Profil

Sebagai atlit tempatan dalam sukan Strongwoman (Wanita Badang / Orang Kuat)  yang berkerjaya sebagai seorang Terapis Senaman (Exercise Therapist), dalam masa yang sama seorang Penceramah/Speaker Kesihatan & Kecergasan sejak tahun 2012, Coach Diane Sera yang dipanggil Coach DS, menggunakan kepakarannya dalam merangka & berkongsi tentang  latihan dan nutrisi secara  terperinci dalam pelbagai program & acara. Kepakaran beliau dalam membantu merawat pesakit NCD termasuklah  Hipertensi, Diabetes & Obesiti .

Beliau jugak aktif dengan beberapa lagi kerjaya seperti:
– Pakar Pemakanan Kecergasan & Sukan (Fitness & Sport Nutritionist
– Pakar Kesihatan & Kecergasan  Ibu Pra & Post Natal (Pre & Post Natal Fitness Specialist)
– Jurulatih Peribadi Kecergasaan (Fitness Personal Trainer)
– Tenaga Pengajar Jurulatih Kecergasan / Pensyarah (Trainer of Trainers)
– Pakar Kesihatan & Kecergasan Wanita (Women’s Health & Fitness Specialist)
– Elite Fitness Rehab & Tukang Urut Sukan (Sport Massage & Fitness Rehab)
– Jurulatih Berlesen Sains Sukan (Sukan Bina Badan)
– Cognitive Behaviour Therapy Practitioner

Jangan terkejut, beliau pernah juga memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Bina & Diploma Seni dalam Motivator Profesional Public Speaking pada usia muda belia.

Beliau percaya bahawa kita perlu menghargai tubuh badan kita sama seperti kita menghargai orang-orang kita sayangi. Dalam artikel-artikel penulisannya, Coach DS gemar berkongsi pemikiran dan pengalaman beliau tentang penelitian akan lumrah kejadian badan wanita dengan pelbagai isu seperti selulit, stretch mark, pengurusan berat badan, penjagaan dalaman dan luaran wanita, tak lupa juga bab topik mencintai badan kita seadanya yang juga memberi tumpuan kepada isu-isu masalah hormon wanita menjadi salah satu kemahiran beliau.

Coach DS sentiasa teruja dalam membantu para wanita meningkatkan dan mengubah kehidupan mereka dengan membimbing tentang asas cara pembaikpulih imej bentuk badan bagi meraih keyakinan diri (kerana keyakinan diri itu penting dalam apa jua keadaan), dan membantu mendidik wanita supaya jatuh cinta kepada keunikkan badan  yang mereka miliki secara tersendiri. Dengan berkongsi akan manfaat bersenam terutama manfaat melakukan latihan kekuatan dan membantu komuniti lebih cintakan makanan sihat & memahami asas nutrisi bagi mengelakkan terpengaruh dengan diet-diet merbahaya.

Beliau juga sentiasa mencari peluang mengkongsikan ilmu-ilmu pra dan postnatal kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu tentang cara kekal sihat & kuat dalam masa yang sama  selamat dalam tempoh kehamilan, tak lupa juga kaedah-kaedah rawatan  memulihkan selepas hamil melalui senaman & pemakanan sihat.

Kehidupan masa lalu beliau, sebagai salah seorang pesakit Hipertensi Tahap 1 yang diwarisi secara genetik oleh keluarganya, yang menjadikan siapa beliau sekarang. Isu obesiti menjadi asam garam hidup beliau ketika di umur kecil sehingga remaja. Beliau pernah menjadikan blogspot lama beliau sebagai ‘diari’ catitan beliau bagaimana beliau melawan & berjuang memperbaiki kesihatannya yang menghidapi masalah penyakit NCD ini, dan juga berkongsi perjalanannya tentang pandangan peribadi dan perspektifnya tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi selesa di kulit kita sendiri. Sambutannya amat memberangsangkan dan pernah kisah beliau di kongsi oleh akhbar, tv & majalah kesihatan tempatan.

Coach DS juga membantu komuniti membuka minda lebih luar akan imej badan yang  fit, kuat, dan sihat sambil memahami keperluan & limitasi kemampuan badan mereka. Coach DS juga seorang pengasas Bakar Lemak Bootcamp (Latihan Bootcamp Strongman & Strongwoman), SuperFit (kelas senaman untuk ibu mengandung dan ibu bakal ibu atau ibu-ibu selepas bersalin yang boleh bersenam bersama bayi mereka ) & CurvyLicious Bootycamp (kumpulan senaman wanita yang diprogramkan mendapat badan montok & mengiurkan) tak lupa juga, Coach DS telah bantu ribuan lelaki & wanita di seluruh Malaysia, mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan mereka dengan cara yang efektif, terperinci, dan berdasarkan ilmu sains sebagai rujukan utama. Beliau juga ada lakukan program-program online & offline secara peribadi mahu pun kumpulan kecil.

Falsafah yang digenggam kuat sehingga sekarang:

“It’s about you conquering your body, not your body conquer you!”