Perhatian kepada wanita : Anda enam hingga lapan kali lebih cenderung untuk menghadapi masalah ligamen cruciate anterior ( ACL) daripada kaum lelaki.
Sebab : Perbezaan anatomi dalam struktur lutut wanita & pebezaan sudut Q pada pelvis lelaki dan perempuan terutamanya disebabkan oleh perbezaan dalam sifat-sifat fungsi organ-organ dalaman mereka.
Perbezaan yang paling jelas adalah , pelvis yang lebih pendek yang lebih luas/lebar di kalangan wanita, yang terhad oleh keperluan untuk menanggung punggung dan kaki manakala tulang pelvis lelaki ‘ yang lebih tinggi, lebih berat, dan lebih tebal dengan lebih tanda-tanda tulang menonjol. Pelvis perempuan mempunyai profil yang lebih luas dan cetek tulang yang lebih ringan dan kurang tumpat.
Jadi apa yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita untuk mengatasi masalah ini?
1) Belajar bagaimana untuk melompat dan mendarat dengan betul. Patrick McCulloch , MD, seorang pakar bedah ortopedik sukan terkemuka dari Pusat Methodist Perubatan Sukan di Houston, menjelaskan bahawa ” ramai wanita melompat & mendarat lebih banyak dengan keadaan lutut mereka lurus dan tempurung lutut termasuk ke dalam, yang mengakibatkan tekanan tinggi pada ACL, manakala lelaki cenderung untuk secara semulajadi mendarat dengan kaki mereka jauh dengan lebih bengkok di lutut .
2) Mengurangkan berat badan. Ini adalah punca yang selalu berlaku apabila seseorang wanita yang menanggung berat badan yang berlebihan bertahun-tahun lebih mudah menghidapi masalah penjajaran/alignment tulang dalam badan tidak sekata yang mengakibatkan geseran pada sendi-sendi yang juga memudahkan seseorang itu mendapat sakit lutut.
3) Jangan amalkan henjutan ketika menaiki tangga yang bermaksud anda digalakkan lebih berhati-hati daripada meletakkan tekanan kepada patella / kneecap lebih-lebih lagi jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Dinasihatkan supaya berjalan & pegang railing tangga ketika mendaki tangga
4) Sekiranya anda sememangnya sudah mempunyai masalah lutut, lebih baik anda kurangkan berjalan di atas tanah berumput yang tidak sekata yang akan mengakibatkan tegangan pada lutut atau tersungkur
5) Jangan terlalu kerap melakukan squat atau lunges setiap hari dengan teknik yang tidak betul. Teknik yang selamat adalah apabila anda tidak membengkokkan lutut anda lebih dari 90darjah & lutut tidak melebihi ibu jari. Pembukaan kaki biarlah sedikit luas.
6) Perkukuhkan otot peha dalam anda sebagai sokongan kepada lutut anda. Otot adductor (otot kelengkang dalam) adalah diantara otot yang paling kerap menyerap hentakan ketika berjalan. Cara paling mudah membuat senaman otot ini adalah dengan berada dalam posisi duduk & kemut otot peha dalam, kemudian lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.
7) Sekiranya anda rajin berbasikal, jangan ‘set’kan kedudukan tempat duduk terlalu rendah dari aras lutut anda. Pastikan kedudukan anda sedikit tinggi supaya lutut anda berada didalam kurang bersudut ketika mengayuh.
8 ) Anda dinasihatkan menggunakan pelapik pelindung lutut sekiranya anda aktif bersukan yang memerlukan banyak pergerakkan dilutut & jangan lupa untuk amalkan pengambilan suppliment yang membantu kesihatan sendi
9) Lakukan senaman regangan sebelum & selepas bersenam
Original facts from:
Diane Sera
Excr. Therapist, BB Coach & Sport Massuer