Kepercayaan amalan karut yang perlu di elakkan adalah JANGAN MINUM AIR BANYAK.
Ini SALAH!
Bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari.
Tambahan lagi kuantiti air yang cukup mampu mengelakkan hidrasi badan & menjaga hormon penghasilan susu ibu.
Akan tetapi masih ada lagi yang mengamalkan minum milo & horlick setiap hari untuk ibu berpantang. Apa isu disebalik minuman ini? Nantikan artikel Coach DS seterusnya mengupas tentang isu ketidaksesuaian MILO & HORLICK menjadi hidangan harian si ibu berpantang.
Artikel ini Coach hanya nak kongsikan variasi minuman ketika berpantang yang di syorkan kerana mempunyai pelbagai kebaikkan dalam proses pemulihan ibu berpantang & dalam masa yang sama mampu menurunkan berat badan lebih cepat ketika menjalani proses berpantang.
**Peringatan:
Minuman herba mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan. Namun, sekiranya bayi mempunyai masalah jaudis, elok korang elakkan dulu pengambilan air ini dan gantikan dengan detox water (air kosong yang dicampurkan dengan daun pudina & buah-buah kaya antioksidan) & susu segar / susu kambing
==============================================================================================
MILKSHAKE BADAM KURMA
BAHAN-BAHAN :
– 1 gelas susu segar (pilih susu rendah lemak ya)
– 2 biji kurma (paling bagus kurma ajwa kerana serat yang tinggi dan baik untuk bantu ibu lebih kenyang dan bertenaga)
– 7 biji kismis
– 5 biji badam
CARA PENYEDIAAN: Kisar semuanya dan minum setiap pagi.
==============================================================================================
JUS HALIA
BAHAN-BAHAN :
– 2.5 liter air
– Halia besar tapak tangan
– Gula kabung / boleh guna gula perang
– 2 biji bunga cengkih
– 1 potong kayu manis
– Sehelai daun pandan
CARA PENYEDIAAN :
Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.
* Jika tiada masa untuk membuat pati halia, boleh juga gantikan dengan air halia. Caranya, ketuk 1 inci halia, ketuk hingga hancur (atau nak mudah lagi kisar je), masukkan air panas dan sedikit gula perang. Kalau tak nak masuk guna pun ok, ikut selera masing-masing) kemudian minum terus.
==============================================================================================
TEH LONGAN KURMA CINA
BAHAN-BAHAN
– buah kurma cina
– buah longan kering
– air masak
– gula batu / madu asli
CARA PENYEDIAAN JUS HALIA KURMA :
Buang kulit kurma merah & ambil isi sahaja. Rebus semua bahan sehingga masak & lembut
==============================================================================================AIR INAI
BAHAN-BAHAN :
– Beberapa tangkal daun inai (boleh dikisar / ditumbuk lumat
– Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN AIR INAI :
Daun inai (boleh dikisar / ditumbuk lumat atau terus direbus). Tapis dan minum airnya .
==============================================================================================
JUS PEGAGA
BAHAN-BAHAN :
– 2 ikat pegaga
– 5 cawan air
CARA PENYEDIAAN AIR PEGAGA :
Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
==============================================================================================
TEH HALBA
BAHAN-BAHAN :
– 1 sudu kecil halba
– 1 gelas air panas
CARA PENYEDIAAN AIR HALBA :
Cuci dan rendamkan halba tadi bersama air panas. Kemudian minum semasa sedang panas / suam.
==============================================================================================
JUS MANJAKANI MADU
BAHAN – BAHAN PATI:
– 500 ml air
– 30gm halia muda (di hiris)
– 20gm kunyit tua (di hiris)
CARA PENYEDIAAN PATI:
Satukan semua bahan ke dalam periuk. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
UNTUK JUS MANJAKANI MADU:
BAHAN-BAHAN :
-5 biji buah manjakani
– 500ml air
– 2 cm halia
– 2 cm kunyit
– 1sudu madu asli
CARA PENYEDIAAN AIR MANJAKANI :
Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air & madu
==============================================================================================
JUS SERAI
BAHAN-BAHAN :
– 5 batang serai
– 2 helai daun pandan
– 2 inci halia
CARA PENYEDIAAN :
Ambil serai dan ketuk. Daun pandan dikoyak dan disimpulkan. Halia dihiris kecil boleh juga diketuk. Ambil serai, daun pandan dan hirisan halia, rebus dengan 1 liter air. rebus sampai tinggal 3 cawan air. Amalkan minuman tersebut sesudu dua setiap pagi.
==============================================================================================
AIR KUNYIT ASAM
(AIR KUNYIT MEMPUNYAI FUNGSI KUAT MENGECUTKAN RAHIM, JADI HANYA DISARANKAN UNTUK DIMINUM SELAMA 3 HARI SAHAJA SEPANJANG TEMPOH BERPANTANG, ELAKKAN BERLEBIHAN).
BAHAN-BAHAN :
– Sedikit kunyit hidup
– Perahan air asam jawa
– Gula perang / putih secukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih. Masukkan perahan air asam jawa dan gula. Gaul bersama air panas.