Setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang bersambung-sambung, mesti ramai keluarga yang akan plan balik holiday sama ada pergi jalan-jalan ke tempat orang atau balik kampung. Di antara aktiviti paling menyeronokkan bersama keluarga selain dari mandi laut, pergi melancong atau pergi shopping, eh, mestilah pergi jalan-jalan cari makan kan?

Bila dah seronok makan bersama keluarga, dia lupa bahawa setiap makanan yang di makannya semestinya yang tinggi kalori dan tidak sihat untuk badan terima. Dah masuk hari ke 3 barulah mula rasa bersalah dengan badan sebab tiba-tiba jer seluar jeans atau baju mula sendat. WOW! 3 hari baru..

Satu kilogram berat tubuh lebih kurang dengan 7000-7700kcal. Jadi untuk menurunkan paling tidak sekilo seminggu, you kena distributekan at least sehari 1000kcal di bakarkan, gila tak ? Jadi kalau tak nak gila macam tu, you kenalah berhati-hati setiap kali masukkan makanan dalam mulut. Belajar makan ikut keperluan badan & tambah sedikit sekiranya anda memang seorang yang aktif. You boleh kira keperluan BMI, BMR & DCR melalui website ini.

Jadi tengah bercuti sekarang ?
Rasa berdosa sebab makan terbabas sepanjang bercuti ?

Tips:
1. Sentiasa beringat dengan mengawal kalori yg di ambil setiap hari. Elakkan makan high calories foods setiap hari. Jangan lupa, anda akan gain sekilo dengan mudah sekiranya.anda punya kalori yg diambil mencecah 7700kcal hanya dlm masa beberapa hari


2. Sharing is caring. Makan share together-gether, cukuplah hanya merasa dan menjamah. Sepinggan boleh kongsi dengan anak ker, partner ker, kawan ker. Jadi at least portion anda masih terkawal walaupun kualiti tak mampu dikawal


3. Cuba lebihkan sayuran dan elakkan makanan deep fry. Pilihlah menu paling selamat seperti nasi kosong tanpa kuah berlaut, sup, mentah, bakar atau rebus.


4. Cuba elakkan makan besar di waktu malam. Makan bersederhana hanya utk alas perut. Kalau rasa siang dah consume too much calories, apa kata malam makan simple seperti buah, salad, kekacangan, sup sayur dan apa-apa yg tinggi fiber.


5. Curi masa bersenam dalam bilik hotel. Tak susah pon. Tak perlukan apa-apa alatan. Guna bebanan badan saja dan lakukan at least 4sets semua. Sure bakar balik.

Selamat bercuti !
Jangan hanyut jauh sangat ?
Takut susah nak berenang balik.

#healthyholidaytip
#keephealthy
#weightcontrol

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen