Snek Sihat Tanpa Memerlukan Peti Sejuk

Untuk artikel kali ini, DS akan berkongsi dengan adik-adik student kita & traveler-traveler tegar kita bagai mana nak maintain makan snek yang healthy walaupun tanpa wujudnya peti sejuk kat tempat dorang ni.. Banyak request soalan-soalan dari adik-adik student & travellers bertanya mengenai masalah ini. Mereka memberitahu bahawa, mereka takde tempat nak masak & simpan barang-barang segar kerana macam student mereka mostly tinggal di asrama, manakala traveller pulak, mereka tak banyak pilihan makanan yang berkhasiat & halal sepanjang mereka merantau ke tempat orang. Pada mulanya berpusing-pusing jugak DS mencari jawapan untuk soalan ni. Lama bertapa kat dapur untuk tengok apa healthy food yang sesuai yang tidak memerlukan kehadiran peti sejuk.. Humm… Bila idea tu datang serta merta, terus DS kongsikan bersama anda & harap artikel ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang terbuntu selama ini. Healthy food ada di mana-mana sebenarnya, cuma it’s depends on us sama ada kita nak eat healthy atau tak nak saja. Banyak alasan yang boleh di cari sekiranya seseorang tu memang taknak & banyak ikhtiar yang boleh di usahakan sekiranya seseorang itu betul-betul nak !!

Jadi apa yang DS kongsikan dalam artikel kali ini adalah dari pengalaman DS sendiri. Sekiranya ada kekurangan, DS sangat menghargai sekiranya anda boleh kongsikan pendapat & idea anda dengan meninggalkan komen di pengakhiran artikel ini nanti.

Setelah lama DS bertapa di dapurku yang sememangnya tempat DS mencari ilham setiap hari & tempat DS melepaskan stress atau keletihan dengan inventing pelbagai resepi fitness, agak seronok actually bila dapat soalan macam ni kerana selepas DS selongkar apa makanan-makanan sihat yang terdapat dalam almari, rupa-rupanya banyak healthy food sebenarnyer yang boleh di simpan tanpa memerlukan peti sejuk. Tak percaya?? Ok, kita semak satu-satu healthy food yang ada dalam stok kering di dapur DS:

1) Kekacang

РYes, kacang di antara sumber lemak bagus yang perlu ada dalam diet pemakanan kita seharian. Kekacangan seperti kacang badam, kacang gajus, kacang walnut, kacang pine, kacang pistachios dan macam-macam lagi, adalah di antara snek yang berkhasiat  & memerlukan tempat yang kering untuk di simpan. Penyimpanan di tempat yang kering pada suhu bilik, mampu membuatkan kekacangan ini bertahan lebih lama.

AA026294

2) Buah-buah kering

– Buah-buah kering kebanyakkan nya tidak cerewet memerlukan peti sejuk untuk menyimpannya. Hanya terdapat beberapa jenis buah kering yang memerlukan anda simpan di dalam peti sejuk sekiranya anda inginkan rasa yang lebih segar & sedap. Akan tetapi, kebanyakkannya tidak menjadi masalah sekiranya anda simpan ditempan kering & kedap udara.

all dried fruit

Buah kering yang menjadi kegemaran DS adalah seperti kurma.

kurma-ramadhan

10511215_10204139129063231_1386248646442127637_n

DS jadi ketagih dengan kurma ni sebab ayah DS memang suka simpan stok kurma berkotak-kotak walaupun bukan bulan puasa (*teringat zaman2 bujang tinggal serumah dengan family) & habit itu di sambung DS setelah berumahtangga & tinggal bersama suami. DS tak tahu pada orang lain, tapi pada DS kurma ni rasa macam gula-gula, setiap kali teringin nak makan candy, DS akan cari kurma. One of my favourite meal yang dicampurkan dengan kurma adalah susu kurma & muffin kurma. Memang superb!

y5

Gula-gula DS yang seterusnya adalah sun sweet prune. Dia ni sama jer macam makan kurma tapi rasa die ada masam-masam manis sikit. I love it!!

298x232-fit_cheaper_workout_snack-298x232_fit_cheaper_workout_snack

Kismis ya tuan-tuan & puan-puan. Semua orang pernah di ‘sumbat’kan dengan kismis sejak dari sekolah rendah lagi sebab waktu tu mostly parent memang ajar anak2 makan kismis setiap hari supaya otak jadi lebih cerdik. Dekat sekolah pon melambak2 jual kismis ni & ada banyak brand. I love kismis dari kecik sampai sekarang, boleh makan macam makan nasi..hahaha..melampau betoi…

3) Trial Mix

– Oh, trial mix ni pon AWESOME!! Dia adalah kobinasi pelbagai kekacang, seeds & dry fruits. But the price actually agak sikit mahal lah berbanding kita beli & buat sendiri.

Cranberry and Almond Trail Mix -Photographed on Hasselblad H3D-39mb Camera

Ada satu brand trial mix ni (which DS tak ingat ape brand) dia berbotol tinggi & panjang. DS hanya jumpa bende ni dijual kat perhentian area Johor (which I cant recall jugak kat perhentian mana) & I think ia agak murah…Satu botol panjang & tinggi just RM15 saje. DS selalu beli kalau singgah di perhentian situ. Rupa botolnya lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.

trail-mix7

4) Muesli

– Sekiranya anda dah lama follow life journey DS dari DS overweight dulu2, mesti anda ingat yang dahulunya DS pernah buat Oat Diet sehingga berjaya lose weight banyak. Mungkin boleh cek balik lah story lama2 DS. Tetapi, sekarang ni DS SUMPAH dah tak boleh telan oat lagi walaupun oat tu di campur macam mana pon..huhuhu…tekak dah tak boleh terima. So, I decided to switch it with muesli. Still ada jugak kandungan rolled oat dalam nya tapi dah dicampurkan dengan bijirin-bijirin lain seperti bran, nuts, raisins dan lain-lain.

Muesli_texture

Sebagai contoh, dalam experiment Clean Eating di bulan puasa kali ni, DS jadikan muesli sebagai hidangan iftar sebab DS tak nak consume heavy meal before my maghrib, isyak & terawikh prayer. Lepas balik terawikh jer baru DS berani makan heavy meal, dan jugak waktu sahur. Some peple consume oat or muesli only waktu sahur sebab katanya nak lose weight. DS tidak menggalakkan anda melakukan begitu. Jangan lupa, kunci pengurangan berat badan adalah mengurangkan 10% kalori dari kalori original (maintain weight calories) & sekiranya kalori yang anda ambik terlalu sedikit, lebih-lebih lagi di bulan puasa, puasa anda akan menjadi satu ibadah yang menyiksakan. Memang betul anda boleh kurangkan makan kerana untuk membenarkan badan anda menggunakan simpanan glycogen yang berlebihan di dalam badan, akan tetapi prestasi anda untuk melakukan pekerjaan anda (tubuh atau akal) tidak berfungsi tip top berbanding jika anda makan kalori yang mencukupi di waktu sahur. Ada yang tak bangun sahur terus lah, itu DS tak nak cerita. Kita perlulah ingat bahawasanya bulan ini adalah bulan untuk beribadah & sangat mudah untuk kita collect pahala. Kalau anda fikir tidak bersahur itu cara yang terbaik untuk turunkan berat badan, ia menunjukkan niat anda berpuasa adala untuk membentuk badan, bukan untuk beribadah kepada Allah Taala.. Even Rasullullah bangun bersahur paling-paling tidak pon makan kurma & minum susu.

10450637_10204146058596465_5384655195760393878_n

5) Granola Bar

– Bila dah terasa bosan makan muesli, gunakan muesli tersebut, jadikan dalam bentuk bar (petak-petak bersegi). Jadilah granola bar.. hihihihi… ini pon di antara salah satu snek yang sihat & sesuai untuk orang yang busy. Kalau takde masa nak singgah kedai untuk berbuka sebelum ke masjid untuk terawikh (sebab sangkut dalam traffik jam, biaselah, rutin biasa orang KL), pastikan anda standby Granola Bar dalam beg anda. Waktu bulan bukan puasa, DS memang rajin standbykan snek ni dalam my handbag.

granola-bars

Nature Valley adalah granola bar favourite DS selama ni..sebab kalau nak di bandingkan dengan brand-brand yang ada, Nature Valley lebih healthy & lebih rangup.. I dont like granola bar coated dengan yogurt manis lah, coklat manis lah sebab rasa yang lemau buat seleraku terbantut..huhuhu…

natures-valley-oats-n-honey

6) Protein Bars

– Oh yeah baby! Anak-anak kesayangan DS yang memang sentiasa stanby for my pre/post workout ‘munching’! High with energy & proteins, sesuai untuk before or after workout. Padat & mengenyangkan! Yum yum… Ada macam-macam brands & flavour. Anda boleh beli satu-satu bar di kedai2 jual suppliments gym yang berhampiran dengan tempat anda. Tak pon, klo nak senang, shopping jer kat DS Mall menu under tab Protein / Energy Bars… Tak yah susah2 nak pegi naik kete cari kedai gym suppliment tu. Order dekat dianesera.com ni & kita terus hantar direct ke rumah anda. Tapi kita takde jual satu bar, kita jual satu kotak terus yerr, bagus untuk stok healthy snack korang untuk beberapa bulan (itupon klo tahan beberapa bulan, klo sedap, confirm sebulan dah habis)…

protienbars-e1349189250483 (1)

protein bar memaaaanggglah leezaattt tak terhinggaaaa… klo xde whey protein, gantilah dengan protein bar ni….

protein

7) Healthy Spreading

– Haa… Bagi yang memang suka sapu menyapu ni, anda tak terfikir ker yang spreadings ni semua tak perlukan peti sejuk pon tak pe?? Ada beberapa contoh spreading yang menjadi favourite DS.

1598047_10203103722818722_297488834_o

Almond Butter: Selalunya DS suka buat sendiri. Kalau anda nak beli, boleh cuba cari kat super market yang ada barang2 international macam Cold Storage ker, Urban Fresh ker or Jaya Grocer ker. Harga die agak mahal sikit kalau nak banding dengan peanut butter spread tapi quality kandungannya lebih bagus dari peanut butter.

IMG_2425-1

Peanut Butter : Nak lose weight tapi makan peanut butter?? Ko gile Joyah?!!
Hok alooohhh… boleh jer.. asalkan anda pilihlah P/B yang organik, yang no added sugar, non salty, cholesterol free atau baca sendiri kat nutrition facts belakangnya. Steffi adalah brand P/B yang oleh di katakan ‘selamat’ lagi lah untuk orang macam DS yang suka meratah celup sudu dalam jar & makan macam tu saje (tak senonoh perangai mak orang ni…) Jangan tiru aksi bahaya tu melainkan badan anda memang perlukan kalori yang tinggi untuk built performance waktu training.

Woodstock-Farms-Organic-Sesame-Tahini-Unsalted-042563009151

Tahini Spread: Tahini ni buat dari biji bijan yang di blend sampai smooth.. Slalunya DS suka campurkan dalam ‘Hummus’ spread DS. Tapi kalau nak ikutkan boleh jer klo nak spread Tahini atas roti macam tu.. Kalau tak sedap, jangan salahkan DS sebab DS tak pernah try pulak buat gitu..

8) Flakes / Empingan

РBukan empingan jagung yer, DS lebih sarankan empingan yang di perbuat dari wholegrain atau bijirin yang di kelaskan sebagai karbohidrat rumit (complex carbohydrate) sebabnya jenis ini adalah jenis makanan sihat yang berada di carta medium Glycemic Index (rujuk artikel Glycemic Index) yang bermaksud makanan jenis ini dicernakan secara perlahan & tidak menggangu kandungan gula dalam darah anda. DS lebih sarankan anda mengambil K Flakes (wheat or wholegrain =  complex carbs) berbanding Cornflakes (corn = starchy = simple carbs)

KLGSPCK435CF

Glycemic-Index

Special-K-Feuilles-de-Chocolat-Noir-Flakes

K Flakes ini lebih elok sekiranya anda makan di campurkan dengan low fat milk & buah-buahan. Cuba elakkan ambik K Flakes yang berperisa kerana kandungan gulanya yang tinggi. Kalau tak percaya, baca nutrion facts di tepi kotak. Macam DS, K Flakes yang kosong DS lebih gemar campurkan dengan fresh fruits atau dark chocolate!

9) Dark Pure Chocolate

chocolate-lindt-excellence

I mean really reaaalllyyyy dark pure cocoa… My favourite is the 99% cocoa..

Lindt-100-cocoa

Warna coklatnya agak kehitaman kerana ditak dicampur dengan susu atau gula seperti coklat-coklat biasa. Rasanya, lebih baik elakkan pelawa coklat ni kepada kawan-kawan anda sekiranya anda tidak mahu di maki teruk! Memang pahit tak terungkap. Mulanya DS tak berapa boleh telan, tapi lama-lama jadi sedap & bila makan coklat biasa, memang tak boleh telan.. Akan cari jugak coklat 99% cocoa ni untuk my snack stock. Cara penyimpanannya?? Tak perlukan peti sejuk pon takpe, asalkan janglah simpan kat tempat bahang atau panas, rosaklah coklat ni.. Jangan takut pada semut, semut pon tak hingin dengan coklat anda ni..

10) Lentil & Seeds

– Keluarga kekacangan jugak tapi versi yang perlu di masak. Kalau tak camne nak makan keras-keras macam tu. Bukan macam kacang yang kita bincangkan awal-awal tadi.

lentils

007 (1)

setakat ni yang DS rasa paling mudah untuk dimasak (just rendam dalam air panas) adalah kacang kuda. Kacang dhal pon boleh tapi rasanyer, still kena masak atas dapur sampai lembut. Keluarga seeds seperti chia seeds & flaxseeds, tak payah masak.. Just tabur macam tu atas hidangan atau campur dengan your smoothies.

THK-Quinoa-1-2

Quinoa boleh jadi alternative bijak kalau anda taknak makan nasi & cara penyediaanya pon mudah, just tuang sikit air panas & biarkan ia kembang. Then boleh makan dengan lauk2 grill anda..

Lepas dah bebel pasal makanan yang sesuai untuk di simpan tanpa peti sejuk, takde pulak orang tanya nak simpan dalam apa untuk kekalka kesegarannya?? Jadi untuk penutup artikel ini, di antara bekas yang sesuai untuk anda simpan supaya makanan ini boleh bertahan lebih lama adalah dengan menggunakan

5pcs_Glass_Storage_Jars_with_Glass_Lid_Clip_and_Rubber_Ring

Balang kedap udara

plastic-zip-bags-photofi (1)

ataupun zipped plastic bag..

PASTIKAN!! setiap kali anda ambik makanan, jangan gunakan tangan yang kotor, basah atau sudu yang bekas air lioq anda bagi mengelakkan makan tersebut tidak tahan lama.. Ok, dah pukul 1.30pagi, sebelum DS merapu, DS better masuk tido dulu. Pukul 4pagi kang kena bangun masak untuk sahur. Good nite!