Oops! Bukan dah di ingatkan selalu ker untuk rujuk mereka yang lebih professional & bertauliah setiap kali nak mulakan fitness journey korang? Niat asal nak perbaiki kesihatan masing-masing tapi tak sampai penghujung cerita, macam-macam masa’elah pulak dapat dek tindakan “bijak” diri sendiri buat perubahan tanpa bimbingan yang betol. Akhirnya memakan diri sendiri.

Percaya atau tidak, fitness journey seorang wanita boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan sekiranya tidak dilakukan secara bertauliah. Tak dinafikan, ramai juga yang datang rujuk Coach DS & menceritakan masalah kesihatan wanita & gangguan hormon yang mereka hadapi akibat diet dan senaman “caca marba”.

Seperti yang kita sedia maklum, turunkan atau naikkan berat badan boleh membantu atau membantutkan kitaran “period” kita.  Kitaran period kita adalah hasil daripada interaksi kompleks antara ovari dan otak. Perubahan koordinasi yang terjadi dalam hormon level kita yang menyebabkan berlaku ovulasi, sekiranya kita tidak mengandung pada tempoh ovulasi, berlakulah pelbagai perubahan hormon ketika tempoh period berlaku (maaf, Coach DS lebih selesa panggil ia “period” berbanding panggil ia “haid / datang bulan”, hope you guys don’t mind).

Jadi apa pun situasi yang mengganggu kelancaran ovulasi ini berlaku setiap bulan (termasuklah penurunan / peningkatan berat badan secara drastik), ia boleh mengakibatkan wanita skip atau missed waktu tetap periodnya. Bila korang track down tempoh period korang dan dapati ia tak tetap setiap bulan, confirm lah hormon dalam badan korang tengah kucar kacir & itu petanda bagus!

Sebelum  Coach nak cerita lebih lanjut, suka disini nak Coach ingatkan yang CDS BUKAN SEORANG PAKAR DALAM BIDANG OBSTETRICIAN ATAU GYNECOLOGIST. Segala apa yang Coach tulis dalam artikel ini adalah berpandukan dari kajian paper-paper research yang Coach study. Kemungkinan besar ianya benar berlaku pada badan korang dan kemungkinan juga tidak. Sekiranya korang nak dapatkan kepastian benar atau tidak, selalu Coach nasihatkan supaya rajin-rajin buat full body medical check up termasuklah hormones check up. Hanya mereka yang pakar boleh menentukan keadaan yang berlaku dalam badan korang selepas check up di lakukan.

Oklah, Coach DS bukan nak cerita pasal kitaran period normal atau tak dalam post ni. CDS nak cerita pada erti di sebalik warna darah period kita. Interestingkan? Sebab tak banyak artikel atau coaches yang cerita pasal maksud warna darah period kita sepanjang kita lalui perubahan berat badan. Akan tetapi sangat ramai wanita yang CDS latih menceritakan pengalaman dorang sendiri tentang masalah yang dorang hadapi sepanjang kesilapan sendiri ketika mengubah tahap kesihatan badan melalui metodasi kecergasaan.

CDS pasti ramai yang tak teliti tentang perubahan warna darah period masing-masing sebab ramai sibuk terlalu fokus pada nak turun/naikkan berat badan semata. Kilogram is not about everything, sis! Cuma korang lepas ni, track down warna period korang sepanjang kitaran, setiap bulan melalui gambar. EEIIYY! Coach ni biar benar? Macam selekeh jer nak ambik gambar darah period sendiri?

Huhuhuhu.. Segala benda dalam konteks Biologi ni memang agak menjijikkan kadang-kadang. Cuma ini di antara cara paling mudah untuk korang track kesihatan hormon korang selain dari pegi buat hormon test di hospital. Takkanlah nak buat setiap bulan kan?

Merujuk dari American Academy Of Obstetricians & Gynecologists, segala situasi yang berlaku tak kira dari segi tempoh masa kitaran period ker atau tekstur & warna darah period ker,  ia boleh dijadikan indikasi kesihatan hormon kita sebagai wanita. Best tak kita boleh check on kesihatan hormon dalam badan kita sendiri by our own period? Hihihi. Dah tentu lagi best dari tengok jarum penimbang yang menyakitkan hati kadang-kadang.

Darah warna MERAH TERANG :
Darah fresh yang gugur dari rahim pada pertengahan kitaran period. Kalau ia keluar bukan waktu period, ia masih normal sebab itu hanyalah Spotting. Akan tetapi sekiranya darah warna ni keluar bersama-sama otot perut kejang dan menyakitkan, kemungkinan rahim kita mempunyai masalah kesihatan, seperti fibroid or cyst. Jumpa doktor segera untuk dapatkan kepastian.

Darah warna MERAH GELAP :
Lagi lama darah berada dalam rahim, lagi gelap warna merahnya akan berubah. Darah ni kita boleh jumpa bila kita alami heavy flow period yang kadang-kadang berguling-guling menahan kesakitan otot rahim kita kejang pada waktu ni. Darah ni jugak kerap dijumpai waktu awal pagi. Darah warna seaakan Maroon ni menandakan dinding rahim kita sedang dibersihkan all out dan akan bakal kering/bersih tak lama lagi. Memang kaw-kaw dia keluar kasi habis!

Darah warna MERAH JAMBU :
Selalunya ia kerap belaku ketika Spotting. Darah Spotting ni boleh berlaku bila-bila masa di waktu kita stress, terlalu aktif, badan terlalu penat, perubahan berat badan secara drastik. Tapi sekiranya period korang setiap bulan warna pink & tak heavy, just light blood spotting, ia mungkin memberi petanda badan korang menghadapi masalah kekurangan nutrisi (nutrient deficiency). Orang yang kerap ada masalah tekanan darah rendah selalu ada masalah sebegini. Ini boleh mengakibatkan masalah pada jantung dan ketumpatan tulang. Pastikan korang rujuk pada pakar dalam perbetulkan semula tabiat pemakanann korang setiap hari. Ada juga pakar mengatakan darah warna ni, tahap hormon estrogen wanita tersebut sangat rendah. Ia commonly berlaku pada wanita yang makan pil perancang yang rendahkan hormon estrogen atau pon wanita pada tahap perimenopause.

Darah warna COKLAT / HITAM :
Seperti yang CDS mention tadi, lagi lama darah berada dalam rahim kita, lagi gelap warnanya. Jadi masa hari pertama korang period, bila keluar saja darah warna coklat macam ni, kemungkinan ia adalah sisa darah pada rahim yang tak betol bersih dari bulan lepas. Ia sepatutnya akan keluar pada permulaan period mula berlaku & waktu pagi hari pertama period korang. Ia normal. Ia tidak normal bila darah yang keluar adalah berwarna hitam! Segera rujuk gynea korang!

Darah warna ORANGE / JINGGA KARAT :
Sekiranya darah keluar warna ni tapi tak berbau & tekstur pon tak pelik, ia masih normal. Warna darah ni berlaku bila darah bercampur dengan cecair cervical. Kadang-kadang ada spotting pink keluar sekali. Wanita yang pasang implantation dalam rahim, boleh lalui pengalaman darah ni akan tetapi tak semua lah. Pakar Gynae nasihatkan sekiranya darah tersebut tak bertukar kepada darah period dalam tempoh masa beberapa hari spotting, lebih baik wanita tersebut buat pregnancy test segera. Akan tetapi ada juga kes, rahim wanita tersebut ada bacterial infection yang boleh jadi pada STD/STI (sexual transmitted infection).

Darah warna BIRU / UNGU :
Rare kan? Ia berlaku pada sesetengah wanita yang terlalu tinggi kadar estrogen hormonnya! Darah akan jadi berketul-ketul dan ketulan itu memang normal. Yang kurang normal adalah bila warnanya biru atau ungu. Kemungkinan besar juga badannya mengalami masalah kekurangan fiber.

Darah warna KELABU
Darah kelabu adalah darah infeksi dari Bacteria Vaginosis, antara tanda-tandanya adalah seperti bau hamis, gatal,  pedih & kerap demam. Jangan tunggu lagi, terus pergi jumpa doktor!

OK! Lepas tanggung jawab CDS sebagai therapist berkongsikan informasi ni kepada korang. Jika korang experience darah period atau vaginal discharge yang pelik-pelik (kuning emas lah, hijau lumut lah, atau apa-apa), teruslah jumpa pakar! Toksah tanggung. Sayang diri tak? As for me, hati ni rasa lega bila baca artikel ni & dapati keadaan kesihatan “bawah tu” sihat setiap bulan. Bermakna usaha kita dalam menjaga pemakanan, bersenam & jaga kualiti rehat, berikan hasil kesihatan yang optimum pada badan sendiri.

*Perlu di ingatkan juga, keadaan orang mengandung, post partum & perimenopause adalah berbeza dari apa yang dikongsikan dalam artikel ni.

Sape lagi yang akan ubah kesihatan korang kalau tak korang sendiri, kan?
Thanx for reading my sharing!
Feel free to share this article to all the woman out there!

==============================================================================================

Bahan rujukan:

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

1 Comment

Tuliskan komen