Masakan Dalam BLACKOUT

Tahniah kepada DS kerana berjaya masak dengan lazatnyew di dalam blackout….
Masak dalam gelap, makan pon dalam gelap….
Menjadi plak tu walaupon masak teraba-raba barang kat dapur tu….
Entah ape yang I masukkan, I pon tak tawu….
Lantak, yang penting sedap..haha…

Resepi diet kali ni yang I akan kongsi adelah simple Chicken Black Pepper & Hainanese Steamed Chicken…

Mudah dan cepat…15 minit jew…

CHICKEN BLACKPEPPER

Bahan:

2 keping dada ayam (potong dadu)

3 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 ruas halia tua

5 sudu besar sos lada hitam

2 sudu besar perencah serbuk lada hitam ( I guna Maggie brand)

1 sudu besar lada hitam (dah dikisar halus)

1 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan air)

1 kiub stok ayam

2 biji kentang (dipotong dadu)

sayur-sayur campur seperti cauliflower, kacang panjang & carrot di potong kecil-kecil

air secukupya

 

Cara:

– Blendkan semua bawang besar, bawang putih, halia, sos lada hitam, serbuk lada hitam dan sedikit air
– Panaskan non-stick pan dan tumiskan bahan-bahan blend tersebut tanpa menggunakan minyak. Kalau nak letak pun boleh letak sesudu teh minyak zaitun.
– Tumiskan sehingga naik bau & masukkan kentang dan ayam ke dalam lauk. Masukkan sedikit air bagi memastikan kentang & ayam tenggelam untuk dimasakkan
secara pendidihan dalam air. Boleh masukkan kiub stock ayam dan lada hitam yang telah dikisar halus.
– Apabila lauk telah mendidih dengan ayam & kentang sudah empuk, masukkan pula sayur2 campur dan kacau sehingga sebati.
– Masukkan terus air tepung jagung untuk memekatkan kuah dan terus tutup api…kacau sehingga kuah pekat
– Sedia di hidangkan

 

Fakta Nutrisi Anggaran

Kuantiti Setiap 1 Hidangan: 94.0 g

Tenaga 466 kcal

Karbohidrat 30 g (120kcal)

Protein 46 g  (184kcal)

Lemak 18g (162kcal)

 

Fakta Makanan:

Lada Hitam
Lada hitam telah menunjukkan antioksidan yang menarik dan kesan antibakteria – satu lagi cara di mana ini indah perasa menggalakkan kesihatan saluran penghadaman. Dan bukan sahaja lada hitam membantu u all mendapat manfaat yang paling dari makanan u all, lapisan luar lada yang merangsang pecahan sel-sel lemak, menjaga u all langsing sambil memberi anda tenaga untuk membakar.

 

Kentang
Kentang padat dengan nutrien, bermakna kita menerima nutrien yang banyak melalau umlah kalori yang terdapat didalamnya. Seratnya terbahagi kepada separuh larut, setengah larut, jadi ia membantu untuk menurunkan kolesterol dan melambatkan pencernaan bagi  memastikan kita kenyang lebih lama. Fitokimia di dalam kentang termasuk flavanoids dan kompaun  dikenal pasti dipanggil kukoamine yang muncul untuk membantu tekanan darah rendah.

 

 

 

HAINANESE STEAMED CHICKEN

Bahan:

2 keping dada ayam (dipotong dadu)

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 ruas halia tua

1 kiub stok ayam

3 sudu makan sos stok ayam

sayur-sayur campur seperti kacang panjang dan carrot

2 batang daun bawang / leek

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu kecil kicap cair

 

Cara:

– Blendkan bawang besar, bawang putih, halia dan kiub stok ayam. Setelah itu campurkan ke dalam kiub-kiub potongan ayam tadi dan perapkan selama beberapa
minit.
– Untuk sos, campurkan sos stok ayam, minyak bijan & kicap cair dan kacau sehingga sebati.
– Asingkan ayam yang di perap dengan bahan perapan dan campurkan ke dalam sos campuran tadi.
– Masukkan semua sayur-sayur dan daun bawang ke dalam mangkuk ayam tersebut
– Panaskan steamer dan masukkan campuran ayam tadi ke dalam steamer dan kukus selama 10-12minit
– Angkat dan toskan air-air ayam (jika perlu) dan hidangkan

 

Fakta Nutrisi Anggaran

Kuantiti Setiap 1 Hidangan: 94.0 g

Tenaga 500 kcal

Karbohidrat 32 g (128kcal)

Protein 48 g  (192kcal)

Lemak 20 g (180kcal)

 

Fakta Makanan:

Halia
Halia mempunyai pelbagai kesan ke atas tubuh manusia dan adalah dikenali untuk menjadi berkesan untuk rawatan katarak, amenorrhea, penyakit jantung, migrain, strok, angina, kaki makan air, selsema, radang kandung lendir, keletihan kronik, tendinitis, selesema, batuk, kemurungan, pening, demam, kesukaran pucuk, kemandulan, batu karang, penyakit Raynaud, sciatica, dan jangkitan virus.

 

Daun Bawang / Leek
Satu sumber yang baik bagi serat pemakanan, ia juga mengandungi jumlah asid folik, kalsium, kalium, dan vitamin C yang banyak. Lebih mudah untuk dihadam berbanding bawang biasa. Ia juga berfungsi sebagai antiseptik, diuretik, dan sifat-sifat anti-artritis.