Spegetti Cili Padi Bersama Ayam Panggang & Salad

Resepi SIHAT & MUDAH sahaja!

Untuk Spegetti

1) 1/2 paket spegetti biasa atau wholewheat (dilembutkan)

2) 1/2 bawang bombay (dicincang halus)

3) 2 ulas bawang putih (dicincang halus)

4) Cili padi (ikut kepedasan yang diingini & cincang halus)

5) 1 sudu besar minyak canola / sunflower

6) Sedikit mixed herbs & serbuk garlic oregano

7) 2 sudu besar stok pati ayam

Cara penyediaan:

Panaskan minyak & tumis semua bahan cincang sehingga layu, masukkan air stok & biar didih. Campurkan spegetti & perasakan dengan mixed herbs & serbuk garlic oregano. kacau perlahan & tutup api.

Masa diperlukan: 7 minit

Untuk ayam:
1) 1 ketul ayam dada (dibersihkan lemak & kulit)

2) 1 sudu kecil minyak zaitun

3) 1 sudu kecil lada hitam dikisar kasar

4) 1 sudu kecil serbuk garlic oregano

5) sedikit mixed herbs

Cara penyediaan: Gaulkan semua bahan ke seluruh ayam & perap selama 10minit (sekiranya anda mempunyai masa). Masukkan ke dalam oven selama 20minit dengan suhu 150-180darjah. Pastikan ayam tidak ‘overcooked’ bagi memelihara kelembutan isinya.

Untuk salad:

1) sedikit salad hijau coral

2) sedikit salad ungu

3) 2biji tomato ceri

Cara penyediaan: campur semua & hidang bersama ayam & spegetti.

Jumlah kalori satu hidangan sebegini : 520kcal (porsi besar untuk 2 orang makan)