Apa masalah badan ni?
Week 4 – Week 5 (12 Julai until 19 Julai 2014)
2minggu ni memang lah teramat kritikal! Asal bangun nak masak untuk sahur, mesti ambik masa 30min untuk redakan tekak yang mual. Muntah kadang-kadang saje. Dalam 2minggu tu just mampu muntah 3 to 4x saje, tu pon sebab bila makan makanan yang tak kena tekak. Bila pepagi asyek mual-mual, baru teringat sesuatu, aq ni dah lama tak datang period..puasa full jer bulan ni.. pregnant ker?? Rasa macam nak pegi buat test tapi hati takut2 sebab takut kecewa kalau result negative. So, DS abaikan jelah, layan jer ketidaksedapan badan waktu tu.
Bila di layan, menjadi-jadi puloks tekak ni… Craving macam-macam setiap kali berbuka. Dah elok-elok tengah buat Clean Diet, terus hancur diet sebab nak melayankan tekak yang makan memilih.
Memula mintak kat hubby teman carikan popia basah & putu bambu. Sampai ke bazar Shah Alam pegi mencari. Nasib baik jumpa satu gerai jer kat bazar tu yang jual popia basah. Kalau tak kempunan ‘mak pekan’ ni… tapi bila dah rasa popia basahnyer, mual tekak! frust sebab tak sedap (nanges sedih jap). Cuma bernasib baik sikit, putu bambu sedap & jelly kelapa pon boleh cover sikit loya mual tekak waktu tu.
On the next day, tetibe tekak nak makan Masak Lemak Telur Itik dengan Belimbing Buluh. Frust sangat cari-cari tak jumpa. Nak masak sendiri, tak mampu sebab badan lembik sangat. Nak suruh hubby masak, memang dalam mimpi lahh cik kiah oiii…Lastly, hubby bawak makan kat Old Town. Asam Laksa jerlah yang menjadi penyelamat tekak waktu tu. Dengan selamba pegi bedal asam laksa dengan nenas-nenasnyer sekali. Isyk isyk isyk…. Orang kata tak elok makan nenasnya. Tapi sebenarnya should be ok saja kalau makan beberapa kiub, bukan makan sekali sebijik nenas.
Hari yang seterusnya, seriously ari yang sangat teruk sampai tak boleh nak puasa. Asyek muntah & kepala pon berpusing-pusing macam helikopter. Terlentang jer atas katil tidur. Hubby swoh telan panadol, DS telan jerlah sebab tak tahan kepala berdenyut macam nak pecah. Sepanjang DS tak sihat, En.Hubby jugak yang mengemas rumah, cuci toilet2 kat umah sampai berkilat, mop rumah, cuci baju & jemur baju yang bertimbun-timbun.Rajin dia… Walaupon die tak reti masak, tapi at least die rajin buat lain (tengok mood die jugak lah). Rasa beruntung jugaklah bila Strongman sudi buat keje2 wife die dikala wifenya tengah sakit. Bukannya senang nak tengok Strongman buat keje bini kat umah.. Terserlah ke’macho’an disitu…
Petang tu en.hubby kesian tengok wifey die yang dah rupa mayat dah… lembik pucat semacam. So, die pon ajak keluar mencari lauk ngidamku lagi.. Last2 jumpa kat bazaar Shah Alam jugak. Punyalah happy tak terkata sampai tak sabo nak balik makan (mentang2lah tak pose) tapi tak jadi makan sebab tunggu sama2 buka pose dengan hubby…hehehehe… Akan tetapi terkilan sikit masa waktu berbuka, lauk masak lemak telur itik yang macam nak gila ku mencari, rasanya tidak seperti yang I expected. Tawar hebeh (orang Melaka cakap), cair & tak kaw langsung. Harga pon agak mahal.
2x dah terkena yang tak sedap diwaktu-waktu nak menjamah makanan yang I mengidam. Sedih tau bila terkena macam ni, korang tahu tak? Tak kesian ker sembelih orang di dalam bulan Ramadhan? I dapati waktu bulan ramadhan ni, kat bazaar ramai peniaga yang berniaga macam tak ikhlas, kedekut & sembelih harga tinggi. I pon pernah merasa berniaga dibazaar ramadhan dulu, bila masak tu seikhlas hati, murah hati lebihkan bahan-bahan dalam masakkan & letak harga pon yang berpatutan. Biar sedap dan orang datang mencarilagi esok hari. Tapi paling kesian kalau terkena kat ibu-ibu mengandung yang mengidam, beli dahlah mahal, tapi dek mengidam punya pasal pejam mata saja lah pasal harganya. Sampai masa waktu berbuka, AllahuAkhbar! Rasa dia memang betol-betol i menitiskan air mata kerana rasa TAK BERBALOI bayar dengan harga macam tu. Hilang keredhaan I bagi duit dekat si peniaga tu. Macam mana nak berkat bisness wahai peniaga Melayu??
Ok sudah lah.. Tak tahulah nape emotional sikit.. Nanti kita sambung sembang lagi..