Ramai yang akan marah bila terbaca atau terdengar pasal berdiet di hari raya.
.
“Gila ker! Raya setahun sekali. Enjoy jelah! Makan puas-puas!”
.
Abes tu ko hidup time syawal je ke? ko boleh makan puas time syawal saje, bulan lain makan tak puas?
.
Kebanyakkan korang gains more in Syawal rather than kgs yg lose time Ramadhan.
Disini @curvyliciosbootycamp akan berkongsi 26tips berdiet di bulan syawal:
1. Elakkan minuman bergas atau manis-manis bagi menggelakkan peningkatan insulin yang mendadak. Standby “detox” water setiap kali beraya. Paling bagus minum green tea.
2. Makan dalam piring kecil. Sebab ia bantu nampakkan efek penuh membuak makanan kita. Cuma jangan buat piring kecik kuasa 3~
3. Setiap pagi sebelum mulakan aktiviti ziarah, minum green smoothies bercampur oat. Ia bantu kawal gula dalam darah supaya tak bernafsu puaka ketika beraya, ia jugak memcerikan efek rasa perut penuh & mematikan selera makan. Susahkan nak cukupkan pengambilan sayur setiap kali waktu raya? At least green smoothie dah membantu elakkan korang dilanda kesembelitan setiapkali nak membuang.
4. Hadkan kalori ada sehari jangan melebihi 4k sekiranya anda bukan seorang yang aktif. Kalori berlebihan buat gemok badan saje.
5. Cuba jadi seorang yang memilih demi kesihatan diri. Nak aviod makanan xsihat mamang susah, jadi pilih mana-mana yang paling best untuk dimakan dan kawal kuantiti sekiranya tak mampu kawal kualiti.
6. Curi-curi masa bersenam! Buatlah tabata ker, freeletic ker, zumba ke atau apa2 yg mudah dilakukan. Paling busuk pon guna apps pedometer dah dptkan 10k langkah sehari.
7. Coach very sure balik beraya korang takkan terus buat, selalunya kita akan letih dek peningkatan insulins terlalu mendadak & jatuh mengejut tiba-tiba gara-gara makan macam-macam. Rehat/tido dulu, lepas bangun tido terus bersenam kejap. Paling penting cuba kawal jumlah rumah yang korang nak beraya perday, pilih nak beraya waktu malam sahaja atau siang sahaja. Luangkan masa untuk bakar kalori diwaktu kelapangan. Nak pecah lemak kenalah bersenam. Takde cari lain kak oii..
8. Waktu menjamu selera, cuba elakkan pengambilan terlalu banyak karbohidrat & lemak. Lebihkan pengambilan protein! Ayam, daging, ikan, tauhu tempeh biarlah lebih, bukan karbo.
9. Bercakap pasal protein lebih, kena ingat, majoriti protein yang dimasak semua guna method menggoreng & berselubung dengan kuah berminyak. Bagi mengurangkan kalori, kais ketepi kuah/lauknya, ambik isi sahaja. Tak banyak tapi sikit usaha macam ni mampu jimatkan kalori setiap hidangan. Fikir sebelum masukkan makanan dalam mulut, berpegang kepada keputusan dari otak, bukan nafsu.
10. Perasan kan, setiap kali raya mesti sayur dan buah susah betol nak cari. Standby buah dalam perjalanan nak pergi beraya. Jadikan snek, surely korang kenyang & makan sikit time beraya. Kalau korang dipaksa makan banyak oleh tuan rumah, berlakonlah korang demam atau macam nak kena darah tinggi. Bagi alasan yang membuatkan tuan rumah rasa bersalah nak paksa korang makan. Hahahaha! Korang standby lah minyak cap kapak ker, vicks ker, acah2lah tak sihat.
11. Ambik makanan seperti fish oil, L carnitine, Co Enzym Q10, & Kromium bagi meningkatkan lagi proses penggunaan lemak kepada tenaga & menstabilkan paras kolesterol dalam badan.
12. Cukupkan pengambilan air kosong seperti biasa. Sebab dah terlalu banyak sangat minum air manis sepanjang beraya, badan sangat mudah dehydrated! Air kosong is air kosong, air manis is air manis. Walaupun korang banyak minum air manis sehari, itu tak termasuk dalam pengambilan air kosong bagi mencukupkan keperluan air dalam badan sehari. Check berapa keperluan air bagi keperluan badan kita & make sure khatamkan. Coach bet you, you will feel more fuller dari asyek lapau jer memanjang.
13. Berhenti sebelum kenyang, ini nasihat dari Rasullullah saw. Mampu ker kita buat? Tak semua lah kot mampu. Majoriti akan makan sekenyang-kenyang alam sampai baju raya ketat dibuatnya. Penat jer usaha “langsingkan” badan waktu bulan puasa, time raya naik balik pulak. Cuba cabar diri ikut sunnah ni.
14. Puasa 6, wehh!! Alasan paling menjadi lah kalau korang nak maintain selim. Takde orang nak halang korang makan kalau korang buat puasa 6 ni. Lepas tu sambung dengan ganti puasa. Dah abes ganti, sambung buat Intermittent Fasting. Hahaha. Oops! Tapi kena ingat niat asal berpuasa, jangan berpuasa dengan niat “Sahaja aku berpuasa hari ini dalam bulan Syawal kerana nak kurus macam Che Ta..” Tak dapat pahala korang nanti, buat penat jer puasa.
Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
15. Tahu keperluan kalori badan & ambik kisah kalori setiap hidangan. Ini korang boleh check dengan calorie counting apps yang ada dalam PlayStore (Fitness Pal ker, Lifesum ker, Calories Counter ker, macam-macam lah). Secara tak langsung dia akan wujudkan “sense of awareness” setiap kali korang nak menyumbat makanan ke dalam mulut.
16. Cuba hadkan kalori setiap rumah yang dikunjungi. Contoh keperluan kalori badan untuk korang maintain adalah 2000kcal, korang dah plan nak beraya 4buah rumah harini, jadi bahagikan 2000 kepada 4, which means satu rumah hanya boleh makan maksima 500kcal?? Impossible… Satu hidangan raya dah cecah 800kcal. Hahaha! Ini bermakna kena hadkan kunjungan rumah. Aim satu rumah 1000kcal, which means 2 rumah je lah korang boleh makan. Kalau ada rumah lain terpaksalah mintak air kosong jer. Mulakan lah lakonan tak berapa sihat korang tu, keluarkan minyak cap kapak korang kasi bau semua orang (tanda bau orang sakit).
17. Kawalan porsi sangat penting. Kalau korang rasa nak raya 4rumah dengan kalori 500kcal per house, jalankan misi pencatuan hidangan. Makan sekadar rasa-rasa sajelah. Yang ni Coach memang selalu buat. Tapi kadang-kadang menyesal, sebab kena pada rumah makanan sedap, makan sikit. Pegi rumah seterusnya dan the next, semua tak best. Terus teringat-ingat makanan kat rumah pertama tadi, dah menyesal pulak tak makan banyak, walhal kalori masih boleh top up lagi ni. Hihihi…
18. Makan perlahan-lahan, elakkan dari perangai gelojoh bin syaitoonn. Kalau mampu buat 40x kunyahan, sila praktikkan. Sebab otak kita ni perlukan at least 20mins untuk hantar signal mengatakan korang sebenarnya dah kenyang. Lagi pun bila kunyah perlahan & elok, pencernaan makanan lebih lancar. Kepada kakaks & adik manis yang dah bermekap tebal & baju pon glamourous macam nak bercatwalk atas fashion show, tolong lah cover sikit makan tu. Kadang-kadang rupa dah manis ayu, bila tang makan, astagfirullahhalazimmm….nenek aku yang xde gigi pon makan senonoh lagi dari kau, dik.
19. Pakai korset atau tali pinggang, paling dasyat korang pakailah baju raya yang ngam-ngam dengan badan korang. Sebabnya bila baju korang dah menunjukkan tanda-tanda kiamat (perut membulat dah terkeluar, lipatan lelemaks pinggang mula timbul, lengan baju mula ketat, duduk pon susah nak bernafas) fefaham lah korang kena cepat – cepat stop makan. Bila korang tengok korset / tali pinggang korang dah terpaksa pakai pada cangkuk yang terakhir paling besar, tu tanda-tanda kiamat lah tu. Elakkan pakai baju longgar sebab makin enjoy korang “menketerdarah” (melantak makanan tak ingat donia) sepanjang beraya.
20. Mintak tolong orang sebelah kasi penampor setiap kali korang makan kuih raya macam makan nasi. Habes sebalang dia pegi habeskan sorang-sorang tanpa dia sedar. Melayankan sangat kesedapan kuih raya. Ibarat Tun M kata: “Setiapkali rasa sedap, berhenti makan.” Sebab benda sedap ni selalunya adalah bahan-bahan yang trigger sense selera kita untuk makan lagi banyak & mostly bahan tu yang unhealthy punya sources (gula, lemak butan, garam, dll)
21. Sharing is caring. Apa kata korang ambik sepinggan dan makan sama-sama dengan geng korang. Share-share lah. Kalau buat dengan partner, memang nampak romantik, sure jadi bahan bawangan makcik pakcik bawang kat kampung tu nanti. By sharing, at least calories per meal dibahagikan kepada beberapa bahagian, secara tak langsung korang dah buat strategi nombor 17 tadi.
22. Minum kopi atau caffeinated drinks tanpa gula. Bukan saje dia memutuskan selera korang tapi ia boleh trigger proses pembakaran lemak jadi lebih effective!
23. Turn on pedometer apps atau jam HRM korang dan aim for 10k steps everyday. Ni adalah asas senaman yang perlu korang buat kalau korang tak kuasa nak workout. Banyakkan berjalan dengan kaki sepanjang raya. Pusing kampung. Alaa..buat macam zaman kita kekecik dlu, pusing kampung collect duit raya, tapi makan tak mo. Cuma bezanya jangan lah korang pusing kampung cari duit raya makan takmo, kena cepuk kang!
24. Dapatkan rehat yang mencukupi. Biasalah, bila balik kampung, dah jumpa sedara mara timing tido pon lari. Leka berborak dengan sedara mara yang jarang dapat jumpa. Hati-hati, badan kita letih sepanjang beraya. Sekiranya tidur kita tak berkualiti, nafsu makan pon mula mencanak tak tentu pasal. Dan satu lagi, lagi lama korang stay up berjaga malam, mulalah mulut gatal mintak mengunyah. Tu yang berlakunya kes kuih balang habis dimakan tuan rumah sendiri. If ada free time pon tolonglah jangan pegi gatal capai balang kuih raya & mengunyah sambil layankan program tv raya.
25. Back on track secepat yang boleh! Orang kata raya sebulan, tapi itu pendirian masing-masinglah. Ada orang beraya 3hari saje, hari ke4 dah puasa 6 terus. Dah consider back on track lah. Nanti selesai puasa 6, harap dia dah kekalkan momentum tak beraya sakan. Standby meal plan & workout back on track awal-awal. Atau pon paling senang, register cepat dalam mana-mana program kuruskan badan selepas raya macam program online coaching yang coach akan buat bulan raya ni: Si Kering Vs Si Gedempol 100 hari Manifesto Tunaikan Janji Diri .Kalau korang ada budget lebih sikit, cari terus jurulatih peribadi untuk train spesific program untuk menyelesaikan masalah badan korang sendiri. Coach DS pon masih buka sesi VIP Personal Coaching Online & Offline
26. Niat. Apa jua yang korang buat, niat mesti kena cukup kental! Maksud Coach tak semua orang willing to do these strategies sebabnya mereka akan rasa ruginya raya kena sakit kepala menyusahkan diri buat benda ni semua. Chillex lah, rasa sekali setahun. Hummm.. I don’t think we’re celebrating raya setahun sekali, sebab kita warga Malaysia ni celebrate macam-macam celebration dalam setahun. Dan kalau nak kata rasa rugi, sebenarnya kalau Allah tarik nikmat kesihatan yang diberikan & tak bagi balik sampai bila-bila dek kelalaian kita menjaga amanah yang diberikan Nya, tu lagi rugi besar! Sekali lagi Coach pesan, ini bergantung pada kekuatan niat masing-masing. If you really fed up live in that unhealthy body, then change your lifestyle. Buat strategi ni semua atas niat nak ubah lifestyle, bukan nak kurus semata.
Sebelum Coach nak akhiri bebelan ni, Coach nak curi peluang susun jari jemari runcing ni memohon ampun sekiranya sepanjang penyampaian ilmu ada yang terkasar bahasa & menyentapkan jiwa tisu korang, ampun diminta sesuci lebaran.
Cuba lah follow step by step strategi ni semua, lakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
Dah bagi lambakan strategi ni kalau korang tak kurus-kurus jugak, tak tahulah Coach nak nolong celah mana lagi..
Happy enjoying healthy Syawal days, gaiss! ??