A Pregnancy Journey – StrongBaby Project (Week 6)

6-weeks-pregnant-time-to-put-your-thinking-cap-on-e1356439088242

Dah masuk Week 6 untuk ‘StrongBaby Project’ ni.

Aik??!! Tetiba jer kan dah masuk Week 6, mana Week 1 – Week 5 nya??

Hihihi… DS nak habaq mai lah niii….

Week 1 – Week 3 (14 Jun 2014 until 5 Julai 2014)

Akhir-akhir bulan nak prepare untuk celebrate ketibaan Ramadhan rasa excited sangat. Waktu tu pulun training gila-gila & dah mula practice Eat Clean & puasa 2minggu awal sebelum tiba Ramadhan. Tujuan buat macam tu supaya badan tak terkejutlah bila masuk bulan puasa nanti. Yup, progress memang sangat smooth until 29 Jun di mana bermulalah ari pertama berpuasa. Orang lain ari pertama lembik (termasuk En.Suami) tapi DS pulak terlampau hyperactive, siap boleh pegi training kat gym & masak untuk berbuka puasa. Dasyat betul badan waktu tu. Semangat die lain macam!

Sampai lah seminggu selepas berpuasa, badan dah mula lembik tiba-tiba. Aii?? Orang lain steady, kita pulak lembik?? Waktu tu badan memang totally exhausted. Kepala kerap pening sepanjang berpuasa & bibir pon kering sangat-sangat. Ingatkan dehydat

ion tapi rasa macam pelik sebab rasa DS memang berdisiplin minum air at least 3liter sepanjang waktu berbuka until sahur. Takkanlah dehydrated lagi??

Week 4 – Week 5 (12 Julai until 19 Julai 2014)

4-weeks-pregnant-time-to-get-real-e1356437670518

 

2minggu ni memang lah teramat kritikal! Asal bangun nak masak untuk sah

ur, mesti ambik masa 30min untuk redakan tekak yang mual. Muntah kadang-kadang saje. Dalam 2minggu tu just mampu muntah 3 to 4x saje, tu pon sebab bila makan makanan yang tak kena tekak. Bila pepagi asyek mual-mual, baru teringat sesuatu, aq ni dah lama tak datang period..puasa full jer bulan ni.. pregnant ker?? Rasa macam nak pegi buat test tapi hati takut2 sebab takut kecewa kalau result negative. So, DS abaikan jelah, layan jer ketidaksedapan badan waktu tu.

Bila di layan, menjadi-jadi puloks tekak ni… Craving macam-macam setiap kali berbuka. Dah elok-elok tengah buat Clean Diet, terus hancur diet sebab nak melayankan tekak yang makan memilih.

1965050_10204393499502333_5827741270355487365_n

Mula-mula mintak kat hubby teman carikan popia basah & putu bambu. Sampai ke bazar Shah Alam pegi mencari. Nasib baik jumpa satu gerai jer kat bazar tu yang jual popia basah. Kalau tak kempunan ‘mak pekan’ ni… tapi bila dah rasa popia basahnyer, mual tekak! frust sebab tak sedap. Cuma nasib baik putu bambu sedap & jelly kelapa pon boleh cover sikit loya mual tekak waktu tu.

10491070_10204393499302328_5860874009327029480_n

On the next day, tetibe tekak nak makan Masak Lemak Telur Itik dengan Belimbing Buluh. Frust sangat cari-cari tak jumpa. Nak masak sendiri, tak mampu sebab badan lembik sangat. Nak suruh hubby masak, memang dalam mimpi lahh cik kiah oiii…Lastly, hubby bawak makan kat Old Town. Asam Laksa jerlah yang menjadi penyelamat tekak waktu tu. Dengan selamba pegi bedal asam laksa dengan nenas-nenasnyer sekali. Isyk isyk isyk….

10550939_10204344869446612_1031041224692963113_n

Hari yang seterusnya, seriously ari yang sangat teruk sampai tak boleh nak puasa. Asyek muntah & kepala pon berpusing-pusing macam helikopter. Terlentang jer atas katil tidur. Hubby swoh telan panadol, DS telan jerlah sebab tak tahan kepala berdenyut macam nak pecah. Sepanjang DS tak sihat, En.Hubby jugak yang mengemas rumah, cuci toilet2  kat umah sampai berkilat, mop rumah, cuci baju & jemur baju yang bertimbun-timbun.Rajin dieww… Walaupon die tak reti masak, tapi at least die rajin buat lain (tengok mood die jugak lah). Rasa beruntung jugaklah bila Strongman sudi buat keje2 wife die dikala wifenya tengah sakit. Bukannya senang nak tengok Strongman buat keje bini kat umah.. Terserlah ke’macho’an disitu… Petang tu en.hubby kesian tengok wifey die yang dah rupa mayat dah… lembik pucat semacam. So, die pon ajak keluar mencari lauk ngidamku lagi.. Last2 jumpa kat bazaar Shah Alam jugak. Punyalah happy tak terkata sampai tak sabo nak balik makan (mentang2lah tak pose) tapi tak jadi makan sebab tunggu sama2 buka pose dengan hubby…hehehehe…

Week 5 Day 4 (23 Julai 2014)

Sepanjang tengah malam semalamnya muntah sampai perut kosong. Lauk semalam sangat mengecewakan. Tak sedap langsong! Cair giler! Kecewa sangat-sangat! Mahal pulak tu. Bila masuk tekak rasa kuah kunyit, bukan masak lemak. Memang sepanjang malam muntah jer lah. Bangun sahur pon tak larat. Paksekan diri untuk bangun solat subuh & terus masuk tido. Kesian encik hubby, makan jerlah biskut cicah milo untuk sahur.

Bangun pagi  (pagi lah sangat…) rasa kat sebelah encik hubby dah keluar p training. Kepalaku masih berdenyut dan tekak mual tahap dewa. Pegi lah sambung muntah lagi. Then sebelum nak buang air kecik tu, ati tergerak untuk beranikan diri buat pregnancy test. So, bodo-bodo jerlah buat test tu.. Tadah air kencin pertama & celupkan test stick. Belum sempat DS nak keluar toilet, punya lah laju keluar double line merah. Pekat pulak tu line yang keluar. Terkejut cipan bila positive pregnant! Wow! Patutlahlah melampau-lampau muntah & pening kepala, hormone progesterone melimpah ruah dalam badan sampai line kat stick pon pekat & terang giler.

10354087_10204393498582310_6215050856334345517_n

Waktu tu menggelabah hepi tak terkawal. Tak tahu nak gitawu encik hubby macam mane. takde idea langsung nak buat suprise macam mane.

Lastly Whatsapp jer kat die gambar ni dengan caption:

10559794_10204393498342304_9030455810656339436_n

“Don on the way, Papa!!

*Don? Sape Don?? Tu nama yang menjadi favourite En. Hubby…

Balik jer hubby dari training, muka die berseri-seri…hehehehe….

Week 5 Day 5 (24 Julai 2014)

Dengan senang hatinyer En. Suami bawa DS pegi buat buku pink. DS pegi klinik kerajaan yang terdekat jer. Klinik Shah Alam. Waktu pegi tu dalam tengah hari, tak ramai pon. Nasib baik lah. Walaupun tak ramai, bila 1st time buat buku ni lama jugak procedurenya.

10441204_701953619877562_5928014816555736343_n

10271629_10204393496662262_6216006732518998997_n

Datang dalam pukul 12lebih dan abes check up dalam pukul 4petang. Tak ramai pon dah ambik masa sampai pukul 4petang, cuba kalau ramai??

Oiiisyyhh… tak sanggup nak tunggu kalau macam tu.

Ape-ape pon, record pre-preggy DS alhamdullillah sihat…

Tinggi: 156 cm
(normal, sebab selalunya doktor pandukan tinggi kita untuk cek kelebaran pelvic kita)
Berat: 58 kg
(starting 58 kg ea? tak mustahil akan datang boleh achieve sampai 80kg or 90kg..standby jer lah)
Tekanan Darah Tinggi: Normal
Nadi: Sihat
dan lain-lain lagi….

Week 6 Day 6 (31 Julai 2014)

Arini adalah Syawal yang ke 3. Sepanjang Syawal ni, makan tak berapa berhantu sangat macam dulu2. Takde selera. Lauk-lauk tertentu jer boleh makan. Setakat ni lauk pauk raya yang mak DS masak jer yang nampak menyelerakan. Bila pegi rumah orang lain, memang bedal kerepek jer. Nak makan heavy-heavy tak berapa berselera… Sempat beraya di JB & Rawang jer sebab tak larat lah nak berjalan-jalan ni. Mabok perjalanan, dalam kete asyek baring jer…

10174787_10204375309047583_5339373136145277911_n

10524748_10204393499742339_201470945056515404_n

Sambal Goreng Johor, Rendang Ayam, Kari Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Serunding Daging & Ketupat.. Perghh!!!! Masakkan mak jugak yang terbaikk!! Bukanlah nak berperangai ‘pho yo’ sangatkan, but seriously tekak just berselera makan heavy waktu raya bila mak sendiri yang masak. Lepas tu bila nak balik ke Selangor, tetiba kena ‘homesick’ rindukan kampung di JB. Nangis senyap-senyap belakang hubby sebab rindukan mak abah & adik2…. sobsobsob…teruk emosi orang ngandung ni….tak tentu pasal nak nangis, nak sedih, nak happy or nak moody….

1919631_10204393497902293_521125337555879752_n

Untuk Week 6 ni, bump perut belum nampak jelas kalau tertutup dengan baju. Tapi kalau tanpa baju, memang leww nampak ‘bonggol’ kat rahim. Bonggol yang naik tang area tu jer. Cakap pasal bonggol, di antara perubahan badan yang mula berlaku di sebabkan pertukaran hormon adalah seperti:

1) Breast sakit & membengkak (part ni paling DS suka. Walaupun sakit, tapi dari cup B terus jadi cup C !! omak! ni baru 1st rimester, belum 3rd trimester nanti.. dulu waktu lose weight, pernah lose sampai cup A…sedih giler rasa..diet & senaman yang tak betul memang senang kecutkan breast. then it takes 2years for me to full kan balik kepada cup B. tapi bila dah ngandung macam ni, tak sampai 2bulan terus naik cup C. marbelous! hahaha)

2) Jerawat bertepek kooo…. (mungkin tak berlaku pada semua orang but it happen to me… setiap kali perubahan hormon, jerawat memang masalah utama to my skin sebabnya DS memiliki sensitif skin. tu yang kadang-kadang kalau hormon tu stabil, muka clear jer. tapi klo hormon kucar kacir, naik lew jerawat sane sini)

3) Punggung melebar (toksah cakap lah haiii… melebar die bukan main… nak kata happy, happy jugak sebab my dream body sukakan breast besar, pinggang kecik & punggung mantap.. kalau punggung lebar ni bahaye jugak, kne selalu control kelebarannya. biar lebar penuh otot..bukan lebar penuh lemak & selulit..sendiri boleh bayangkanlah yer)

4) Perut & badan rasa bloated (yup, awal2 ni memang badan rasa sebu semacam jer. berangin pulak tu. asyek sedawa saje. u all ade petua tak untuk buang angin badan ni?? setakat ni DS just amalkan minum teh halia jer pastu elakkan makan makanan yang ‘berangin’)

5) Rambut & kuku (makin lebat & bersinar..wow!)

6) Kulit (waktu pregnant ni lah kena sangat-sangat berdisiplin minum air bagi menggelakkan dehydrated. Sebab 1st trimester ni memang kerap p buang air kecil, jadi badan senang kering. jadi kena pastikan stock air tu bergelen-gelen kat rumah. kalau air tak cukup, sangat bahaya untuk kandungan dan si ibu juga)

 

7) Keputihan (setakat ni masih terkawal. kena sentiasa pakai pantyliner bagi mengekalkan ‘freshness’ sebab bila selalu sangat buang air kecil, kena pasti kan cuci bahagian private tu dengan pencuci wanita bagi mengelakkan kulat dan keputihan yang teruk. tak sangguplah kalau private part tu dah berbau. untuk u all yang ade masalah keputihan, DS boleh sarankan u all cuba tea tree extract oil di campur ke dalam air suam, dan bilas setiap kali selepas buang air.. InsyaAllah dia bantu bunuh kuman-kuman atau kulat kat private area tu…tak pon boleh guna air rebusan daun sirih yang dah di sejukkan)

936665_10204393497742289_7825210308440341458_n

Di antara suppliments yang di sarankan ambik starting from 1st trimester lagi adalah PerVit & Folic Acid.. Actually Folic Acid digalakkan ambik sebelum pregnant lagi, lebih bagus. Suppliment2 yang lain seperti vitamin C juga di sarankan. Cuma pada DS kalau nak ambik vit c tu, biar natural from foods seperti grapes, oranges, grapefruits, berries dan macam2 citrus fruits lagi. Sebab tak nikmat lah ambik vit c dalam bentuk suppliment & membazir sebab badan kita tak perlu vit terlalu banyak yang di supplykan dalam suppliment tersebut. Dos berlebihan akan terbuang begitu saje. Untuk PreVit pulak, dalam post akan datang DS akan terangkan lagi secara detail ape tu PreVit & faedah-faedahnya,

10386756_10204393497462282_7626246635647263961_n

Oh yea, protein di antara sumber yang tersangat lah penting di awal trimester hinggalah bersalin. Ingat tak, kalau dalam tv dorang akan berkali-kali iklankan susu Anlene or Anmum wajib di ambik oleh ibu2 mengandung ni… Wajib tu sebenarnyer tidak lah. Kalau nak comparekan kandungan susu dalam Anmum dengan dalam whey protein, lagi tinggi dalam whey protein. Setakat ni DS just consume whey protein (sekiranya DS workout) dan sekiranya tak workout DS minum HL ker, Dutch Lady ker atau Greek Yogurt but mostly DS suka buat dalam bentuk smoothies, blendkan dengan buah-buahan.

Oh, sebelum terlupa.. Untuk 1st trimester ni, most of woman akan mengalami Morning Sickness yang teruk. Sangat sedikit peratusan yang tak mengalami morning sickness (lucky them!).. Morning sickness ni berpunca dari ketidakstabilan hormon estrogen & progestrone dalam badan. Jadi tu yang mual2 tekak.  Sepanjang beberapa minggu ni, DS banyak study pasal macam mana cara nak kawal Morning Sickness tu supaya menjadi lebih teratur sebab kalau dibiarkan memang satu kerja pon tak leh buat. Ada banyak cara sebenarnya. Diantara cara yang DS buat:

10247246_10204393497022271_8791174689614691967_n

1) Pastikan snack setiap 2-3jam…jangan biarkan tekak kosong kering… sumbat jer apa-apa healthy snack yang ada. tak pon sumbat biskut kering. DS kalau benda2 ni tak jalan, DS sumbat berbiji-biji oranges & mango sekali hadap.. lega sementaralah…huhuhu…

10366273_10204393497262277_6274067998775108131_n

2) Setiap kali bangun nak solat subuh, DS terus pegi minum Lemon Water time perut tengah kosong. Pastu kunyah biskut kering beberapa keping.. Bau lah solat subuh & buat Yogalates pagi-pagi tu.. Lemon water kena sentiasa fresh & standby dalam fridge. Kalau rajin DS buat Peppermint Tea campur Lemon & sejukkan.. Teh halia pulak minum bila badan rasa bloated jer, sebab tak minat rasa halia tu…yuck!

10514559_10204393498142299_7077473745953308998_n

3) Makanan berminyak, berkanji & bergula tinggi setakat ni sememangnya memualkan tekak ku!! Setakat ni DS baru start nak explore resepi-resepi yang sesuai untuk morning sickness ni… InsyaAllah akan sharekan resepi-resepi ni di column “Yummy Fit Foodies” dengan tab baru Preggy Foodies…  Contoh macam resepi 1st yang DS buat ni adalah resepi instant di mana DS main campak2 apa yang ada dalam stock. Jadi lah Lemony Spegetti with Tuna. Rasa spegetti yang masam, pedas dan tak berminyak adalah rasa yang tekak DS boleh sesuai. 1st trimester ni tekak lebih selesa makan ikan dari ayam or daging.. Entah lah, kalau sumbat jugak ayam or daging, sure muntah balik. Sebab tu sekarang tengah menggila makan asam laksa tapi lain orang lain ngidamnyer… Mine is like this lah…

10410971_10204393581664387_3797648275428792705_n

1st trimester ni jugaklah sangat sesuai untuk kita banyak study & membaca al-quran atau dengar bacaan2 al-quran. Ini perlu diterapkan awal-awal supaya ia boleh berterusan sampai anak kita dah membesar. Mengikut kajian saintis Barat, ibu yang mengandung perlu membiasakan diri & bayi mendengar lagu2 orkestra seperti Beethoven, Mozart dan lain2 bagi merangsang pertumbuhan IQ kanak2. Akan tetapi, untuk orang Islam seperti kita pulak, digalakkan mendengar hari-hari bacaan Al-Quran & alunan zikir-zikir. Lebih elok dipasangkan di dengan headphone supaya dapat dengar dengan jelas apa yang di bacakan. Anak dalam kandungan pon jadi lebih tenang bila dengar… No kidding, ni di antara comment kakak2 senior yang dah pernah buat method ni:

Screenshot 2014-08-01 00.24.00

Ya Allah, tak sabar nak cuba method ni… Moga-moga anak yang di lahirkan  adalah anak yang soleh solehah. Yang kuat, sihat & ada pegangan agama yang kukuh seperti pahlawan-pahlawan Islam zaman Nabi dulu-dulu. Dah banyak pulak DS bebel dalam post ni.. Nantikan post seterusnya lah. I will share everything yang DS belajar sepanjang pregnancy journey dalam my blog ni.. InsyaAllah, moga diary pregnancy dapat ditulis secara consistant. Kalau DS lupa, jangan lupa ingatkan DS di FB ya!