Hokey, Week 7… Apa nak cerita yerk?

Banyak sangat benda nak cerita. Kalau nak ikutkan untuk satu post ni memang bosan jenuh korang nak baca nanti. Bosan pulak nak baca panjang-panjang. So DS pendekkan mana yang boleh & linkkan ke post2 lain kalau nak tahu lebih detail mengenai topik tu..

Nak tahu ape jadi pade alahan / Morning Sickness DS?? Makin teruk tapi DS dah mula boleh control lah.. Macam-macam cara dah cuba. Mana yang ok tu, DS teruskan. Lain orang, lain kesesuaiannya. Cuma pasal makan jerlah masih lagi tak berselera & tekak mual tak abes2.

 

 

 

 

 

 

 

Air Lemon Peppermint Tea setakat ni jadi teman setia untuk kurangkan mual tekak. Kalau tanyer pasal makan, sandwiches jer lah yang termampu di telan tekak untuk beberapa harini.. tu pon ade masa tekak macam tak leh masuk.. sumbat jugak sebab perut asyek sebu jer kalau tak makan. Sekarang ni, kalau makan, tak nikmat! Terseksa rasa bila kena pakse makan.

Then semalam husband ajak beraya rumah Mak Anjang die kat Damansara. Ya Allah, nak keluar rumah naik kereta tu rasa ‘bercinta’ sangatlah! Sebab tak suka rasa mabuk bila naik kete & kena pulak tempat jem macam kat Damansara sane. Huisyh, tabahkan jer lah hati..

Nasib baik aritu Damansara tak jem! Jadi perjalanan jadi cepat & singkat. Sampai jer rumah Mak Anjang, di hidangkan dengan ‘kuih raya’ yang SUPERB!!! Gila ko nok klo aq malu-malu tolak pelawa melantak buah-buah local ni time tengah preggy macam ni??!! Ni jerlah makanan yang kena dengan tekak orang ngandung awal2 trimester ni. Tu diaaa, DS makan tak pandang kiri kanan & tak bercakap langsung.. Mengunyah jer terus.. Sampai Mak Anjang suruh tapau sikit bawak balik rumah buah-buah tu.. Malu rasewww….

Tiba-tiba Mak Anjang pelawa Laksa Johor pulak!!! Wahh!! Bermangkok-mangkok DS bedal!! Terkejut jugak dengan diri sendiri sebab sepanjang beberapa minggu ni makan memang selowww sangat, tiba-tiba kalau hulurkan laksa (ape jenis laksa lah!), DS makan macam orang tak makan setahun. Pas dah bermangkuk makan, tetibe perut meragam. Tetiba rasa senak pulak! Ni over load namanyer. Orang preggy memang mempunyai digestion yang sangat slow, sebab tu tak boleh makan banyak-banyak sekali gus, kena makan sikit-sikit tapi berulang. Ambek ko DS, muka terus ketat tak bercakap sebab perut senak bagai!!

Mak Anjang pelawa pulak gula-gula kelapa dari Brazil untuk dessert. Oh memang tak dapatlah daku merasa gula-gula Brazil dalam keadaan perut senak. Lupakan saje niat nak merasa tu…. Nyesal loading tak henggat donia!!

Bila on the way balik, tekak mual-mual nak muntah pulak dah.. Oh tidak! jangan keluarkan laksa johor yang berharga dari perutku!! Paksa diri untuk tidak muntah. Cari asam halia dalam handbag sebab ade research cakap halia elok untuk 1st trimester. Tapi sila beli, bukan ASAM HALIA lah, fresh halia!! Pastu kena marah beramai-ramai di FB..hahahahha…. semua orang risau..

Hihihi.. TQ to all yang mengambil berat tentang DS. Sayew budak baru belajar ngandung, banyak perkara tak tahu lagi & willing to accept apa2 teguran & nasihat terutama dari mereka yang dah berpengalaman. DS pon dapat macam-macam pantang larang dari orang-orang tua seperti jangan pukul paku, jangan siang ketam, jangan langgar kucing/anjing dan lain-lain..

Later I’ll share the post about pantang larang orang-orang tua ketika hamil..

Ok, nak rehat dulu..
Cannot tahan taip lama-lama depan laptop..
Mabuk dibuatnya..

 

 

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen