“Ayang nampak makin chubby lah… Kena exercise lagi kot…”

What?! Serious lah I dengar ayat ni keluar dari mulut hasben I ? Memang “menyirap” jugak darah ni once dengar ayat tu sebab bila sekali dengar macam ayat mengutuk kita, padahal kita ni tengah mengandungkan anak dia. Tapi sebelum melenting tak tentu pasal I fikir dalam-dalam dulu istilah disebalik ayat dia yang menyentap jiwa tu.. I tanya dia elok-elok apa maksud dia..

Dia jawab: “Cuba ayang check kenaikkan berat badan ibu mengandung yang level sihat.. Bukan apa, kalau naik berat lebih-lebih nanti susah. Banyak penyakit/komplikasi time bersalin.. Lepas bersalin pulak susah nak get back in shape..Plus fat cell baby nanti tinggi sangat, budak tu senang gemok obese..”

Berat badan DS waktu trimester ke-2

Ni masalah kalau kawen dengan mamat pakar fitness.. Punyalah details dia nak kita jaga. Bagus jugaklahkan dia tegur kita macam tu.. Dia ambik berat teruk tu namanya. I pon concern sangat dengan weight gain time preggy ni (almaklumlah, original badan memang jenis gemuk). Bila setiap kali encik hasben tegur, I nampak makin chubby & die dah banyak kali suruh I start pegi gym buat pregnancy exercise I jer malas sebab badan lemah lagi.. Jap, baju pon banyak dah I start rembat hasben punya sebab oversized tshirt milik hasben terasa selesa dipakai waktu cenggini. Nak2 ada bauan si hasben yang bantu hilangkan preggy sickness non stop bertubi-tubi hitting me..

I just mampu start briskwalk & yogalates dulu untuk beberapa minggu ni. Bila momentum & tenaga tu dah makin improve baru I slowly start balik gym training untuk pregnancy ni. Now masih nak menikmati moment-moment preggy sickness yang melanda setiap hari.. Letih weehh~

Of course hati ni risau sangat bila naik berat badan walaupun I tak patut risau sebab I tahu cara nak lose weight dengan mudah. Tapi normal lah kan, orang pompuan.. Alergik bila lelaki tegur pasal rupa badan.

I kena pastikan jugak, weight time trimester ke 3 nanti tidak melebihi 70-72kg.. Pre pregnancy sekarang 58kg, jadi normal & sihat punya kenaikkan berat badan is around 65-68kg.. Ini di antara listdown berat lemak yang diperlukan dalam badan dengan fungsinya sendiri. Sekiranya lebih? Memang teruk I kena pulun post pregnancy nanti! Encik hasben pon dah warning hari-hari tu…huhuhuhu…

  • Baby: 3.6kg
  • Placenta: 0.9 – 1.4kg
  • Amniotic fluid: 0.9 – 1.4kg
  • Breast tissue: 0.9 – 1.4kg
  • Blood supply: 1.8kg
  • Fat stores: 2.3 – 4kg
  • Uterus growth: 1 – 2.3kg

Akan datang DS akan ceritakan cara-cara nak maintain berat badan yang sesuai ketika pregnancy supaya tak payah nak pulun teruk time nak lose weight after give birth! Nak-nak kita-kita yang memang original badan senang ternak lemak ni..

Stay with me & keep on following my preggy journey..

 

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen