Apa itu  One To One PT Sessions?

– Ia adalah satu program khas bagi korang perlukan panduan dari coach peribadi korang sendiri dalam mendapatkan khidmat program diet & senaman yang direkakhas berpandukan keperluan badan korang sendiri & berlatih secara fizikal (sama ada di gym atau rumah). Bermakna, Coach DS perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat tentang kondisi terkini badan/kesihatan individu, tahap kecergasaan individu, habit  yang mempengaruhi keseluruhan lifestyle individu. Setiap badan berbeza keperluannya bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum! Jadi, sangat penting untuk korang yang perlukan “special care” akan kesihatan korang melalui guidelines yang betol dari Personal Trainer / Jurulatih Peribadi yang berkualifikasi & berlesen secara legal.

Sebab kenapa korang perlu jadikan Coach DS sebagai Jurulatih Peribadi korang?

1. Coach DS akan bantu klien mencari arah.

Sekiranya korang rasa hilang arah (lost), korang sebenarnya tidak bersendirian. Ramai orang hanyut dalam perjuangan mengubah gaya hidup kepada lebih sihat ni. Yes! It’s a MENTALLY CHALLENGING TAW! Tanpa  pelan yang betol, rancangan yang strategik, hampir semua orang tidak tahu di mana mereka patut tuju (atau masih belum tahu macam mana nak mulakan?). Kehadiran Coach DS boleh mengubah semua itu dengan membantu korang jadi lebih fokus & jelas dengan jalan yang patut korang lalui demi mencapai sasaran sebenar.  Later on, sebaik sahaja korang dapat momentum, Coach DSakan aturkan langkah-langkah yang kecil tetapi bersesuaian/ideal dengan kemampuan masing-masing dan memastikan korang mampu follow the momentum tanpa hanyut ke Laut China Selatan cepat sangat.

2. Coach DS sememangnya akan bantu korang mencapai potensi  terbaik korang!

MUngkin benar korang rasa korang boleh buat sendiri dan mampu capai apa yang korang nak. Akan tetapi, dunia kesihatan & kecergasan ini begitu luas & liar untuk diterokai! Kerja Coach DS adalah memastikan korang yang memang serius nak teroka bidang ni dengan sangat mendalam tanpa tersesat, sentiasa “on track”  dan memotivasi mental korang kasi pecah habis-habisan bagi memastikan korang “all out dan tahu potensi X-factor yang tersorok dalam diri korang. Percayalah, setiap manusia diciptakan mempunyai kehebatan masing-masing. Never underestimate yourself!

3. Bagi memastikan korang memberikan tumpuan kepada apa yang lebih utama

Sebaik sahaja korang “on track” dalam mengejar sasaran korang, Coach Ds akan sentiasa berada disisi korang dalam membimbing dan memberi penjelasan tentang matlamat khusus korang dan pastikan korang fokus pada apa yang penting dahulu. Sangat mudah sebenarnya untuk korang keliru mana satu “KEMAHUAN” dengan  “KEPERLUAN”, jadi tugas Coach DS awal-awal lagi akan pecahkan segala strategi supaya korang boleh tumpukan pencapaian matlamat satu persatu sepanjang “fitness journey” korang. Baru lah kurang rasa terbeban sebab fitness is fun!

4. Coach DS akan buat korang rasa bertanggungjawab terhadap badan korang sendiri

Ramai yang memasang impian untuk kurus lah, fit lah, kuat lah dan macam-macam lagi. Akan tetapi setiap impian tu selalu tertangguh, ibarat hanya seperti Angan-Angan Mat Jenin sajalah. Akan tetapi, bila korang dah mula jadikan Coach DS sebagai jurulatih peribadi, korang akan di”SEBAT” untuk realisasikan segala impian yang korang nak. Fantasy to become reality! Korang nak, korang kena usaha tapi Coach DS akan bimbing macam mana nak dapatkan! Bila tanpa jurulatih, lebih gemar cakap kepada diri sendiri, Ah! Esoklah aku start” – dan kita semua tahu esok pun belum tentu akan bergerak! Kerja jurulatih sebenarnya termasuklah akan menjadi pembisik hati nurani korang, bagi sokongan yang kuat untu bertindak sekarang! Kasi bakar jiwa yang meronta tu! Walk with the talk!

5. Masa lebih jimat, fleksible & kurang tekanan

Ada jurulatih peribadi ni ia mempercepat kejayaan korang, bantu korang bergerak dari titik A ke B lebih cepat berbanding dari gerak sendiri – dan mengurangkan tekanan korang dari berfikir apa perlu buat pada langkah seterusnya, betul tak? Banyak manfaat yang korang dapat dari perkongsian pengetahuan dan pengalaman jurulatih korang, serta pelan langkah demi langkah yang akan membantu korang membina, dalam masa yang sama  mampu bukak mata / minda korang akan luasnya bidang kecergasan & kesihatan ini. Banyak benda menarik yang boleh dibelajar dengan Coach DS.

6. Coach DS bantu korang tingkatkan keyakinan dan buat korang sentiasa rasa bermotivasi

Acapkali korang bergelut dengan rasa rendah diri sendiri, sangat senang korang akan rasa “demotivated” dan hilang keyakinan terhadap kebolehan korang sendiri. Dengan tarik balik korang kembali ke jalan yang betul, tugas Coach DS akan pastikan korang temukan semula keyakinan dan motivasi yang korang perlukan untuk berdiri semula!

7. Coach DS akan latih otak korang seperti seorang JUARA !

Semua atlet (termasuk atlit dunia pun) mempunyai jurulatih untuk melatih badan mereka, tetapi apa yang benar-benar memjadikan seseorang sebagai juara adalah “MINDSET”mereka. Jika korang nak capai menang dalam capai sesuatu sasaran, korang WAJIB berfikir seperti CHAMPION – dan kerja Coch DS jugak termasuklah melatih otak korang untuk melakukannya dengan tepat seperti seorang juara.

8. Coach DS cuba selami & bantu memahami diri korang dengan lebih baik dan kenal pasti kelemahan korang

Salah satu kunci bagi membuka kunci potensi korang ialah memahami dengan lebih jelas tentang diri sendiri, apa yang membuatkan korang rasa lemah tiada keyakinan diri, dan apa yang menjadi penghalan kepada sasaran korang. Coach Ds akan berusaha cuba menggali lebih mendalam ke dalam jiwa korang sendiri dan menganalisis kekuatan, kelemahan, bertujuan untuk penambahbaikan. Bila korang benar-benar memahami diri sendiri, lebih dekat usaha korang dalam mencapai ke arah sasaran yang korang impikan.

9. Korang dapat mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan ketika bersenam

Jika korang orang baru dalam senaman atau rasa terdapat beberapa pergerakkan yang korang bat tu rasa menyakitkan, adalah wajar memberitahu Coach DS apa masalah yang korang hadapi ketika melakukan senaman. Coach DS akan memastikan korang melakukan senaman dengan cara yang selamat dan berkesan. Proses belajar teknik senaman yang betul mampu meningkatkan hasil korang jadi lebih cepat dan mencegah sebarang kecederaan dan kemalangan ketika bersenam.

10. Senaman boleh dijadikan sebagai rawatan penyakit atau pengukur prestasi dalam sukan spesifik

Senaman juga bermanfaat bagi mencegah atau merawat banyak penyakit peringkat awal NCD seperti kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, termasuklah masalah kesihatan lain-lain. Walau bagaimanapun, bagi klien yang dalam rawatan perubatan atau pemantauan doktor, semestinya memerlukan langkah berjaga-jaga tambahan oleh jurulatih. Coach DS adalah seorang Terapi Senaman yang berpengalaman menguruskan klien-klien yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan melalui  program-program khas yang dirancang mengikut keperluan pesakit bagi menjamin keselamatan klien dan memberikan pengalaman senaman positif. Coach DS juga berkelulusan Sains Sukan boleh merekabentuk program kecergasan khusus untuk atlit-atlit sukan spesifik, yang akan meningkatkan prestasi dalam sukan dan mengurangkanmasalah kecederaan ketika bertanding.

==============================================================================================

Program yang ditawarkan oleh Coach DS:

– Pengurusan Berat Badan (kurangkan berat badan/lemak badan/kolesterol, tambah berat badan, toning & contouring, tambah otot, dll)
–  NCD (Non-Communicable Disease) yang masih berada di peringkat awal (darah tinggi, kencing manis & obesiti)
– Latihan peribadi bagi golongan khas seperti orang tua, kanak-kanak & mempunyai kecacatan/kekurangan fizikal kekal
– Latihan Conditioning bagi ibu lepas bersalin, ibu menyusukan anak & ibu mengandung (termasuk yang merancang untuk mengandung)
– Latihan meningkatkan prestasi para atlit
– Khusus untuk klien wanita yang mencari Coach wanita
– Latihan peribadi dalam kumpulan kecil (kurang dari 4orang)
– Perkhidmatan jurulatih datang ke rumah (sekiranya klien mempunyai kemudahan barang-barang latihan tersendiri)
– Program juga boleh dijalan secara “online” personal bagi mereka yang tinggal luar kawasan
– Stress management & Cognitive Behaviour Therapy

Program ini boleh di lakukan secara OFFLINE SAHAJA.

Nak tahu cara-cara nak booking PT sesi dengan CDS??
Pastikan korang follow step by step ni ya.

Step 1:
Bukak Google Play Store korang dan download Fitfit app

Step 2: Lepas korang download, korang boleh bukak account korang sendiri untuk sign in dalam app. Bila dah log in, boleh pergi ke search dan search my name Diane Sera. Pastikan rumah korang berhampiran dengan kawasan yang I cover sahaja ya.

Jadi, apa  bertangguh lagi?
Bila nak mula? Lagi berumur badan nanti lagi macam-macam masalah kesihatan pulak kena.
Start segera!

Nak berlatih dibawah bimbingan Coach DS?
Strong mentally prepared..
Jangan mudah koyak..

 

 

 

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen