Assalamualaikum Diane..
Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yg diberikan selama menyertai bootcamp.

Siapa saya?

Nama saya Norfaizatul Nasrah binti Abdul Rahim. Berusia 33 tahun, dah berumahtangga dengan 2 orang anak. Saya seorang pengidap asthma, mengalami senggugut setiap kali datang period, menghidap tekanan darah rendah, dan sangat tak puas hati dengan bentuk badan sendiri. Saya mula join aerobik March 2014 apabila berat badan mencapai 63kg dan berjinak- jinak dengan weight lifting mengikut suami sekitar April 2014. Saya tidaklah menghadapi masalah berat badan yang teruk. Cuma saya rasa badan banyak lemak yang perlu disingkirkan.

Kenapa saya menyertai bootcamp?
Pertama sekali, saya seorang yang sangat pemalu. Sebelum ni pernah terasa nk join bakar lemak bootcamp, tapi disebabkan bootcamp tersebut campur lelaki perempuan, saya simpan keinginan. Tapi suatu hari tengok posting di facebook Diane pasal curvylicious bootcamp for ladies only, disertai dengan sokongan suami yang sememangnya tahu masalah saya yang nak sangat sihat dan cantik, maka terbukalah hati saya untuk join bootcamp. Saya memilih ladies bootcamp bersama Diane sebab sebelum ini saya seorang follower Diane di blog dan facebook. Saya tahu tentang Diane, seorang yang berpengalaman dan certified, menambah keyakinan saya.

Apa saya rasa semasa menyertai bootcamp?
Hari pertama menyertai bootcamp, rasa macam kena dera. Baru saya sedar selama ni saya tak berstamina langsung. Baru warm up, tapi dah macam nak putus nyawa. Mujur tak kene attack asthma. Tapi saya tak rasa serik sebab saya memang nak pelbagaikan rutin workout saya. Semasa fitness test, baru nampak kelemahan diri yang langsung tak fit, baru tahu berapa peratus lemak badan saya. Sebelum ni syok sendiri je. Semasa di dalam kelas nutrition, dapat belajar diet yang sihat dari seorang seperti Diane, saya mula plan diet saya. Saya mula ubah cara dan kuantiti makan saya. Saya tambah rutin mingguan saya dengan senamrobik dan weight lifting selain dari sesi workout di kelas Diane. Alhamdulillah, sepanjang program bootcamp, walaupon selalu mandi waktu malam, saya tak kene attack asthma langsung. Bersyukur sangat. Malah makin sihat.

Saya suka semua sesi kelas di bootcamp. Yang paling memuaskan hati saya adalah sesi tabata, body drills, cardio, strongwoman dan gymming selain nutrition class. Sebolehnya saya akan menghadirkan diri ke semua kelas walaupon terpaksa membawa anak2 sekali. Setiap kali pulang dari sesi bootcamp, saya akan berasa sangat puas. Selepas 2 bulan, saya berasa stamina semakin meningkat. Orang sekeliling pon mula nampak perubahan saya. Pakaian mula longgar. Walaupon tujuan asal saya menyertai bootcamp bukan kerana masalah berat badan, tetapi saya dapat juga menurunkan berat badan saya yang sudah lama statik pada 60-61kg.

Saya rasa bertuah sangat dapat peluang menimba ilmu dari Diane. Bukan saja ilmu fitness, tetapi tentang kewanitaan. Hanya trainer perempuan faham masalah perempuan lain dan boleh memberi tunjuk ajar yang sesuai dengan masalh yang dihadapi. Memanglah malu nk share masalah dengan orang lain, tetapi sekurang-kurangnya tak la semalu nak tanya trainer lelaki. Saya belajar tentang kesan perubahan hormon, kesihatan organ wanita dan workout yang sesuai dengan target saya untuk membentuk badan yang curvy.

Apa perubahan selepas 3 bulan bootcamp?
Selepas 3 bulan melalui cara hidup yang aktif dan makan dengan betul, saya rasa badan semakin ringan, strength bertambah dan stamina meningkat. Walaupon mungkin tidak sehebat orang lain, tetapi itu satu pencapaian buat saya. Saya tidak pernah terfikir saya mampu flip tayar 150kg. Tetapi dengan teknik yang betul, tak mustahil. Saya pernah terfikir badan curvy tu hanya photoshop. Hahahaha, tetapi sekarang saya yakin saya boleh dapat badan idaman tu dengan diet dan senaman yang betul. Tekanan darah saya sekarang normal, tak ada lagi rasa nak pitam atau pening2. Alhamdulillah tidak lagi senggugut.

Alhamdulillah syukur sangat diberi peluang untuk menyertai bootcamp. Terima kasih je yang mampu saya katakan pada Diane atas ilmu dan tunjuk ajar. Halalkan ye.. Selama mengenali Diane, tak pernah sekalipon kedekut ilmu, nampak keikhlasan dalam setiap komen dan penyampaian. Saya semakin respect Diane selepas join bootcamp ni dan doakan Diane berjaya dalam apa saja yang Diane buat.

Untuk orang lain terutamanya ladies, korang takkan rasa rugi join curvylicious bootcamp ni kalau korang betul2 ikot semua sesi dan ilmu yang korang dapat. Apa yang kita dapat dalam bootcamp ni, apply la dalam kehidupan seharian, pasti korang akan dapat kesannya. Saya dah merasainya dan saya tak teragak2 untuk menggalakkan orang lain menyertainya juga. Join dulu baru tau!

Terima kasih Diane. Saya akan teruskan apa yang telah saya mulakan.

Norfaizatul Nasrah Abdul Rahim
Peserta 1st season Curvylicious Bootcamp

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen