Perkongsian tips ikhlas dari Johan Strength Sifoo Strength Camp : Fairus yang bermula dengan berat badan 126.5kg (bf 54.1%) sehingga berjaya mengurangkan berat kepada 111.6kg (bf 45.7%) tak sampai tiga bulan journey. Semoga perkongsian beliau dapat dijadikan panduan kepada yang memerlukan.

Tips saya, jika nak turunkan berat badan mula2 perlu ada keinginan dulu dan kenapa nak kurangkan berat badan. Contoh mcm saya, sebab nak jaga kesihatan kerana seblm tu tahap kesihatan saya tidak berada dlm keaadaan yg memuaskan. Saya mudah rasa letih, cepat berasa mengah, bahagian kaki rasa sakit jika berdiri lama dan berjalan lama dan paras kolesterol kian meningkat melebihi paras normal.

Dari situ saya ambil keputusan dan ingin mengurangkan berat badan.

Sejak join bootcamp dengan coach byk saya pelajari tentang “pengurusan” makanan dan latihan yang betul untuk menurunkan berat badan.

Sejak dari itu saya follow je program yg ditetapkan tanpa “derhaka”.

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkara yg penting jg pemakanan dan bersenam secara istiqomah. Nak dapatkan 2 benda ni jika newbie perlu dptkan bimbingan dan guideline dari pakar supaya tak kelaut.

Yang penting seronok lakukan senaman dan jgn stress selalu. Wujudkan suasana ceria dalm latihan sebb tu saya pilih bootcamp sebb dikelilingi kawan2 yg punyai matlamat yg sama dan saling support each other.

Program yg coach diane yg sediakan sangat2 membantu saya dlm mengurangkan berat badan. Ilmu yg diberikan sgt2 bagus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen