Dah sampai masa bagi korang walk with the talk kan?
Maksud I, korang dah achieve tak azam setiap kali tahun baru yang korang beriya-iya kata nak lose weight by end of this year?
Dah achieve ker belum? Kalau belum takkan tahun ni nak ulang azam yang sama?
Goal nak kurus tapi tak kurus-kurus jugak setiap tahun, makin bertambah kilo & membulat ada lah kan?

VOIlLLLAAHH!!

Mula tahun baru, mula azam baru, mula method baru & bermula jugalah Mesotropin Fitness Challenge Season 2 terbaru ini ! Bagi team I, #MFCDIANESERA which is dari Bangi atau pon kami panggil MFC #teambangi yang merangkumi 13orang peserta bersedia menyahut cabaran menurunkan berat badan & menjadi lebih FIT & ACTIVE dalam menyambut tahun baru ini.

Program ini adalah cabaran sepanjang 6minggu yang bermula dari  3 Februari 2018 sehingga 17 March 2018 ini. Nampaknya 13 orang dari merata tempat (bukan pendudukBangi saja tau dorang ni) memang betol-betol bersemangat dalam misi mencapaikan berat ideal masing-masing & ada juga yang join bukan target untuk jadi lebih kurus, tetapi untuk jadi lebih fitter, faster & stronger than before. Wow! semangat begini lah yang I perlukan dalam mendidik mereka yang serius dalam mengubah gaya hidup.

Korang nak tahu tak apa yang seronok sangat join program Mesotropin Fitness Challenge ni?

1) Peserta berpeluang bawa pulang WANG TUNAI sebanyak RM10k bagi sang juara, RM5k bagi naib juara, RM2500 tempat ke3 & RM1k tempat ke4.

2) Dapat tshirt & ebook teknik menurunkan berat badan secara PANTAS dari Mesotropin

3) Dilatih oleh barisan Coach yang bertauliah dan berkualifikasi dalam cara pemilihan diet yang bersesuaian dengan keperluan badan, di ajarbersenam untuk turunkanberat badan segera & kekal fit setiap hari

4) Dapat lakukan latihan bersama kawan-kawan seperjuangan yang semestinya seronok seminggu 2x

5) Dapat merasa pelbagai latihan atau aktiviti yang jarang korang dapat merasa kalau korang buat journey ni sorang-sorang.Kalau tak caya nanti I update some of their training

6) Ada nutrition class di sediakan & personal consultation bagi setiap individu dalam membantu mencapai goal masing-masing

7) Dapat group support bersama rakan-rakan seperjuangan.I tell u, journey fitness ni jadi lebih seronok jika kita gerak bersama dengan kengkawan tau sebab ia mampu mewujudkan aura/enviroment persaingan sihat diantara peserta.

8) Dapat sokongan & tunjuk ajar dari Coach tapi bayar dengan harga berpatutan (RM250 untuk 6minggu punya program) sebab korang share yuran beramai-ramai kan. BERBALOI SANGAT!!

BANYAK LAGI BENEFITS KORANG BOLEH DAPAT BILA JOIN GROUP TRAINING MACAM NI!

==============================================================================================

Jom teruskan baca apa yang mereka buat pada hari pertama KICK OFF MFC S2 harini.

Pagi-pagi lagi masa hari pertama, Coach briefkan tentang procedure & process sepanjang 6minggu program ni supaya semua clear & mampu patuh dengan segala syarat yang telah dikeluarkan oleh Mesotropin (bukan Coach tau yang tentukan, Coach hanya guide sahaja korang) & sebagai ice breaking program, Coach mulakan dengan Bismillah~~

Itu sudahlah tentu..hihihihihi..

Guraulahh~~ (ehhh,pandai bergurau pulak Coach DS ni)

Jadi aktiviti untuk ice breaking, I minta peserta buat timbangan & ukuran badan kali pertama. Uisyhhh… Inilah proses palin penting tau dalam nak start sesuatu fitness journey sebab data dari hari pertama ni lah yang akan motivate diri you all sendiri sepanjang progress nanti. Time ni lah baru semua nampak “beratnya aku”, waktu time naik penimbang. Time ni lah baru sedar “Ya tuhan, aku mengandung selama bertahun-tahun rupanya”… Mana taknya, mengandung tak pernah bersalin, siapa yang perasan? Sebab badan dah mula adapt dengan keadaan perut besar tu. Tapi mulalah start rasa sakit belakanglah, sakit lutut lah, susah nak berjalan lah.. Ni semua angkara bawak bebanan berlebihan dalam badan setiap hari. Letih tau hari-har bawak badan berat, ingat best ker?

 

 

 

 

 

 

 

Ukur kak, bang..Jangan Tak ukur.. Encik abang zul sempat sengeh lagi tu..

Jadi alang-alang sebelum I nak teruskan berceloteh pasal diari hari pertama MFC S2 ni, I perkenalkan dulu peserta-peserta dibawah jagaan I. Semoga ada muka-muka ni mampu buat I bangga dengan pencapaian dorang satu hari nanti. Coach tak mintak banyak, just mintak korang follow saja guide plan yang akan I berikan nanti. Jangan derhaka/murtadkan dengan ajaran I sekiranya korang nak result OHSEM !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lepas saja procedure ukur mengukur & timbang menimbang selesai, Coach on kan dorang dengan fitness test. Pentingnya fitness test ni adalah sebagai pengukur tahap fitness level masing-masing sebelum program latihan di sediakan untuk mereka. Al-maklumlah, setiap orang punya tahap kecergasan tu tak sama bergantung pada lifestyle & background yang berbeza.

Bila fitness test dah settle semua, data peserta pon dah berjaya dikumpul, barulah dengan confident nya I nak design program untuk dorang ni. Oh jangan tak tahu, I memang bagi jadual 6minggu latihan & guideline pemakanan untuk dorang ni buat tak kira on or off bootcamp supaya dorang tak lemas sesorang ke Lautan Selat Hindi sana.

Next procedure, I dengan senang hatinya ajar dorang proper breathing techniques supaya dorang ni faham macam mana nak buat engagement pada core. Setiap senaman yang kita lakukkan, bila kita tak pandai engage our core, pelbagai risiko kecederaan boleh berlaku. Sebabnya core adalah ototyang sepatutnya menstabilkan segala pergerakkan kita buat. Kalau core lemah & tak stabil, maka segala bebanan atau tekanan sangat mudah terkena pada tulang belakang & sangat-sangat senang seseorang kena sakit tulang belakang atau Uterus Prolapse (peranakkan jatuh, ini bukan mitos, ia boleh beraku!).

Bila diperhatikan, terlalu ramai tidak pandai engage core masing-masing ketika melakukan senaman. Ini adalah salah satu kerugian sepanjang proses menjadi seorang yang FIT dalam melakukkan pelbagai senaman atau tugasan harian sekali pon. Tak perlu jadi seorang atlit untuk belajar engage the core kerana tugasan harian kita pon dah cukup mencabar, nak-nak orang perempuan zaman sekarang yang lifestyle mereka very sedentary sebab kebanyakkannya kerja duduk menghadap computer dari pagi sampai petang setiap hari.

Jadi kalau nak tahu perkembangan mereka dalam minggu-minggu seterusnya, stay tune! Doakan yang baik-baik buat mereka. Ini usaha paling murni korang buat kat badan korang dengan menjaga amanah yang Allah berikan dalam bentuk kesihatan. Kesihatan tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Hanya usaha keras diri kita yang pandai menghargai badan kita dengan menjaga cara pemakanan, bersenam & dapatkan kualiti rehat yang mencukupi mampu optima tahap kesihatan & kecergasan masing-masing.

Antara kesihatan & kewangan, tiada yang boleh dipilih. Dua-dua penting. Jadi sebagai khalifah Allah, kita kea belajar macammana nak seimbangkan kesihatan dengan aset duniawi ni. Hihihihi.. Kalau kesihatan ditarik, duit pon susah tau nak cari.

All the best untuk semua peserta! May the force be with you !!

 

XOXO,
Coach DS

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen