Nak rambut sihat ??

Hellowwwww ladiessss~~~
Nak tanyew sikit, ape perasaan u all apebila berangan kejap seolah2 berada dalam iklan rambut Pantene kew, Sunsilk ke or ape2 dengan sewaktu dengannya??
Ok, bagi diri u all seminit jap…
Tutup mata, diri depan kipas dan bayangkaannn~~~

Bayangkan u dalam studio berdiri didepan camera untuk photoshoot…
Duta kepada rambut yang sihat…
U all dengan yakinnya memberikan ‘posing’ maut dengan rambut u all yang bersinar2 & beralun2 dengan lembut tu…
Photographer dengan bersungguh2 & bersemangat shoot gambar u all…

Yeah!! Give me more of your best pose!!

OH YESS!! MOREE!!

GORGEOUS!! WORK IT BEBEH!!

YEEEEESSSS HONEYY!!! YESSSS!!!

 FLAWLESSSSS!!!! GREATTT!!!!

Tapi bila korang bukak mata & pegang rambut u all

HAAAARRGGHHHH!!!! DAH SERUPA RAMBUT HANTU JU-ON DAAAHHHH!!!!!

lebih-lebih lagi biler pas bangun tido…then berdiri depan cermin….
TTIIIIIIDAAAAAAAKKKKKKK!!!
AKU BUKAN ANTU MAK LIMAH !!!!!!

*pepagi otak dah tertekan…camne muka nak berseri???*

or tak pon, bangun pagi2, pegi kat cermin nampak ni

WTF??!!!

Fengsann teruss…

 *Pengsan pon tetap vogue ek u all ni?? *

Jadi ape perlu u all buat jika u all mempunyai sebarang masalah dengan rambut?? Macam I alami sekarang ni jugaklah, dari hari ke minggu, masalah rambut tidak pulih2 walaupun dah try macam2 cara…Jangan salahkan syampu yang kita gunakan,pernah tak u all terfikir bahawa diet kita boleh menjadi punca???

Rambut yang berkilat, sihat dan dilindungi daripada masalah kulit kepala kering, rambut sebenarnya memerlukan vitamin dan mineral untuk menjadi sihat. Rambut juga boleh menjadi anggota utama untuk menentukan gejala-gejala lain dalam badan. Rambut kering boleh disebabkan oleh dehidrasi, hujung rambut mati boleh disebabkan oleh kekurangan nutrien, dan keguguran boleh disebabkan oleh tekanan.

 

Berikut adalah beberapa cara untuk makan bagi memastikan rambut yang sihat:

 

1.Keguguran

Rambut diperbuat daripada protein jadi jika u all tidak makan protein yang mencukupi, ini akan membawa kepada kekurangan zat besi dan kehilangan rambut. Dinasihatkan untuk mengambil multivitamin makanan tambahan termasuk vitamin C dan zat besi setiap hari.U all juga boleh meningkatkan protein dengan makan daging, minyak ikan, yang baik untuk kilau rambut dan sayur-sayuran berdaun hijau.

2. Kulit Kepala Kering

Ini adalah tanda bahawa u all tidak makan cukup asid lemak. Asid lemak politaktepu lemak yang penting untuk kelembapan kulit dan sel-sel rambut. Sumber untuk mendapatkan lemak ini adalah minyak ikan seperti salmon, tenggiri, alpukat dan kacang.

Jika kulit kepala merah dan gatal, ia menunjukkan u all makan terlalu banyak garam dan gula. Berbeza dengan kepercayaan bahawa kelemumur disebabkan oleh kulit kepala berminyak tidak disebabkan oleh kekeringan kulit kepala. Untuk mengelakkan ini, u all perlu makan asid cukup lemak, basuh dengan syampu anti-kulat atau syampu teh.

3. Hujung Rambut Mati

Actually agak sukar untuk mencari sebab-sebab tertentu hujung rambut mati. Pastikan u all makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi untuk memastikan badan mendapat vitamin dan mineral yang sepadan. Rambut kering disebabkan oleh kekurangan besi dan zink. Rambut rapuh mungkin kesan sampingan merokok, kerana merokok boleh menyumbat aliran darah ke akar rambut. Rambut berpecah disebabkan oleh kekurangan protein dan asid lemak. Jika u all dah mula untuk makan makanan yang boleh menyuburkan rambut, bersabar menunggu keputusan kerana kesan mengambil masa yang lama

Jadi kesimpulannyew, u all dahlahh…jangan nanges lagi (memujuk diri sendiri jugak) sebab nak cantik secara semula jadi ni kne banyak bersabar & konsisten…. Result tak leyh dapat sekelip mata, tapi once kita dah tawu ape nak buat & yakin bende tu berkesan, Insyaallah bolehhh~~ Teruskan berusaha!!
Hihihihi…

Go Go Go !! Chaiyok!!

Jangan putus asa untuk menjaga kecantikkan diri!!

Kerana kecantikan itu begitu berharga..
Ecehh!!

Tags:  , , ,