Janganlah  anda kata whey protein digunakan untuk kuruskan badan pulak?

Sebab anda kata orang yang kecam anda tu tak cukup ilmu pengetahuannya, tapi anda rasa anda yang lagi cetek ilmu weight management ni lagi berisi otak tu?

 

Isu2 yang telah anda (si founder produk kurus bernama C**** ***Y) sesedap garam gula putar belitkan & momokkan masyarakat:

  • Makcik overweight terkoyak tisu lutut sebab buat squat, nak diet extreme tak boleh sebab dah berumur : Adakah makcik tu rujuk youtube bila buat squat? Kenapa makcik overweight tak cari lambakan coach fitness bertauliah melalui program2 kuruskan badan . Adakah salah senaman? Siapa suruh buat diet extreme? Controlling calories intake & suku suku separuh dah memadai sayang. Salah diet or umur makcik tu?
  • Korang tak tahu ibu menyusu asyek lapar setiap kali lepas menyusu, nak bersenam jauh sekali sebab anak nak berkepit. Bab diet kirim salam: Ibu menyusu memang memerlukan 300-500kcal tambahan kalau based on RNI Malaysia 2018, sape suruh berkebuluran? Apa definisi diet pada anda? Adakah diet itu tak boleh makan itu ini? Macam mana anda makan waktu berpantang? Terseksa ker? Adakah makanan waktu berpantang dilakukan time berpantang, lepas abes pantang kau langgar semua makanan? Lepas geram dengan alas an menyusukan anak, jadi kebulur. Kenapa perlu berenggang waktu bersenam, post partum mommies WAJIB KEPIT ANAK KE MANA2 atas tujuan bonding phase sehingga berhenti menyusu. Berlambak senaman yang boleh dilakukan bersama bayi.
  • Makan hati sebab zumba hari2 berat tak turun: Realiti life makcik2 yang gigih berzumba diluar sana, sebelum zumba loading, selepas zumba loading double dari sebelum zumba. Hari2 buat macam tu sebab sisterhood zumba dia berjemaah buat macam tu tak kira badan gemok atau kurus. Celah mana kau nak kurus? Dan sepanjang berzumba, makcik tu achieve tak Target Heart Rate of Fat Burning zone by doing aerobic types of exercise? Ker lebih suka tengok berapa banyak peluh keluar sepanjang zumba?
  • Main besi hehari di gym untuk kurus: WAJIB kah pergi gym hari2 main besi untuk kurus. Kalau tak pergi gym tak boleh kurus?

Status beliau benar2 “disturbing” jiwa I terus menusuk sedalam- dalamnya bila si founder produk kurus ni bagitahu masyarakat tak perlu bersenam, tak perlu diet untuk kurus. Yang hairannya, bila tengok cara dia marketing produk kurusnya, pandai pulak dia sharing tips diet & exercise yang perlu dilakukan ketika memakai produk beliau. Nampaklah disitu produk beliau tak bagi efek MANTOP TANPA BERSENAM ATAU BERDIET! Still these consumers need to eat healthy & keeping on being active sepanjang mengosok2 menyapu2 produk beliau bagi achieve efek kurus tu.

Dalam bidang pengurusan badan, suppliment adalah method yang terakhir selepas seseorang menjaga dietnya, tahap aktiviti fizikalnya dan rehatnyaJadi adakah salah  apa yang dikecamkan oleh haters anda yang produk anda bukan priority? Hanya sesuai utk mereka yang banyak duit dan tak tahu nak buang duit ke mana. If consumer eat whatever they want without controlling the deficit calories intake & living in a sedentary lifestyle, adakah produk sapu2 gosok2 anda boleh bantu consumers kurus? Kalau jadi, placebo effect lah sis. Hari2 dah kena brainwash dengan anda melalui ayat2 manis lembut bak gegula kapas, marketing anda power sampai mampu bodohkan mereka bulat-bulat. Tapi setakat ni mostly consumers anda yg saya lihat mereka masih berdiet tapi mungkin pemalas yakmat nak buat senaman kan? Berpegang teguh dengan alas an.

Usaha anda membantu netizen ni perlu dipuji sebab anda rajin marketkan tips senaman dan diet. Tapi tiba2 anda putar belit bila dikecam kata produk anda bukan priority. Kenapa ya anda pilih untuk menjad fonder produk kurus bila anda sendiri rajin share tips bersenam & diet? Kenapa anda tak ketengahkan cara2 tak payah bersenam atau diet bila pakai produk anda? Anda dah tahu ini kerja salah tapi anda nampak market senang tarik duit dengan cara memperbodohkan masyarakat.

Berkat tak rasanya perniagaan anda? Secara tidak langsung anda juga dikirakan pentingkan diri sendiri kerana mengaut keuntungan dengan penipuan.

Sebab paling mudah produk bakar lemak ini tak berkesan aka M.E.R.A.P.U.:

Mengikut bukti kajian sains, pengurangan lemak badan terhasil daripada kalori defisit (pengurangan kalori). Badan manusia perlu bakar kalori lebih dari kalori yang dimakan untuk mewujudkan defisit bagi menghasilkan penurunan berat badan yang berkesan. Seminggu manusia perlu bakar 7700kcal bagi menurunkan 1kg berat badan.

Tiada haram jadah produk yang “SAPU SAPU / MAKAN MAKAN / GOSOK GOSOK / ULI ULI pada badan yang boleh menyebabkan kalori defisit ! Dan manusia tak boleh aim for spot reduction dimana anda boleh buang lemak mana-mana bahagian yang anda nak sahaja. Baca artikel http://dianesera.com/spot-reduction-adalah-dongeng/

Jadi apa alas an consumers untuk pakai produk merapu seperti ni semua?

Daripada anda invest beli produk yang belum tentu selamat, baik anda invest duit anda kepada jurulatih yang bertauliah. Anda dapat lifetime knowledge yang sangat berharga untuk kesihatan luaran & dalaman anda. Kayakan jurulatih dari founder-founder produk merapu ni semua. Ni I belum bukak pekung negative side effects gunakan produk untuk kurus cepat!

Nota stiletto: Demi menjaga periuk nasi briyani anda, I tak revealkan status sengal anda walaupun telah I screenshot.

Sampaikan salam sayonara pada empunya produk.

– Coach Diane Sera-
Certified Exercise Therapist NASC
Certified Personal Trainer
Fitness & Sport Nutrition Specialist
Pre & Post Partum Fitness Specialist

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen