Korang teringin nak kurus tapi yang menghalang korang adalah pengurusan masa? Kalau CDS kata itu hanya lah alasan untuk masih duduk dalam “comfort zone”, korang boleh terima dengan hati yang terbuka?? Nak berjaya (tak kira dalam apa jua bidang tau sasaran, takkan pernah jadi kerja mudah. No pain, no gain lah omputeh cakap.. Betol korang nak kurus? Sanggup tak keluar dari comfort zone? Kalau sanggup, teruskan baca sharing based on my own previous experience.

Kisah ni berlaku 11tahun yang lepas dimana kerja hakiki CDS adalah sebagai Arkitek Jr yang menjadi harapan kepada syarikat/firm yang CDS kerja. Ye lah, mana ada arkitek yang tak menjadi harapan besar pada sesebuah firm tu, arkitek kan is the leader of the project. Jadi bila menggalas tanggungjawab sebagai leader ni, memang tersangatla berat & berisiko tinggi. Hari-hari kalau CDS bangun tidur, rasa macam malas, takut & moody betol nak pergi kerja gara-gara rasa sangat terbeban dengan my career that time. Dah lah waktu tu umur masih muda. Muda-muda dah kena jadi leader kepada “veteran2” dalam building field… Ngeri!

Ok, tak nak lah cerita panjang pasal nightmare career I tu. Cuma apa yang I nak sampaikan, I dulu adalah pesakit Hypertension (Tekanan Darah Tinggi) Boarderline Stage 2. Penyakit ni diwarisi oleh I daripada my dad. My mom pulak ada diabetic, yang menyebabkan adik I pon kena diabetic waktu dia obese dulu. Kami sekeluarga memang obese2 belaka. Jadi macam-macam masalah kesihatan lah ada, even mak pak sedara pon ada macam-macam masalah kesihatan. Aduhhh.. Boleh kata setiap selang 2-3tahun akan ada mak pak sedara kitorang meninggal dunia gara2 NCD or cancer. Selain dari ada Hypertension Boarderline Stage 2, CDS jugak ada masalah imbalance hormones yang dikenali sebagai Hypothyrodism dimana gejala low metabolic syndrome ni menjadikan CDS lebih mudah & cepat naik berat badan akan tetapi tersangatlah sukar turunkan berat. CDS akan cepat moody, letih & rasa mengantuk selalu. Long story short, lembab sikit lah pergerakkan & pemikiran I dulu yang I sendiri rasa benci pada diri sendiri. I sendiri rasa very low self confidence & I rasa I sentiasa tak pernah achieve my best performance bila buat kerja walaupun I dah all out. Yes, I’m a workaholic since zaman sekolah, yes even until today. Kalau zaman belajar, I memang di antara student yang akan study awal (sebab I sedar diri tak berapa bijak) tapi end up result tu tak gempak mana pon. Hahahaha! Lagi panas hati tengok member yang belajar last minit tapi result Dekan setiap sem. Chet!

I don’t know what is actually my problem tapi I memang tak pernah give up untuk sentiasa improve my self development menjadi orang yang sangat productive. Even dulu-dulu zaman ada boyfriend, nak keluar dating pon I kena check my planner hari mana yang available. Hahahaha! So, I will share dengan korang my own experience (boleh consider zaman jahiliah sebelum I becoming a professional Exercise Therapist / Personal Trainer / Fitness Nutritionist) di mana bermula dengan berat paling tinggi 80kg, (156 cm ketinggian) pada permulaan journey sehinggalah I manage to lose 28kg dalam masa setahun lebih. Hey! Don’t judge me, I buat konsisten & berdisiplin tinggi dah tu. Setahun memang tak hebat mana pon tapi sebab kan lifestyle I terlalu sibuk, at least I manage to shred down excessive unwanted weights yang mengganggu kesihatan & performance daily routines I. Bila dah makin kurus, lebih energetic, buat kerja pantas & endurance tenaga tu boleh sampai ke malam. Pegi kerja pon kurang lembik.

Berikut CDS senaraikan jadual harian I during weekdays on how I manage my time to slot in the efforts nak lose the weight walaupun life I memang hectic gila kerja sebagai Arkitek. We don’t wait for the time to come to us if we want to grow successful, we make the time! Jadi sambil-sambil CDS senaraikan rutin-rutin ni semua, CDS akan highlightkan mana yang tak betol dalam rutin pengalaman lama yang I buat dulu who are nobody in fitness professional VERSUS komen dari sudut pandangan seorang Exercise Therapist / PT/Nutritionist today.

Rutin dari Isnin sampai Khamis:

5.30pagi: Bangun pagi dan bersiap (kalau I tidur, kadang-kadang tak tidur sebab terpaksa overnight depan komputer siapkan my building plans drawing untuk presentations waktu pagi).

CDS: “Bagus bangun awal pagi tapi sangat tak bagus bila tak tidur berhari2, badan wajib direhatkan. Rehat dapat bantu menstabilkan hormones & elakkan dari pelbagai masalah kesihatan. Kau ni DS lama, dah lah ada darah tinggi, lepas tu tak jaga rehat..adoiii lahhh…”

6.10pagi: Gerak keluar rumah. Terpaksa keluar pergi kerja awal sebab tempat kerja jauh (30mins) & kalau lambat keluar sure sangkut dalam traffic jem dan akan ambik masa 45mins-1hour untuk sampai ke tempat kerja. Pernah experience micro sleep waktu sangkut dalam jem sebab tak tidur semalaman buat kerja. Alhamdullillah nyawa panjang lagi.

CDS: “Micro sleeping sangat bahaya. Tambahan orang ada darah tinggi memang takkan pulih dari penyakitnya sekiranya kualiti rehat teruk begini..”

6.45pagi: Sampai tempat kerja, I akan bukak bonet dan terus ambik sportshoes. Dalam bonet I memang macam stor bergerak dulu. Beg gym WAJIB ADA! Dalam beg mesti ada workout attire, baju salinan, toiletteries, kasut sports, suppliments seperti whey protein, botol shaker & macam2. I parking dekat kawasan yang berhampiran dengan pak guard. Waktu tu firm tempat I kerja awal pagi memang dah meriah ada orang sebab my firm dulu sewa satu building dengan firm engineering yang lain. Jadi kadang-kadang dorang tak balik rumah. Ada senior-senior yang tidur kat opis. Waktu pepagi macam tu dorang akan keluar opis hisap rokok ambik angin. Makcik cleaner pon ada beberapa orang dah start cuci toilet, pekebun pon dah start bersihkan halaman taman area opis kami & pakguard pon rajin ronda-ronda. So the environment safe for me to do a quick sessions of 30mins jogging kelililng parking opis yang besar atau berlari naik turun tangga pada di building opis tu. Just for sake bertujuan untuk I improvekan mind focus I time kerja. That time for me morning cardio really helps me improve mental clarity I supay tak ngantok or rasa mind fogging dipagi hari. Tapi if let say I tak tido semalaman, I tak buat cardio, I masuk opis awal & tidur di surau opis untuk cover my rest. Dapat tidur sejam pon dah lega..

CDS: “TERBAIK YOUNG DS! Ni I puji sebab walaupun zaman tu belum wujud lagi jam Heart Rate Monitor murah-murah & DS pon tak kenal apebenda tu pedometer, tapi efforts curi-curi buat morning cardio sebelum masuk waktu kerja boleh bantu kejar target minima 10k steps setiap hari supaya badan kita tidak berada dalam zone sedentary lifestyle! Dan wise decision dimana DS tak push herself do workout & decided to cover her rest kalau dia terpaksa kerja menyengkang mata sepanjang malam semalam. Rest is more important than you push yourself doing workout dalam kes badan terlalu letih belum dapat berehat lagi. Dan bagus nya si young DS ni dia standby sentiasa gym bag dalam bonet kereta. Whenever dia ada sedikit keluangan masa, memang kejap jer dia akan terus hilang sebab dia akan curi masa yang ada to do her workout. No excuse!”

7.30pagi: Lepas settle workout, I akan pergi mandi kat toilet opis, siap2 pkai baju kerja & breakfast. Selalunya breakfast I hanya makan apa yang ada dalam pantry opis. Kat pantry opis tu I akan simpan stock makanan kering seperti oats, almonds, raisins, tuna in canned. Dalam fridge opis I akan simpan roti, buah, sayur, grilled chicken & telur rebus. Dak-dak opis I tak pandang pon stock makanan I sebab dorang suka gelak. Dorang kata ni makanan orang diet jer. Hahahaha! Even my boss pon terkejut tengok pantry opis dia ada benda-benda tu semua. My boss sangat bagus orangnya, dia sangat pemurah sediakan stock-stock makanan / kudapan kat pantry (walaupun jenis tak healthy..hihihi) Then bila dia tengok ada stock2 healthy foods begini, dia pon start stock up buah..hahaha.. Then I pon tak kisah lah kalau dak-dak opis nak makan stock I asalkan pandai2 topup balik sebab bila I nak makan, bendanya mesti ada dalam stock. Kalau dalam laci meja kerja I, I akan stock up biskut wholegrains / oats / organic drinks, susu tepung skim and K flakes. Kalau lapo, ku mengunyah benda tu.

CDS: “Awesome diet management! Biarlah orang lain nak gelakkan kita, yang penting kita tahu apa yang kita buat tu tak salah. Manalah tahu habit kita tu boleh pengaruh orang lain untuk bagi kesedaran jaga pemakanan dia. Yes, pastikan kat pantry tu ada small fridge, ada microwaves & nak best lagi letak airfryer. Si young DS ni dia memang sentiasa jadikan pantry opis kitchen dia, Klo tak caya, tunggu time lunch hour dia jap lagi. Dalam pemilihan stock makanan, cuba elakkan 3in1 instant drinks tu semua, kandungan gulanya  buat bazir kalori saja. Dan kalau nak makan biskut, carilah biskut2 rendah kalori. Selalunya biskut oat tu tinggi kalori, membazir kalori sebab tak kenyang lama pon, Sugar contain pon tinggi. But better lah daripada korang pegi bedal mee goreng sebagai breakfast.hihihi..”

8pagi-1petang: Mula bekerja.. Kadang-kadang duduk opis siapkan drawings. Kadang-kadang kena keluar pegi meeting sana sini, site visits & macam-macam lagi. Jadi sekiranya kerja banyak di opis, urusan lunch agak mudah, tapi kalau terpaksa kerja outdoor, memang mencabar.

1 – 2petang: During lunch time, sekiranya DS work from office, I jarang keluar makan sesama dengan opismate sebab dorang makan dikedai & kengkadang drive thru saja. So I memang kena lone ranger sikit. I akan singgah pergi Aeon yang berhampiran tempat kerja & beli salad / buah / grilled chicken atau apa2 simple ingredients yang I senang preps untuk my lunch. Tapi I akan beli dalam bulk dan simpan stock kat pantry. Kalau tock ada I memang tak keluar opis, just preps saja di pantry. I selalu makan salad + grilled chicken + dressing. Klo bosan i buat club sandwich. Kalau terasa nak makan nasi, I beli nasi putih kat luar & cuba cari lauk pauk yang kurang berminyak. Then tapaw bawak balik opis, makan dengan stock salad yang ada di pantry. Kalau I terpaksa site visit atau kerja outdoor, sama jugak. I akan singgah kat hypermarket & beli salad with tuna in canned. Kalau lapar sangat baru singgah kedai makan nasi berlauk. My mindset that time, makan untuk alas perut. Tak perlu nak over atau cerewet nak sedap saja. Makan untuk tenaga supaya tak lembik time kerja & ada tenaga untuk workout petang balik kerja nanti. Tapaw makanan sendiri dari rumah?? Ohhh pleeeasseee.. Korang ingat I ada masa nak masak kalau dah balik kerja pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 5.30 pagi. Baik I gunakan masa yang ada untuk tidur… Oh ya, selalunya prepping my own lunch kat opis ambik masa 5minit. makan 10minit. Selebihnya I wajibkan diri ambik powernap abes solat & sebelum masuk kerja.

CDS: ” Bagus disiplin! Pandai manage diet walaupun sibuk. Tak gunakan alasan sibuk untuk tak jaga diet. Walaupun dia tiada masa nak bawak tapaw bekal sendiri dari rumah, dia cari initiatif lain untuk jaga kualiti apa yang dia makan setiap hari. Mindset dia bagus, makan untuk keperluan tenaga. Bukan ikut nafsu & emosi. Cuma tak bagusnya habt budak ni, CDS suspect dia ni hari-hari makan under calories. Dia ada ilmu pasal calories sebab waktu tu dia belajar dari website Kevin Zahri tapi maybe sebab dia terlalu sibuk untuk fikirkan calories in & out. Dia just fikir asalkan makan tak berlebihan & tak buat dia letih ngantok after lunch hour.Good part dia kawal the quality & quantity of the calories intake. Not so good part makan below calories. Deficit terlalu rendah, seingat CDS dulu sehari dia just makan 800-1200kcal saja..”

2- 5petang: Hadap kerja & akan pastikan dapat buat sebanyak mana kerja yang I boleh siapkan that day. Sebab dalam kepala otak dari pagi memang dah fikir, aku kena siapkan seberapa banyak kerja sebab petang aku nak pegi gym! My boss jenis tak kisah kalau I tak stay back kat opis macam opismates lain, asalkan kerja siap sebelum balik. So sharp pukul 6, I akan punch out. I orang terawal sampai opis waktu pagi & I orang terawal balik klo petang. Siap remind opismate & my boss, pukul 6 I akan balik sharp sebab I ada appointment dekat gym yang tak boleh dielakkan. Bila dorang assume appointment dengan boyfriend, I just cakap, appointment dengan badan sendiri. Kalau I tak prioritykan kesihatan I, I akan sakit memanjang & bila sakit kerja tak boleh buat. Asyek ambik MC. Nanti korang pon panik & serabut bila I asyek tak datang..hihihi.. Reason macam tu boss I memang xde argue apa-apa dahh.. I sangat berdisiplin dalam time management.

CDS: ” You’re the best DS Jr! Powerful & strict in time management. Motto budak ni time tu is Masa Itu Emas, sampai sekarang CDS ingat sebab terflashback dalam diary planner dia.. hahahaha..

6petang – 7.30malam: Terus pegi gym berhampiran opis & workout hard AF! I ambik monthly membership & akan pastikan I akan utilizekan duit gym member I tu sepenuhnya. I workout at gym 5-6x seminggu. Setiap session 1-2jam. Pulun gila-gila xhenggat doniaaa.. Time tu xde smartphone. Hp just keypad, so xde benda sangat nak hadap phone tu. Kengkadang tertinggal dlm locker pon xperasan. I ada my own fitness diary yang I akan catat workout & diet I. Dalam masa yang sama I akan update my blog : http://dianesera.blogspot.com/   sebagai fitness diary online I so that I can get more supports from online community. Luckily ramai yang support my fitness journey that time walaupun sekali sekala tu adalah jugak haters yang kecam cakap I takkan boleh tahan lama dalam fitness journey lah, I buat workout merapu lah, I’m not a certified trainers & tiada kelayakkan nak sharing fitness infos dalam my blogs lah, macam-macam kecaman yang sengaja nak jatuhkan semangat I. I kan kental, ape i peduli. Kalau I tak kental, I tak survive dalam kerjaya ARCHITECTURE.. U can try study Architecture yang dikenali dengan Architorture tu.. Tengok jauh mana boleh pegi tak..hahahahaha.. Ok2 back to the point. That time I ada meal plan yang I follow tapi Google jer lah..Itu pon my unqualified PT yang suruh. I hire PT tau, tapi abam sado kat hardcore gym. So my workout plan is based from apa yang PT I bagi that time.

CDS: ” EXCELLENT!! Balik kerja terus curi masa pegi gym & grab the chance yang ada tanpa buang masa buat benda lain. Hire PT tindakan sangat bijak sebab si DS ni dulu tak mahir bab fitness & dia xde masa nak study pasal diet & workout. So dia terus hire PT to help her in her journey supaya dia tak buang masa try error try error terlalu lama. Cuma silapnya dia, dia hire unqualified trainer. Dulu mana lah DS ni tahu kena cari PT berkualifikasi kalau nak hire. Bukan macam zaman sekarang, semua dihujung jari. Nak cari qualified trainers korang download jer apps ni ( http://dianesera.com/vip-one-to-one-personal-training/ ). Zaman sekarang ni dah bersepah sangat fitness program online & offline. Korang jer kena jadi pengguna yang bijak supaya tak kena “game” dengan coaches wannabe yang bersepah dimana-mana sekarang ni. Sekarang ni ibarat everybody can be coach. Asal berjaya kurus, terus jadi coach. Isykh.. Isykh.. Isykh.. CDS sekarang yang dah 10years in PT professions ni pon banyak kali rasa nak give up letih layan behaviours manusia macam-macam ragam & bantu clients dealing pelbagai masalah kesihatan dorang hidap. Bukan mudah nak bantu orang jadi sihat semula sebab asal2nya kena brainwash mindset empunya badan dulu sebab kebanyakkan client2 yang jumpa CDS adalah mereka yang tak faham kandungan dalam fitness & health journey ni. Dorang just nampak: AKU NAK KURUS. Lain-lain memang dorang tak nampak atau memang sengaja buat-buat xnampak sebab tak nampak kepentingannya. “

7.30-8malam: Mandi, bersiap & solat di gym. Dinner & terus sambung kerja malam sebagai cikgu tutor budak2 PMR. Klo xde kelas. kadang-kadang I akan balik rumah awal untuk sambung buat drawings/reports/presentations tools & kerja2 Archy. Jadi kalau ada tutoring, habes pukul 11 malam & drive balik rumah sampai anggaran dalam pukul 12tengah malam.

Yes, begitulah rutin jadual DS dulu-dulu. Kalau hari Jumaat the rutin lebih kurang sama. Cuma yang bezanya, waktu lunch time yang panjang tu I akan pergi ke gym untuk buat 30mins cardio sahaja. Petang balik kerja still pegi gym untuk PT sessions.

Sabtu & Ahad I spend my time untuk buat tempahan bakery. Yes I bakes cookies, macaroons, fruit tarts & some more desserts. Sebab itu aktiviti stress reliever for me. Kalau xde tempahan, I akan spend time with my boyfriend lahh.. My family pon jarang ada kat rumah. Parent I pon kerja on weekends, adik-adik pon suka chill out dengan kengkawan dorang. So me & my boyfriend that time (now dah ex boyfriend lah..hihihi) sama ada kitorang akan jalan-jalan cari makan trying macam-macam cafe, boleh kata cheat day lah on weekend. Or both of us pegi workout together di gym.. Tu je lah keje kitorang.. So tambah lemak & bako lemak je lah kisahnyer.

So dari debab 80kg (macam gambar atas tadi), berjaya lah turun sampai 51kg klo tak silap. Memang keping gila! hahahaha.. Waktu tu I rasa this is the best body I tak pernah experience. Kurus bhaii!! Mana I pernah kurus dari kecik. So memang happy bila tak sedar body tak terkeping macam ni. Then kena tinggal ngan boyfriend sebab keping sangat, HAHAHAHAHA! Eh, bukan tu jer, siap kena tuduh sebab obses sangat dengan gym & diet. Macam kemaruk sangat sampai ex boyfriend pon boring agaknya.. Hahaha! lantak kau lah labu! U can say it’s obsession, but I called it DISCIPLINED & CONSISTENCY!

Yup! Tu lah amalan “jahiliah” yang I buat zaman nak kuruskan badan. Surely badan u akan kurus walaupun method diet & exercise nya agak jahiliah tak berilmu sangat. But that time I pedulik apa, asalkan aku kurus! Walaupun kena tinggal dengan ex boyfriend, then memang bersusun lagi yang nak isi borang jadi my boyfriend, I start rasa lost sesuatu. I rasa lost dengan ketumpatan badan sendri!!!! Pantang kena tiup angin atau rang terlanggar sikit, I terasa nak “terbang”..Hahahaha! Mula terasa macam kurus sangat. Bra pon dari cup C dah jadi cup A, itu pon ada ruang lagi. Adoiii lahhh…

Selang beberapa bulan kemudian, I resign dari jadi Architect sebab I tak mampu nak “feeling” dah kerja Architect. Otak I hari-hari fikir about human body respon, how does this and that works, how to manage a proper healthy diet, how to gain muscles, how to macam-macam. So lepas i stop kerja Architect, I terus apply kerja di gym sebagai budak kaunter jer. Kena halau dari rumah, mak pak I tak ngaku anak pulakk masa tu..hahahaha! Dah lah kena tinggal boyfriend, mak pak xngaku anak pulak tu. Pishaangggg life I waktu tu…I pandai-pandai survive, still got simpanan duit dalam account yang tak seberapa. Kerja full time di gym hardcore. Slowly belajar fitness from internet. Jumpa blog https://strengthsifoo.com/  & mula nampak career opportunity from that track. Owner blog tu mula ngorat2 I sebab katanya …. hummm…korang baca lah sendiri kat blog dia ni…hahahaha..

Kisah Kejayaan: Diane Sera

Selang 2tahun kemudian, kami berdua di raikan dengan kompang dan nasi minyak.. Sweett..

Thank you for supporting me until today, Zaki Khan…

Honestly…
I serik dahhh dengan body kurus..
Bertahun I struggles to get the best shape of mine..
I masih belom dapat body goal idaman I, but I will never give up to strive for it walaupun life I sekarang triple busy dari zaman bujang. I’m a mother, a wife, a daughter, a coach, a therapist, a teacher, a boss and an influencer in fitness profession. Sibuk macam mana pon tetap kena prioritykan my health.  Pernah jadi atlit Strongwoman beberapa tahun before Covid, after Covid melanta, terus I pencen dari jadi atlit & lebih rasa tenang hidup I . Learn to manage our time, learn to be consistant & highly disciplines. You motivates yourself, bukan harapkan motivation dari orang lain. Last but not least, fitness tak mengharapkan motivasi sentiasa, ia wajib dijadikan sebagai habit lifestyle kita. Sebab habit itu perkara yang kita buat dengan kerelaan sendiri, buka perlu dipaksa. You will get whatever you dream off if u start to improve your daily habits. Living in your comfort zone will never change anything in your life.

Bagilah beribu atau juta mana pon alasan, you pon tahu excuses doesn’t gives you any success. Only you who understand your life. Hirelah beratus coaches / therapist / beautician, tapi kalau you sendiri tak berdisiplin manage your time untuk take care & love yourself, you will never change. Success tak datang dari comfort zone ia hanya berlaku bila kita berjaya keluar dari comfort zone. Ye lah, nama pon KELUAR COMFORT ZONE, memang tak best. SUSAH, LETIH, PENAT, MENCABAR, & macam2 yang tak best terpaksa kita buat demi pengorbanan untuk sihat. Cantik tu datang kemudian bila kita dah fix macam2 error dalam badan kita. So, agak-agak korang.. bila agaknya korang nak start jadi LEBIH BIJAK menguruskan masa & tidak berpegang teguh pada alasan??Jadilah orang yang fokus pada SOLUTIONS, bukan PROBLEMS.

XOXO,
Coach Diane Sera
ET, PT, FN, WFHS, EFR, CBTP
BossBabe Curvesnation
Misi MOntok Mantap Online Coaching

 

 

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen