CLBC kembali setelah lama berehat & kini pendaftaran dibuka bagi pengambilan batch musim yang ke 10.
Lebih mencabar, lebih intense, pecah rahsia modul latihan “hourglass body” yang sememangnya hot & paling penting ianya lebih FUN nak nak bila yang join semua ladies sahaja !!
Musim ke 10 akan berlangsung selama 6 minggu dari 6 Oktober 2018 sehingga 13 November 2018.
Modul latihan kali ini adalah modul adaptasi dari online program Coach DS yang dinamakan 3M: Misi Montok Mantap dimana ladies akan di ajar bagai mana membentuk bentuk badan “biola” yang sememangnya menjadi kegilaan semua wanita & lelaki juga. Kalau you ladies memang tercari-cari program “bootcamp” bukan sekadar fokus penurunan berat badan tapi pentingkan aspek body shaping , teruskan membaca butiran program ini.
Coach, macam mana waktu bootcamp ni berlaku ?
Bermula dari 6 Oktober 2018 sehingga 13 November 2018 (2sesi setiap satu minggu)
Setiap Sabtu petang : 4-5petang (Batch 1) & 5-6petang (Batch 2)
Setiap Selasa Malam: 9-10malam (Batch 1) & 10-11malam (Batch 2)
Tempat buat bootcamp kat mana, Coach ?
Sabtu : Taman Jogging Bandar Sri Putra (berhadapan dengan apartment Vista Seri Putra)
Selasa : Curvylicious Private Ladies Gym (Bangi Avenue)
** Akan tetapi, perubahan tempat boleh berlaku mengikut keadaan semasa
Semua ladies kan & anak boleh bawak tak ?
– Yes, semua ladies termasuk CDS sendiri yang mengajar. Sekiranya berlaku masalah dipertengahan bootcamp yang melibatkan CDS tak boleh handle bootcamp, CDS akan menggantikan dengan instructor wanita jugak.
– Anak boleh bawak akan tetapi perlulah dipantau & dikawal supaya tidak mengganggu aktiviti peserta & CDS sepanjang bootcamp berlangsung. Anak2 kecil digalakkan bersenam sekali. Cuba terapkan habit bersenam dalam diri mereka. Sekiranya mereka susah dikawal & tak berminat untuk berikan kerjasama, dinasihatkan tidak perlu bawa dikuatiri mengganggu keselesaan peserta lain.
Ada berapa sesi & apa kelasnya? Apa beza bootcamp ini dengan studio aerobik atau bootcamp lain ?
– Ada 12 sesi dan satu sesi hanyalah terhad 1 jam. Kelas akan berlangsung ON TIME & CDS takkan menunggu siapa yang datang lambat. Setiap kelas boleh rujuk pada jadual berikut:
– Keistimewaan bootcamp ini modulnya adalah adaptasi dari modul online coaching CDS, 3M: Misi Montok Mantap. 3M adalah modul yang lebih mengetengahkan method latihan membentuk rupa badan fokus pada hourglass body shape, ia bukan sekadar menyasarkan penyelesaian kepada masalah berat badan sahaja. Bermaksud bootcamp ini sesuai disertai oleh pelbagai bentuk badan & pelbagai berat badan. Latihan-latihan yang terdapat dalam modul akan sentuh beberapa aspek komponen-komponen kesihatan & kecergasaan seperti latihan aerobic (kesihatan jantung), latihan aerobik (pembentukan rupa badan) & latihan kelenturan (bagi mengelakkan kecederaan).
Berapa harganya, Coach & apa saya dapat ?
– Dengan Full Pakej harga RM300, peserta boleh dapat 12 sesi latihan, FOC yuran kemasukkan gym, FOC meal & workout plan, FOC T-shirt bootcamp, report card, online group support & sedikit hadiah kenangan di hari graduasi tamat program.
– Pakej Walk In : RM25.00 (tidak termasuk kelas nutrisi, t-shirt, meal/workout plan & report card), gym fee RM5.00 per entry.
Ada buat macam challenge or competition ker bootcamp ni, Coach ?
CDS mengalakkan persaingan secara sihat di antara peserta. Hanya 3 orang pemenang akan dipilih pada akhir program. Dan johan akan dinobatkan sebagai Curvy Queen pada season tersebut. Pemenang akan menerima hadiah sekeping tiara, selimpang Johan & medal penghargaan.
Pemenang akan di nilai berdasarkan total point tertinggi secara keseluruhan penurunan bodyfat %, peningkatan/penurunan berat badan (ikut gol masing2), peningkatan jisim otot, perbezaan pada gambar & progression dari inch loss body measurement (paling hampir dengan hourglass body shape)
Gambar di atas adalah petikan dari moment penobatan Curvy Queen Musim terakhir sebelum CLBC bercuti panjang.
Tahniah kepada pemenang !
Siapa yang sesuai & tak sesuai menyertai bootcamp ni, Coach ?
Tak sesuai:
1) Ada masalah penyakit kronik tak boleh kawal & tanpa bekalan ubatan (darah tinggi, diabetik, asma, tekanan darah rendah, mudah hypoglycemia, dsb)
2) Lelaki atau membawa anak lelaki sudah akil baligh / sudah memahami aurat wanita
3) Transgender
4) Umur lebih dari 50 tahun yang tidak berkeupayaan untuk berjalan, berlari & melompat
5) Mempunyai masalah sendi & sejarah kemalangan yang meninggalkan kesan tanpa rawatan rehab (slip disc, lutut, dsb)
6) Tinggal terlalu jauh dari Bandar Sri Putra, Kajang ini & tidak berkemampuan mengejar masa datang tepat sebelum bootcamp bermula (boleh join 3M Online Coaching)
7) Terlalu sibuk & tak pandai uruskan masa (boleh join 3M Online Coaching)
8) Datang untuk berceloteh/bersosial/membawang, lebih dari fokus pada workout
9) Nak dapat personal consultation & terlalu banyak soalan mengenai masalah sendiri ketika bootcamp berjalan (digalakkan tanya selepas selesai sesi latihan)
10) Bawak anak tetapi tak pantau sehingga mengganggu sesi latihan & membuatkan peserta lain tidak selesa
11) Mengandung
12) Baru lepas bersalin Czer (kurang 2 tahun) & normal (kurang setahun)
13) Buat hal sendiri dengan dunia sendiri & banyak mengabaikan homework yang CDS perlukan dari peserta
Sesuai:
1) Semua BMI, semua agama & bangsa
2) Fokus kepada hourglass body shaping lebih daripada perubahan kilogram
3) Boleh datang awal dari masa yang telah ditetapkan
4) Mempunyai kasut sukan sendiri, yoga mat sendiri & pita ukur sendiri. Penimbang guna di gym CDS
5) Happy go lucky, pembawa aura positive, ceria, hati kental & semangat tak pernah luntur. Elakkan jadi seorang yang berpegang kepada alasan
6) Mommies yang mampu kawal & multi tasking antara kawal anak & bersenam ketika bootcamp dijalankan
7) Cekal & komit buat homework yang CDS perlukan
8) Dapat restu dari suami / ibu bapa untuk join bootcamp ini kerana kadang-kadang mungkin terlajak masa ketika bersenam
9) Bawa towel lap peluh sendiri & indoor sport shoes ketika sesi dalam gym CDS. Diminta menggunakan barang dengan cermat & kemas selepas penggunaan.
Kalau saya tak datang kelas atau terlambat, Coach?
Kalau tak datang kelas, tiada refund & kalau terlambat datang kelas, kelas tetap akan berjalan tepat pada masanya. Tiada sesi tunggu menunggu ketibaan VIP akan dilakukan sepanjang bootcamp. Denda akan dikenakan kepada mereka yang datang lambat.
Takde diskaun ker untuk ahli CLBC yang lepas, Coach?
MY GOOSSHHH…mestilah ada yanggg~~ Tanda appreciation you all setia dengan program CDS.
10% diskaun off from fee & tambah lagi 5% diskaun kalau korang bawal kawan baru join sekali.
Untuk orang baru, kalau korang jadi introducer & tolong daftarkan kawan korang guna under nama korang, dapat jugak 5% for each head ya !
Ada kena pergi tempat jauh-jauh tak, Coach?
Setakat ni belum ada plan. Kalau ada masa, kita kena sit down ramai-ramai untuk plan pegi jungle trekking ker, join fun run ker atau aktiviti2 luar yang kita boleh buat bersama. Kalau ada tu, join lah.
Saya newbies sangat Coach, tak tahu apa-apa. Boleh ker saya join??
Lagi zero lagi bagus! Senang nak absorbs walaupun mungkin kadang-kadang perlu study balik beberapa kali. CLBC ni memang dibuka kepada orang-orang baru. Yang dah berkali-kali masuk pon tak kisah nak tolong orang baru waktu dalam bootcamp nanti. InsyaAllah semua friendly. Jangan risau lah, orang-orang lama dengan CDS dah kena brainwash dengan CDS sampai hilang ego dorang tu.
BAEEKKK COACH! Camne nak register ni? Nak register sekarang jugak !