Perkongsian bersama tentang tips wanita berusia 59tahun yang berjaya mengubah hidup beliau menjadi gaya hidup yang lebih sihat dan bebas dari penyakit yang bertahun beliau menanggung penderitaannya. Ikuti kisah beliau…

SIAPA SAYA?

Nama saya ialah Malmona Wahat, berusia 59 tahun & merupakan isteri serta ibu kepada 3 org anak. Bercerita mengenai kesihatan mommy, mommy merupakan penghidap hypertension (under medication & diabetes (mild). Kalau dulu, mommy memang tiada langsung pengetahuan mengenai kesihatan, apatah lagi pasal fitness & sehubungan dengannya. Ada lah juga jaga makan sikit-sikit, dan jogging petang2 kat stadium, tapi semuanya tidak konsisten & hasilnya agak mengecewakan.

Figure 1: gambar dengan anak ( Hafizah) sebelum menyertai bootcamp
Figure 2: Perut buncit yang mmg tidak dapat disembunyikan

BAGAIMANA SAYA TAHU TENTANG BOOTCAMP DIANE SERA?

Mommy bermula dengan menyertai JK1M atas ajakan anak, (Hafizah) walaupon pada asalnya, mommy tolak atas faktor usia, tambahan pulak suami yang kurang memberi galakkan kerana bimbang akan keupayaan mommy. Tapi akhirnya, bersetuju untuk menyertai malahan rasa teruja pula utk mencuba ;p . Setelah tamat program JK1M, mommy & anak merasakan bahawa kami mahu lebih lagi. Oleh itu kami membulatkan tekad untuk lebih mendalami ilmu fitness dari Coach Diane & CURVYLICIOUS BOOTCAMP adalah jawapnnya. Semua class yang diajar memang menarik & langsung tidak mengecewakan expectations mommy, malahan apa yang diberi adalah lebih lagi.

APA YANG DILALUI SPJG LATIHAN BOOTCAMP?

Sebagai permulaan, mommy, anak & semua ladies didedahkan dengan pengetahuan mengenai pentingnya menjaga pemakanan dan juga stamina seseorang itu. Sejujurnya mommy cakap, memang susah biasakan diri untuk membuat senaman2 yang diajarkan oleh Diane. Hari pertama, boleh kata, mommy fail buat hampir kesemua fitness test yang diberi.

Figure 3: Ukur bentuk badan, BMI, BMR & macam-macam lagi yang dipantau oleh Coach Diane Sera. Berat badan masa ni ialah 70kg
Figure 4: Rupa bentuk badan ketika 70kg

Walaubagaimanapun, itu semua bukan penghalang untuk mommy mengejar target menjadi lady yang fit dan sihat. Habis setiap kali training, mommy akan sambung buat di rumah bersama Fizah. Apa yang penting sebenarnya adalah semangat & iltizam yg dipegang.

Buat semua ladies yang seusia saya ataupun lebih muda/tua, janganlah anda mudah give-up/kecewa. Semangat juang yang mommy ada ditambah dgn dorongan anak yang tidak putus2, membuatkan mommy rasa mommy mampu berdiri setanding dengan ladies lain yang jauh lebih muda & bertenaga drp mommy.

Rajin & konsistensi juga merupakan kunci untuk membawa diri mommy lebih hampir kepada matlamat yg ingin dicapai.

Figure 5, 6, 7: Antara latihan yang dijalani sepanjang bootcamp

BAGAIMANA CARA MENJAGA PEMAKANAN SAYA?

Mudah sahaja. Apa yang mommy buat ialah kurangkan/elakkan makanan bergoreng sebeb benda-benda ni lah yg melambatkan penurunan berat badan serta body shape-up kita. Selain itu, dah tentulah, sebab mommy mempunyai hypertension /diabetes, mommy menjadi lebih berhati-hati dalam pengambilan garam & gula, serta lebihkan serat (buah-buahan & sayuran) dalam menu harian.

APA PERUBAHAN YG DIRASAKAN SETELAH MENGUBAH GAYA KEHIDUPAN?

Pujian pertama adalah dari suami & rakan-rakan sepejabat yang menegur mommy nmpak lebih sihat dan tiada buncit di perut kelihatan. Kalau selama ni, mommy cuba macam-macam cara nak kuruskan badan, tapi semuaΒ  hasilnya adalah hampa sahaja. Bukan itu sahaja, mommy juga mendapat pujian serta kata-kata semangat dari Coach Diane mengenai segala usaha & perubahan yang ditunjukkan. Tentulah mommy merasa lebih brsemangat & bangga kerana berjaya mengatasi kelemahan diri selama ini. Ramai yang bertanya pada mommy, apakah rahsia sehingga menjadi begini. Adalah wajar mommy kongsikan pengalaman mommy tidak kiralah pada sesiapa pon sebab mommy percaya, matlamat kita semua adalah sama, untuk menjadi lebih sihat, cantikΒ  & cergas.

Figure 8: Baju kurung modern yg dulunya ketat, kini longgar di badan
Figure 9: Transformasi selepas 4 bulan, 61kg

Figure 10, 11: Antara aktiviti sampingan yg kami lakukan anak-beranak

KATA PENGHARGAAN & PEMBAKAR SEMANGAT DARI MOMMY MONA?

Akhir sekali, mommy ingin mengucapkan terima kasih kepada coach Diane yg telah mengubah dunia mommy & chaiyyok3 kepada semua yang nak atau baru sahaja bermula untuk mengubah diri ke arah yang lebih sihat.

Figure 12: Wajah nampak lebih muda & keyakinan diri untuk bergaya dihadapan orang ramai lebih meningkat

In shaa Allah anda boleh.

Chaiyyok3!

 

Perkongsian ikhlas pengalaman dari,
Mommy Mona, Klang
Peserta Jom Kurus 1Malaysia #teamdianesera & 1st season Curvylicious BootyCamp

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen