Perjalanan Hidup Sebagai Exercise Therapist

Lelaki ini ada seorang anak perempuan yang pernah gemuk kerana dia gemar manjakan anak perempuannya dengan makanan sepanjang anak dia membesar & menyebabkan anak perempuannya pernah dimasukkan ke wad beberapa kali disebabkan masalah obesiti & hypertension level 1…

Kemudian, anak perempuannya bertekad untuk berubah menjadi seorang yang lebih sihat..Akan tetapi, dia tindak pernah menghalang anaknya untuk berubah, dia cuma cakap “Tak kisah lah kamu nak kuruskan badan or gemukkan badan, yang penting sayang abah kepada kamu tak pernah berubah.. Cuma tolong jangan jadi kurus sangat sebab abah tak suka tengok anak abah kurus sangat..”

Syukur kerana penat lelah usaha anaknya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30kg. Umur lelaki ni semakin tua dan hampir mencecah 70an & beliau positif menghidapi hypertension level 2 . Anak perempuannya pula bertekad untuk meninggalkan profession ‘hebat’ dia kepada profession yang lebih mulia… Atas satu NIAT iaitu satu hari dia mampu merawat ayahnya sendiri & mampu membantu orang lain sembuh dari penyakit2 obesiti, darah tinggi & kencing manis…

Lelaki ini kecewa dengan keputusan anaknya meninggalkan profession hebat itu untuk menjadi seorang trainer biasa di gym2 kecil. Anak perempuannya tidak menghiraukan akan bebelan ayahnya kerana anak perempuannya yakin yang suatu hari dia akan buktikan dia akan menjadi seseorang yang bertauliah dalam bidang kesihatan & kecergasan. Anak perempuannya berusaha keras bermula dari bawah & kosong tanpa asas menjadi seorang jurulatih.. Anak perempuannya meletakkan 100% usaha untuk ‘survive’ dalam bidang asing pada dia walaupun pelbagai dugaan & tangisan yang beliau lalui sepanjang perjalanan untuk menjadi seorang jurulatih..

Sekali lagi syukur, atas usaha gigih, anak perempuannya ini semakin ligat naik & membesar sedikit demi sedikit dalam bidang kecergasan sehingga dia ditawarkan untuk bekerja menjadi seorang health & fitness speaker disalah satu syarikat kepunyaan fitness sifu yang hebat… Disitu dia belajar sedikit demi sedikit bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih professional melalui pengalaman jatuh bangunnya.

Selang setahun kemudian, beliau dengan rasminya telah diiktiraf menjadi seorang Certified Exercise Therapist, Bodybuilding Coaching & Sport Massuer… Anak perempuannya ini berasa sangat gembira kerana dia sudah boleh membantu lebih ramai lagi orang yang berpenyakit untuk mendapatkan kehidupan baru yang lebih sihat.. Setelah dua tahun dia melaksanakan tugas sebagai jurulatih professional & setahun sebagai therapist, sekarang tiba masanya untuk dia pulang ke kampung merawat ayahnya tadi…

Ayahnya mengukirkan senyuman terharu melihat kejayaan yang telah anak perempuannya buktikan itu.. Sampai di kampung, anak perempuannya melutut & memegang tangan ayahnya, “Abah, tujuan saya balik rumah untuk merawat abah sampai abah sembuh dari sakit abah…Saya dah buktikan pada abah yang saya boleh survive dalam dunia baru ni & alhamdullillah Allah beri saya peluang untuk merawat abah dengan menggunakan kepakaran & pengalaman yang ada pada saya.. Sebab saya nak tengok abah sihat & berhenti bergantung pada ubat… Itu niat saya dari awal saya tukar karier saya…”

**My dad sudah 2bulan under my treatment.. Now his health makin ada improvement & dia makin active.. Plus addicted dengan gym… And that’s what makes me makin terharu… I love abah… I miss you…  <3

12388_10201103450293159_463075023_n

381411_10201103451653193_397290209_n

562486_10201103451573191_775984052_n

554807_10201103454093254_1386783465_n