Super Spicy Chickenballs

Teringin nak buat bebola ayam/daging yang lebih sihat??

Mari DS kongsikan resepi kali ni:

Bahan Bahan:

3keping dada ayam (dibuang kulit & lemak)

1 sudu besar serbuk cili kasar / tobasco sos / nandos hot sauce

1 sudu besar lada sulah

3 sudu besar serbuk roti (bakar roti wholegrain & kisar lumat)

Sedikit daun ketumbar (cincang halus)

Sedikit campuran herba Italy

1 sudu minyak Extra Virgin Olive Oil

sedikit garam bukit organik (jika perlu)

Cara Penyediaan:
1) Potong kepingan ayam kepada kiub kecil kecil bagi memudahkan pengisaran

2) Sediakan mesin pengisar (food processor/ice blender)

3) Masukkan semua bahan ke dalam pengisar & kisar sehingga lumat

4) Bentukkan bahan kisar seperti berbola

* jika ingin bebola menjadi lebih ranggup, boleh celupkan bebola ke dalam telur & oat sebelum di goreng

5) Panaskan non stick pan & setelah panas, gorengkan bebola ayam tanpas minyak (minyak EVOO telah dicampurkan sekali ketika kisar)

6) Setelah bebola yang digoreng masak kekuningan, boleh di angkat & dihidang bersama wholegrain spegetti atau makan begitu sahaja

 

Jumlah kalori dalam 1 hidangan (3biji): 270kcal

Tags:  , ,