Nasi Goreng Bayam / Spinach Fried Rice (Clean Diet Version)

Tekak tiba-tiba teragak nak makan nasi goreng? Tapi tengah berusaha nak buat clean diet. Apa salahnya makan Nasi Goreng Bayam ala Clean Diet Version ni. Sangat Mudah & cepat disediakan. Boleh dijadikan hidangan sahur atau buka dalam bulan Ramadhan seprti sekarang ni kerana tak memerlukan masa lama untuk membuatnya.

1006280_571933012858335_499710961_n

Bahan-Bahannya:

Nasi beras perang

Sayuran (Bayam & lobak merah)

 Lada capsicum merah / cili padi merah

Isi ayam & fish ball

Serbuk bawang putih & parsley

Air rebusan stok ayam

Sedikit minyak zaitun

*hanya ada 7 bahan ringkas!

Cara Penyediaan:
1) Panaskan minyak zaitun & tumis isi ayam & fishball sehingga masak

2) Masukkan nasi, lada benggala/cili padi merah & stok ayam, kacau sebati

3) Masukkan serbuk bawang putih & parsley

4) Campur sayur sayuran & kacau sehingga sayur layu

5) Sekiranya anda suka telur, boleh pecahkan telur sebiji untuk menambah perasa.

Siap & boleh dihidangkan!

Fakta Nutrisi Anggaran:

Setiap 1 Hidangan

Tenaga 85.5 kcal

Karbohidrat 14.3g

Protein 4.7g

Lemak 2.0g

 
Fakta Makanan:

Bayam

Penyelidikan awal menunjukkan ia membuat otot anda lebih cekap semasa bersenam disebabkan kandungan nitrates. Ia juga membantu membentuk otot dengan lebih sempurna & yang pasti ia memperbaiki kekuatan otot badan manusia

 

Beras Perang

Ia merupakan sumber serat yang terbaik. Beras perang terdiri daripada kumpulan karbohidrat rumit/kompleks. Diantara manfaat yang boleh diperolehi adalah mengurang kanser usus perut, mengelakkan dari penyakit jantung, merendahkan tahap kolesterol badan, membantu mengurangkan berat badan dan mengawal paras gula dalam badan

Tags:  , ,