited sangat. Waktu tu pulun training gila-gila & dah mula practice Eat Clean & puasa 2minggu awal sebelum tiba Ramadhan. Tujuan buat macam tu supaya badan tak terkejutlah bila masuk bulan puasa nanti. Yup, progress memang sangat smooth until 29 Jun di mana bermulalah ari pertama berpuasa. Orang lain ari pertama lembik (termasuk En.Suami) tapi DS pulak terlampau hyperactive, siap boleh pegi training kat gym & masak untuk berbuka puasa. Dasyat betul badan waktu tu. Semangat die lain macam!
Sampai lah seminggu selepas berpuasa, badan dah mula lembik tiba-tiba. Aii?? Orang lain steady, kita pulak lembik?? Waktu tu badan memang totally exhausted. Kepala kerap pening sepanjang berpuasa & bibir pon kering sangat-sangat. Ingatkan dehydration tapi rasa macam pelik sebab rasa DS memang berdisiplin minum air at least 3liter sepanjang waktu berbuka until sahur. Takkanlah dehydrated lagi??
Badan mula rasa tak sihat… Diri pon rasa slow macam siput bergerak…Putus jugak semangat waktu ni… Bila check body temperature, mula naik tapi seram sejuk jer rasa.. Nak demam ker I ni ? Alaa..jangan lahh..