Dah masuk Week 6 untuk ‘StrongBaby Project’ ni.

Masih tak percaya yang I will become a MOM !! Seronok tak terkata bila dah start project ni.. InsyaAllah, doakan semuanya selamat sepanjang journey yang mencabar ini. First mommy-to-be, banyak benda kena belajar.

Week 6 Day 6 (31 Julai 2014)

Arini adalah Syawal yang ke 3. Sepanjang Syawal ni, makan tak berapa berhantu sangat macam dulu2. Takde selera. Lauk-lauk tertentu jer boleh makan. Setakat ni lauk pauk raya yang mak DS masak jer yang nampak menyelerakan. Bila pegi rumah orang lain, memang bedal kerepek jer. Nak makan heavy-heavy tak berapa berselera… Sempat beraya di JB & Rawang jer sebab tak larat lah nak berjalan-jalan ni. Mabok perjalanan, dalam kete asyek baring jer… Sayup sendu sajew~

Sambal Goreng Johor, Rendang Ayam, Kari Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Serunding Daging & Ketupat.. Perghh!!!! Masakkan mak jugak yang terbaikk!! Bukanlah nak berperangai ‘pho yo’ sangatkan, but seriously tekak just berselera makan heavy waktu raya bila mak sendiri yang masak. Lepas tu bila nak balik ke Selangor, tetiba kena ‘homesick’ rindukan kampung di JB. Nangis senyap-senyap belakang hubby sebab rindukan mak abah & adik2…. sobsobsob…teruk emosi orang ngandung ni….tak tentu pasal nak nangis, nak sedih, nak happy or nak moody….

Baby bump yang tak berapa obvious sangatlah walaupun dah masuk minggu ke enam

Untuk Week 6 ni, bump perut belum nampak jelas kalau tertutup dengan baju. Tapi kalau tanpa baju, memang leww nampak ‘bonggol’ kat rahim. Bonggol yang naik tang area tu jer. Cakap pasal bonggol, di antara perubahan badan yang mula berlaku di sebabkan pertukaran hormon adalah seperti:

1) Boobies sakit & membengkak (part ni paling DS suka. Walaupun sakit, tapi dari cup B terus jadi cup C !! omak! ni baru 1st rimester, belum 3rd trimester nanti.. dulu waktu lose weight, pernah lose sampai cup A…sedih giler rasa..diet & senaman yang tak betul memang senang kecutkan breast. then it takes 2years for me to full kan balik kepada cup B. tapi bila dah ngandung macam ni, tak sampai 2bulan terus naik cup C. marbelous! hahaha)

2) Jerawat bertepek kauu…. (mungkin tak berlaku pada semua orang but it happen to me… setiap kali perubahan hormon, jerawat memang masalah utama to my skin sebabnya DS memiliki sensitif skin. tu yang kadang-kadang kalau hormon tu stabil, muka clear jer. tapi klo hormon kucar kacir, naik lew jerawat sane sini)

3) Bumper melebar (toksah cakap lah haiii… melebar die bukan main… nak kata happy, happy jugak sebab my dream body sukakan boobies besar, pinggang kecik & punggung mantap.. kalau punggung lebar ni bahaye jugak, kne selalu control kelebarannya. biar lebar penuh otot..bukan lebar penuh lemak & selulit..sendiri boleh bayangkanlah yer)

4) Perut & badan rasa bloated (yup, awal2 ni memang badan rasa sebu semacam jer. berangin pulak tu. asyek sedawa saje. u all ade petua tak untuk buang angin badan ni?? setakat ni DS just amalkan minum teh halia jer pastu elakkan makan makanan yang ‘berangin’)

5) Rambut & kuku (makin lebat & bersinar..wow!)

6) Kulit (waktu pregnant ni lah kena sangat-sangat berdisiplin minum air bagi menggelakkan dehydrated. Sebab 1st trimester ni memang kerap p buang air kecil, jadi badan senang kering. jadi kena pastikan stock air tu bergelen-gelen kat rumah. kalau air tak cukup, sangat bahaya untuk kandungan dan si ibu juga)

7) Keputihan (setakat ni masih terkawal. kena sentiasa pakai pantyliner bagi mengekalkan ‘freshness’ sebab bila selalu sangat buang air kecil, kena pasti kan cuci bahagian private tu dengan pencuci wanita bagi mengelakkan kulat dan keputihan yang teruk, tak sangguplah kalau private part tu dah berbau. Bagi u all yang ade masalah keputihan, DS boleh sarankan u all cuba tea tree extract oil di campur ke dalam air suam, dan bilas setiap kali selepas buang air.. InsyaAllah dia bantu bunuh kuman-kuman atau kulat kat private area tu…tak pon boleh guna air rebusan daun sirih yang dah di sejukkan)

Benda paling tak best kena telan hari-hari & setiap kali ambik, rasa meloyakan tu makin menjadi-jadi

Di antara suppliments yang di sarankan ambik starting from 1st trimester lagi adalah PerVit & Folic Acid.. Actually Folic Acid digalakkan ambik sebelum pregnant lagi, lebih bagus. Suppliment2 yang lain seperti vitamin C juga di sarankan. Cuma pada DS kalau nak ambik vit c tu, biar natural from foods seperti grapes, oranges, grapefruits, berries dan macam2 citrus fruits lagi. Sebab tak nikmat lah ambik vit c dalam bentuk suppliment & membazir sebab badan kita tak perlu vit terlalu banyak yang di supplykan dalam suppliment tersebut. Dos berlebihan akan terbuang begitu saje. Untuk PreVit pulak, dalam post akan datang DS akan terangkan lagi secara detail ape tu PreVit & faedahnya.

Besides that, protein di antara sumber yang tersangat lah penting di awal trimester hinggalah bersalin. Ingat tak, kalau dalam tv dorang akan berkali-kali iklankan susu Anlene or Anmum wajib di ambik oleh ibu2 mengandung ni… Wajib tu sebenarnyer tidak lah. Kalau nak comparekan kandungan susu dalam Anmum dengan dalam whey protein, lagi tinggi dalam whey protein. Setakat ni DS just consume whey protein (sekiranya DS workout) dan sekiranya tak workout DS minum HL ker, Dutch Lady ker atau Greek Yogurt but mostly DS suka buat dalam bentuk smoothies, blendkan dengan buah-buahan.

Oh, sebelum terlupa.. Untuk 1st trimester ni, most of woman akan mengalami Morning Sickness yang teruk. Sangat sedikit peratusan yang tak mengalami morning sickness (lucky them!).. Morning sickness ni berpunca dari ketidakstabilan hormon estrogen & progestrone dalam badan. Jadi tu yang mual2 tekak.  Sepanjang beberapa minggu ni, DS banyak study pasal macam mana cara nak kawal Morning Sickness tu supaya menjadi lebih teratur sebab kalau dibiarkan memang satu kerja pon tak leh buat. Ada banyak cara sebenarnya. Diantara cara yang DS buat:

1) Pastikan snack setiap 2-3jam…jangan biarkan tekak kosong kering… sumbat jer apa-apa healthy snack yang ada. tak pon sumbat biskut kering. DS kalau benda2 ni tak jalan, DS sumbat berbiji-biji oranges & mango sekali hadap.. lega sementaralah…huhuhu…

2) Setiap kali bangun nak solat subuh, DS terus pegi minum Lemon Water time perut tengah kosong. Pastu kunyah biskut kering beberapa keping.. Bau lah solat subuh & buat Yogalates pagi-pagi tu.. Lemon water kena sentiasa fresh & standby dalam fridge. Kalau rajin DS buat Peppermint Tea campur Lemon & sejukkan.. Teh halia pulak minum bila badan rasa bloated jer, sebab tak minat rasa halia tu…yuck!

3) Makanan berminyak, berkanji & bergula tinggi setakat ni sememangnya memualkan tekak !! Setakat ni DS baru start nak explore resepi-resepi yang sesuai untuk morning sickness ni… InsyaAllah akan sharekan resepi-resepi ni  sekiranya berkesempatan.. Contoh macam resepi 1st yang DS buat ni adalah resepi instant di mana DS main campak2 apa yang ada dalam stock. Jadi lah Lemony Spagetti with Tuna. Rasa spagetti yang masam, pedas dan tak berminyak adalah rasa yang tekak DS boleh sesuai. 1st trimester ni tekak lebih selesa makan ikan dari ayam or daging.. Entah lah, kalau sumbat jugak ayam or daging, sure muntah balik. Sebab tu sekarang tengah menggila makan asam laksa tapi lain orang lain ngidamnyer… Mine is like this lah…

1st trimester ni jugaklah sangat sesuai untuk kita banyak study & membaca al-quran atau dengar bacaan2 al-quran. Ini perlu diterapkan awal-awal supaya ia boleh berterusan sampai anak kita dah membesar. Mengikut kajian saintis Barat, ibu yang mengandung perlu membiasakan diri & bayi mendengar lagu2 orkestra seperti Beethoven, Mozart dan lain2 bagi merangsang pertumbuhan IQ kanak2. Akan tetapi, untuk orang Islam seperti kita pulak, digalakkan mendengar hari-hari bacaan Al-Quran & alunan zikir-zikir. Lebih elok dipasangkan di dengan headphone supaya dapat dengar dengan jelas apa yang di bacakan. Anak dalam kandungan pon jadi lebih tenang bila dengar… No kidding, ni di antara comment kakak2 senior yang dah pernah buat method ni:

Ya Allah, tak sabar nak cuba method ni… Moga-moga anak yang di lahirkan  adalah anak yang soleh solehah. Yang kuat, sihat & ada pegangan agama yang kukuh seperti pahlawan-pahlawan Islam zaman Nabi dulu-dulu. Dah banyak pulak DS bebel dalam post ni.. Nantikan post seterusnya lah. I will share everything yang DS belajar sepanjang pregnancy journey dalam my blog ni.. InsyaAllah, moga diary pregnancy dapat ditulis secara consistant. Kalau DS lupa, jangan lupa ingatkan DS di FB ya!

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen