Moody jer memanjang I ni…

Week 5 Day 4 (23 Julai 2014)

Sepanjang tengah malam semalamnya muntah sampai perut kosong. Lauk semalam sangat mengecewakan. Masih tak boleh move on! Tak sedap langsong! Cair giler! Kecewa sangat-sangat! Mahal pulak tu. Bila masuk tekak rasa kuah kunyit, bukan masak lemak. Memang sepanjang malam muntah jer lah. Bangun sahur pon tak larat. Paksekan diri untuk bangun solat subuh & terus masuk tido. Kesian encik hubby, makan jerlah biskut cicah milo untuk sahur.

Bangun pagi  (pagi lah sangat…) rasa kat sebelah encik hubby dah keluar pergi training. Kepalaku masih berdenyut dan tekak mual tahap dewa. Pegi lah sambung muntah lagi. Then sebelum nak buang air kecik tu, ati tergerak untuk beranikan diri buat pregnancy test. So, bodo-bodo jerlah buat test tu.. Tadah air kencin pertama & celupkan test stick.

Belum sempat DS nak keluar toilet…

…………

…………

…………

…………

………….

………..

…………

Punya lah laju keluar double line merah.

Pekat pulak tu line yang keluar!

Terkejut cipan bila I

POSITIVE PREGNANT!

huuuumaaakkk aiiiiihhh~~

ALHAMDULLILLAH!

Patutlahlah melampau-lampau muntah & pening kepala, hormone progesterone melimpah ruah dalam badan sampai line kat stick pon pekat & terang betol!

Unplanned stick. Tak glemer betollah pakai stick ni. Tak terfikir pon nak pakai stick yang satu lagi tu (nampak proper sikit) sebab tak expect langsung preggy. Boleh tak repeat test pakai stick test glemer tu? Hihihihi..

Waktu tu menggelabah hepi tak terkawal. Tak tahu nak gitawu encik hubby macam mane. takde idea langsung nak buat suprise macam mane.

Lastly Whatsapp jer kat die gambar ni dengan caption:

“Don on the way, Papa!!

Don? Sape Don??

Tu nama yang menjadi favourite En. Hubby… KOMPIDEN jer I anak lelaki kan? Balik jer hubby dari training, muka die berseri-seri…senyum lebar sampai ke telinga…hehehehe….

 

Week 5 Day 5 (24 Julai 2014)

Dengan senang hatinyer En. Suami bawa DS pegi buat buku pink. DS pegi klinik kerajaan yang terdekat jer. Klinik Shah Alam. Waktu pegi tu dalam tengah hari, tak ramai pon. Nasib baik lah. Walaupun tak ramai, bila 1st time buat buku ni lama jugak procedurenya.

Datang dalam pukul 12lebih dan abes check up dalam pukul 4petang. Tak ramai pon dah ambik masa sampai pukul 4petang, cuba kalau ramai??

Oiiisyyhh… tak sanggup nak tunggu kalau macam tu.

Ape-ape pon, record pre-preggy DS alhamdullillah sihat…

Tinggi: 156 cm
(normal, sebab selalunya doktor pandukan tinggi kita untuk cek kelebaran pelvic kita)

Berat: 58 kg
(starting 58 kg ea? tak mustahil akan datang boleh achieve sampai 80kg or 90kg..standby jer lah)

Tekanan Darah Tinggi: Normal

Nadi: Sihat

dan lain-lain lagi….

Masih mampu terus lakukan sujud syukur hampir setiap hari.

Thank you Allah diatas present ni~

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen