Di antara CDS favourite male trainees yang memiliki performance cemerlang sepanjang program Mesotropin Fitness Challenge & Strength Sifoo Strength Camp: Fyzz from Nogori Sembilan.

Why he is one of Coach DS fav?
Walaupun perjalanan beliau ke bootcamp mengambil masa sejam lebih, semangat kegigihan beliau tak pernah luntursetiap kali jejak kaki ke bootcamp. Letih kerja shift sebagai pemandu yang terpaksa memandu pegi balik utara selatan seharian, beliau tetap berdegil mengheretkan badan beliau untuk penuhkan kehadiran setiap sesi. Memang susah nak jumpa kegilaan usaha orang begini.

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..”

Pengalaman CDS melatih beliau sememangnya satu pengalaman yang agak mencabar kerana kedegilan beliau yang sangat kommited dengan latihan & progression. Bukan apa, pagi kat Johor, tengah hari ke Utara, petang balik semula ke Seremban dan malam bergegas ke Selangor untuk join bootcamp CDS. Tak pon sepanjang sehari semalam long distance driving from Seremban to Langkawi dan balik semula ke Seremban pagi buta esoknya dan alih2 tercongok muka kat bootcamp tepat pukul 8pagi. MasyaAllahh, peserta lain yang rumah dekat dengan bootcamp pon datang lewat. Sampaikan sangat-sangat risau CDS dibuatnya melihat tahap kualiti rehat beliau yang tak cukup sepanjang progress.

Kegigihan yang luar biasa beliau berikan dalam progression beliau membuahkan hasil yang memukau. Dari 111kg turun ke 99kg sepanjang 6 minggu latihan bertubi-tubi. Beliau jugak sangat disayangi oleh semua rakan-rakan seperjuangan kerana semangat berapi beliau membuatkan semua orang berapi. Kalau takde beliau, rasa kesunyian sepanjang latihan.

Pelbagai cabaran & dugaan yang beliau terpaksa harungi sepanjang progression untuk jadi sihat, tak kira dari pelbagai sudut (family, kewangan, masa dan lain-lain). Semangat GILA beliau tak pernah buat beliau jatuh terduduk lama sangat, beliau semestinya akan bangun instantly setiap kali jatuh. CDS salute this guy.

Seperti mana yang kita tahu, THE STRUGGLE IS REAL !
Hanya mereka yang merialisasikan impian faham pepatah tersebut.

Congrates & good luck on your journey, Fyzz!
Thank you for being the MOST  AWESOME friends to us along our journey!

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen