Panduan Pemakanan Sihat Ketika Mengandung

88586547

Cakap pasal berpantang dengan makanan, bukan perlu di tekankan selepas bersalin saje, tapi ketika mengandung & sebelum mengandung pon anda dah patut berpantang dalam makan, demi kesihatan diri anda sendiri. Ada orang, sebelum die mengandung, die pulun betul-betul jaga makan sebab taknak berat badannya naik tapi bila mengandung die main belasah semua makanan. Ada orang pulak, sebelum ngandung & ketika mengandung, memang bedal jer ape-ape, same jer, xde beza.

As for me, moderate saje sudah, sebelum mengandung memang kita dah biasakan diri dengan eating healthy & ketika mengandung laaagiiiilahhh perlu berjaga-jaga dengan pemakanan sebab DS taknak baby yang dilahirkan nanti mempunyai sel peratusan lemak yang tinggi & boleh mencapai tahap obesiti. Itu boleh jadi SALAH SATU PUNCA kenapa ibu zaman sekarang melahirkan anak secara ‘Cesarean’ selain dari tidak bersenam ketika mengandung. Interesting topik kan pasal Cesarean Delivery ni sebab dari tahun 2013 lagi, kebanyakkan clients wanita yang trained by me, pernah melalui Cesarean. Mula-mula rasa macam pelik, kenapa zaman sekarang ni ramai pulak wanita give birth secara ‘potong perut’.. Selepas DS kaji & survey, nanti DS sharekan post mengenai topik tersebut.

Berbalik semula kepada topik pemakanan sihat untuk ketika mengandung. Kalau berpantang ketika mengandung, semestinya perlulah kan, supaya anak yang kita lahirkan nanti sihat & sempurna, insyaAllah. Dalam post kali ini, DS nak kongsi di antara artikel-artikel mengenai pemakanan ibu mengandung mengikut kajian sains. Akan datang sekiranya berpeluang, DS akan postkan tentang pemakanan sihat untuk ibu mengandung mengikut ‘guideline’ dalam Islam.

Long story short, jom kita belajar serba sedikit tentang penjagaan pemakanan ibu mengandung.

foodpyramid_pre3_small

Di antara jenis-jenis makanan yang di GALAKKAN untuk ibu mengandung:
– lemon, mangga, jambu, orange
– kurma, kismis, prune
– peppermint tea / teh halia
– roti bakar whole grain / biskut kering kurang sodium
– ice cream smoothies yang dibuat sendiri
– teh peppermint
– sandwiches
– susu / keju cheddar atau mozarella
– yogurt
– kekacangan (almond, sunflowerseed, walnut, cashew dll)
– telur
– tauhu / tofu /tempe
–  sayur-sayuran & buah buahan
– minyak sihat (omega oil, flaxseed oil, EPO oil dll)
– herba-herba semula jadi

 

Dan makanan yang perlu di ELAKKAN / MERAPU adalah seperti:
– Minuman beralkohol atau bergas
– Susu yang tidak di pasture atau jus buah di kedai
– Ais yang diperbuat dari air tidak dimasak
– Minuman berkaffein
– Makanan yang mentah, dijerukkan atau dijemur kering tanpa dimasak
– Daging separuh masak atau tidak dimasak betul
– Makanan diproses seperti sausage, burger atau nugget / makanan segera
– Telur separuh masak atau telur mentah
– Ikan-ikan yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi
– Taugeh mentah
– Makanan berminyak & bergoreng

 

revised_eating_for_2b

 

Anak yang sihat, cergas & aktif bermula dari ibu bapanya yang mengamalkan healthy lifestyle dari awal. Jangan marahkan anak sekiranya anak itu gemuk, lembab dan malas, cuba kaji balik apa puncanya. Everything starts from our foods. Betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri dalam sesebuah keluarga kerana isterilah doktor kepada anak-anak & suami. Hari-hari yang isteri masak, itulah yang melambangkan kesihatan seisi keluarga. Jadi sekiranya anda mengimpikan anak yang ‘FIT’ & ‘ACTIVE’ macam anda, jangan lupa untuk aplikasikan pemakanan sihat sejak baby dalam perut lagi. Kawal perkembangan baby & pastikan ia tidak dilahirkan obesiti. Cukup-cukuplah dengan rakyat Malaysia yang merata-rata berpenyakit & obess, takkan lah kita nak lahirkan warga obesiti lagi bagi meningkatkan lagi statistik OBESITY ASIA??

baby-obesity.jpg-223x300

Para ibu mengandung sekalian, mengandung bukan ‘tiket’ atau ‘lampu hijau’ untuk anda belasah semua makanan. Berhati-hati dengan setiap suapan yang masuk ke dalam mulut anda yang sememangnya akan dicernakan nutrisinya untuk keperluan baby dalam perut. Percayalah cakap DS, baby dalam perut tak perlukan ayam KFC, sambal tumis, pisang goreng, mee goreng, nasi goreng, cheesy wedges, aiskrim, nugget, burger, french fries, cheesecake bagai lah.. aduhhh… kalau dalam 7 hari tu, sehari dua tak pe lah, ni hari-hari belasah yang bukan-bukan. Anak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tidak bermaksud anda bagi die cukup makan & dilahirkan comel bulat. Noo!!! Tolong kesiankan anak-anak yang dilahirkan akan datang ni, stop child obesity!! Jaga berat badan anda ketika mengandung supaya ideal bagi ibu mengandung, jangan terlalu terikat dengan ayat, “takpelah, makan untuk dua orang. jadi kenalah makan lebih sikit”… Memang betul ibu mengandung perlukan kalori lebih sikit dari yang asal, tapi adakah anda menjaga kualiti kalori anda?? Adakah anda bersenam?? Apa effects sekiranya sepanjang mengandung, anda hanya tahu makan makan makan, tapi malas nak bersenam. Orang ngandung tak perlu bersenam?? siapa kata?? Even dalam ‘buku pink’ (check up book) ada tunjukkan cara-cara untuk ibu mengandung bersenam tapi kenapa malas bersenam kalau tahu makan rajin?? Dan janganlah sampai terlalu takut-takut makan sebab takut gemuk pulak. Makan ikut keperluan yang disarankan oleh doktor anda. Yang penting jaga kualiti makanan anda sebab kita perlukan kuantiti makanan lebih sikit dari yang asal. Jangan lah malas nak bersenam. Bukan suruh buat high intensiti, cukuplah sekadar low to medium intensity of exercise.. Topik senaman ni juga DS akan kupaskan dalam post akan datang..

 

Masalah Obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

Carta-BMi_kelas

 

Untuk pembaca yang sekarang sedang mengandung, jom kita sama-sama kurangkan statistik Bayi Obesiti di Malaysia ini. Pesan pada keluarga & rakan-rakan, tak comel mana pon bayi obesiti ni, sedang dapat penyakit adalah. Sayangi baby anda sebagaimana anda sayang badan anda. Kalau anda memang tak sayangkan badan & kesihatan anda, memang anda tak kisah lah pasal kesihatan keluarga anda. Anda menjadi contoh / role model kepada keluarga anda. Kalau anda sihat & fit, nescaya seisi keluarga anda takde masalah nak follow steps anda. Banyak lagi post-post menarik akan DS kongsikan bersama akan datang. Dengan cara ini, ia secara tidak langsung menjadikan ‘diary’ DS ni sebagai bahan rujukan sepanjang journey ini. Dengan sikap berhati-hati & teliti ini, insyaAllah target yang di rancangkan, mudah untuk di kecapi.