Kenapa Coach DS ragu2 dengan statement Subway makanan diet?? Dia healthy or tak sebenarnya? Betollah tu..tapi jatuh pada category “healthy” fast foods.

Ada apa dengan SUBWAY?
Subway makanan diet??
Betul ker?

CDS share sikit macam mana nak jadikan ia healthy & sesuai sekiranya matlamat korang untuk turunkan berat badan?

Apa-apa pon, point paling utama dalam konteks diet turunkan berat badan adalah makan pada keperluan KALORI DEFISIT.

Tahu berapa amount kalori defisit yang badan korang perlu untuk turunkan berat badan. Tak guna jugak makan healthy tapi tak berpegang pada asas kalori defisit. Segala kalori yang berlebihan akan menyebabkan punca pertambahan berat badan.

Ibarat the more you tiup angin (kalori itu ibarat angka/dalam bentuk nombor/nilai) ke dalam belon, lagi gemok belon tu mengembang & sampai satu tahap maximum dia, dia akan meletop! Macam tu jugak badan manusia, lagi banyak kita simpan kalori tanpa kita gunakan semula, lagi kembang membesarlah badan kita. Cuma badan manusia dia lebih bijak, kadang-kadang dia tak gemok secara menyeluruh, hanya tempat-tempat tertentu sahaja dia akan takungkan lemak tersebut, based on our hormones reaction & our genetics. Which means, some people lemak lebih suka berkumpul dekat perut, some suka kumpul kat peha & sebagainya.

Jadi, cuba korang ingat betol-betol tips pemilihan makanan diet yang sesuai sekiranya nak beli Subway nanti:

1)Semua roti equally as processed foods!

Tiada istilah EAT CLEAN kalau korang masukkan roti sebagai makanan diet. Akan tetapi cuba pilih roti yg lebih tinggi fibre seperti wholegrain. Sebab ia kuranglah sikit proses kalau nak banding roti yang datang dari bleached flour (tepung putih) but still not falling into categories of NATURAL FOODS.

2)Pilih NATURAL protein sources.

Bukan fake or preserved foods seperti cold cuts meats, meatballs, turkey, pepperoni dan yang di proses. Pilihlah grilled chicken, strip beef, tuna (jaga-jaga dengan mayo selambak dia). Actually nak kata healthy pon, tidak lah sebab benda-benda ni dorang dah campur dengan high food preservation supaya ia tak rosak cepat. Plus, ia tinggi sangat dengan kandungan garam (human made fake sodium). Go with the natural protein, okay?

4)Nak pilih cheese, no problem.

Kawallah sebab 1gm of fats equal to 9kcal. Kira letak sikit pon kalori dah senang naik mencanak. Belum total kalori dari sos lagi. Cheese dia pon bukan natural.

5) SOS!

Pilihlah mana – mana yang korang suka DENGAN SYARAT: tak lebih dari 2jenis, sebesar duit 50sen (bukan banjir) & carilah low calories sauces. Remember, setiap kali sos diletakkan, kalori dalam satu hidangan akan bertambah lagi. Kalau korang memang nak makan Subway harini, cuba plan betol-betol kalori harini. In the other hands, maksud CDS, if korang rasa tak nikmat makan Subway sos ciput, well fine. Just spends your calories on the sauces lah. Later on, makan perlu bercatu gila-gila sebab dah buang kalori pada lambakan sos. Sos tak mengenyangkan, hanya untuk sedap tekak, Then why spend your calories on the sauces, it’s better you spend your calories pada makanan yang lebih besar kuantiti tapi rendah kalorinya. Sebab lagi kenyang lama!

6)Timbunkanlah dengan fresh salad/veggies.

Sebab ini adalah KUNCI kekenyangan berserta kalori yang rendah! Cuba minimumkan sayur2 jeruk, again sebab preservation foods ni semua tinggi dengan sodium. Oh, by the way kepada korang yang tak suka makan sayur, CDS cadangkan pilihlah roti jenis fibre tinggi but….still belum tentu buat korang kenyang lama..Dahlah kalori memang tinggi, tak lama kenyang pulak tu, jap lagi pengi mencari lagi makanan, padahal balance kalori keperluan untuk turunkan berat badan tinggal sikit lagi.

7)Side dish set ??

Kejadah apanya ambik cookies & carbonated drinks bila diet. Konfem-konfem benda tu dah out of list bila aim nak turunkan bodyfat semua..Ambik ala carte jer.. Beli mineral water or coffee non sugar sudah..Jimat duit dan jimat kalori.

There! Makanlah Subway korang tanpa rasa berdosa & gembiranya. Kalau nak kurang dosa, pilihlah Veggie Subway. Paling rendah kalorinya ?

The choices is in your hands & based on your knowledges in nutrition. Ada jer orang pilih simbah semua sos yang ada (eiiyuhh) sampai basah Subway dia dan claim tengah diet..Humm..I iyekan ajer lahh. Tapi selagi masih dalam keperluan kalori badan dia, should be ok. Some people buat diet IF IT FIT YOUR MACROS, makan sajelah apa segala jenis makanan (healthy or not) asalkan hit kalori & makro dorang, but for beginners CDS sarankan learn the hard & safest ways of healthy eating.

Rujuk jadual pemilihan bijak ini

#diettips
#healthyfastfoods
#tipsmakanluar
#pilihananda
#dianeseradotcom
#curvyliciousbootycamp

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen