Peserta lelaki pertama CDS latih setelah bertahun berhenti latih kaum Adam ni.
What I like the most bila train kaum Adam ni ?


Dorang susah nak multi-tasking, which means mereka hanya mampu fokus straight pada satu benda.
Kurang lah pesongannya. Hati pon kental.
Kena brainwash dengan Coach pon, tak hati tisu, tapi makin cekal hati !
Macam biasalah, nak train dengan CDS, kenot hati selembut tisu.

Hilmi (nama sebenar) yang pada mulanya sertai bootcamp Mesotropin Fitness Challenge Season 1 dibawah latihan Coach DS meninggalkan benchmark berat 93.1kg sebagai turning point beliau mencabar diri mengurangkan masalah kesebuan badan, kebuncitan perut dan skinny fat beliau.

Di akhir program 6minggu tersebut beliau berjaya menurunkan berat badan kepada 74.3 dengan jumlah keseluruhan peratusan penurunan berat sebanyak 20% dari berat badan asalnya. Amazing efforts! Hanya Coach DS dan rakan2 seperjuangannya menjadi saksi kegigihan beliau mengejar perubahan ini. Beliau juga berjaya mengharumkan nama MFC #teambangi dengan membawa kejayaan sehingga ke peringkat seluruh Malaysia kerana telah dinobatkan sebagai peserta TERBAIK seluruh Selangor.

Tips kejayaan beliau yang ingin beliau kongsikan adalah amat mudah:
” Patuh nasihat & program yang Coach DS rangkakan. Jangan degil & fokus sehingga ke garisan penamat. Mudah kan?”

Beliau meneruskan progress fitness beliau dengn menyertai 6minggu lagi Strength Sifoo Strength Camp under CDS sebelum beliau terpaksa berpindah ke luar kawasan di atas faktor kerja beliau.

CDS doakan yang terbaik & teruskan perjuangan anda!!

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen