Boleh katakan hampir semua orang yang baru nak mulakan journey turunkan berat badan, tak di beritahu tentang MUDAHNYA KELONDEHAN KULIT boleh berlaku bila dah turun banyak kilo nanti, nak-nak yang berlumba-lumba nak turunkan berpuluh kilo dalam masa singkat.

Dan hanya Coach yang bertauliah sahaja akan berikan reminder awal tentang “flabby skin” kepada anak didik masing-masing bagi langkah berjaga-jaga.

Jadi kepada korang yang dalam proses penurunan berat badan, pastikan korang patuhi beberapa strategi mengelakkan kulit londeh berlaku selepas korang berjaya turunkan berat badan nanti. Strategi ni 50-50 menjadi sekiranya di aplikasikan kepada korang yang SUDAH melalui fasa kulit londeh kerana kehilangan otot terlalu banyak. Tips ni lebih sesuai / menjadi sekiranya di aplikasikan pada badan korang sudah atau nyaris skinny fat. Mereka yang mempunyai masalah kulit londeh macam dalam gambar contoh sebelah kiri, terpaksa menjalankan proses pembuangan kulit berlebihan dihospital & akan meninggalkan parut pembedahan yang sangat HUDUH!

Jadi buat korang yang belum terkena teruk masalah macam ni atau baru sahaja berniat untuk mulakan journey losing weight, syukur! Ini rezeki korang, dapat proper guidance dari CDS sebelum nasi menjadi bubur.

Tips membaikpulih keadaan kulit londeh sekiranya keadaan kulit korang masih belum tahap teruk:

  • Dapatkan back up sumber kolegen

    – Kolegen adalah sejenis protein (amino acid) yang membantu penjagaan kulit, rambut, kuku, sendi & pelbagai organ lagi. Secara umumnya, kolegen yang mencukupi akan membuatkan kulit kita sentiasa anjal & gebu mulus. Badan kita secara semulajadinya boleh hasilkan kolegen sendiri akan tetapi lagi meningkat usia, lagi berkuranglah pembentukan kolegen, tambahan pulak dengan lifestyle yang tak sihat.

    – Makanan yang tinggi dengan sumber kolegen anti penuaan ni ada dalam sup tulang lembu, isi-isi dalam tulang lembu,, kaki ayam, kepak ayam dan peha ayam. Kalau dari sumber ikan pula ia ada dalam ikan-ikan yang berlemak tinggi seperti salmon, sardine, patin, keli & beberapa lagi. Manakala kolegen dari tumbuhan datang dari tumbuhan bersulfur tinggi. Gelatin dari sumber ekor lembu & kepak ayam juga mampu mencantikkan kulit & mengurangkan masalah selulit pada bawah kulit.

    Tak kisahlah korang nak guna kolegen dalam bentuk supplement makan ker, sapu ker, paling penting jangan lah beli kolegen auta takde kelulusan. Banyak kes sekarang makan kolegen organ dalaman pulak rosak. Dan tolong lah beli yang ada kelulusan FDA or KKM, beli dekat farmasi lah, jangan pegi kedai jamu. Adoiiii…salah diri sendiri lah.. Kalau tahu tak mampu nak beli supplement, makan je lah natural kolegen. Tak banyak pon badan kita perlukan.

    – Tak gemok ker Coach kalau makan kolegen ni? Oh, nanti CDS buat artikel pasal kolegen ya 🙂

  • Berhenti hisap rokok, minum alkohol, air bergas atau pengambilan kafein yang berlebihan

    – Kesan dari melakukan tabiat-tabiat buruk yang disebutkan inilah penyebab keanjalan kulit semakin berkurangan & penghasilan kolegen semulajadi dalam badan pun berkurangan. Ada satu research dari Itali melakukan eksperiment kepada beberapa wanita kaki smoker ni mintak dorang berhenti dan hasilnya kulit mereka rejuvenate semula selepas 9bulan bebas dari rokok. Pada awalnya umur biological body mereka lebih tua dari umur mereka sebenar.

    – Pengambilan air bergula tinggi (alcohol & berkarbonat) dalam masa yang sama overdos kafein pon boleh tarik keremajaan kulit korang. Korang tak sanggup ker tinggalkan benda ni just to look more younger after this? Benda ni bukan cerita “GEBANG” (auta) sebab it does happened surrounding you! Tengok lah betapa tuanya muka orang-orang perokok, kuat minum kopi atau air gas ni. Korang pon tak mustahil boleh jadi sama macam tu. Tambah lagi dengan stress harian yang kita hadap.

  • Makan vitamin-vitamin dengan cukup

    – Vitamin yang paling power untuk back up kolegen adalah Vitamin C weh! Vitamin C mampu membina kolegen & gelatin secara semulajadi dalam badan kita, ia jugak mempunyai fungsi merawat. Makanan yang ada vit ni selalunya makanan yang citrus sayur hijau pon ada.

    – Vitamin E sangat membantu dari segi perbaiki kecantikkan & kesihatan kulit, ia berfungsi sebagai antioksida & pelindung cahaya UV berlebihan. VIt ni banyak pada makanan tinggi lemak sihat : Avocado, kekacangan, labu, bayam, asparagus & seeds.

    – Vitamin A pulak support skin cells production, ia jugak memjadikan kulit lebih tegang dan firm. Boleh dapatkan Vit A ni dalam kuantiti tinggi dari hati lembu, daging, kale dan tenusu

    – Biotin / B7 memang tak asing lagi dengan kerjanya mampu mengawet mudakan kulit, kuku & rambut! Biotin sangat banyak dalam organ dalaman haiwan, telur, avocado, ikan, cendawan, kobis, brokoli & cauliflower

    – Omega 3 bantu kesihatan jantung, otak & kulit (korang mesti tahu kan?) Boleh makan fish oil kalau nak dapatkan patinya. Boleh juga dapatkan dari green superfoods seperti chorella, algae, spirulina & wheatgrass, ia bantu dalam proses peningkatan stemcell dalam badan

    – Vitamin D adalah vitamin paling utama dalam badan kita sebab ia mampu pulihkan mood, hormone, metabolisme, kesihatan otot jantung & fungsi otak. Korang boleh dapatkan khasiat Vit. D ni dari cahaya matahari sebelum pukul 9 ke atas. Hey! It’s free! Rugi tak ambik benda free

    – Pengambilan supplement tambahan yang terlalu tinggi anti oksidanya adalah dilarang bagi mengelakkan body kita capai tahap adaptasi & menyebabkan penyakit.

    Overall vitamin-vitamin ni semuanya LEBIH ELOK sekiranya di ambil dalam bentuk makanan semula jadi, bukan supplementary melainkan korang dinasihatkan doctor atau dietitian untuk mengambilnya.

  • Bina OTOT !

    – Lapisan lemak membiak dengan jayanya diantara lapisan kulit & otot. S ekiranya lapisan lemak berkurangan tanpa bina otot, ruang kekosongan tersebut menjadi punca kenapa kulit jadi londeh. Dah otot tak terbina, ape lagi yang nak “fill in” kekosongan tengah-tengah antara kulit dan otot? Oleh itu, pentingnya tambah lagi jisim otot supaya badan nampak lebih penuh dan padat dengan otot.

    .Mesti korang bayangkan kena jad macam abam sado ketol-ketol..Isyk! tak kuasa CDS nak suruh korang buat body macam tu (unless memang korang berkenan nak body gitu). Just mintak tambahkan lagi jisim otot supaya metabolisma korang sentiasa tip top. Lemak dia alergik ternak kalau badan kita tinggi metabo.

    Ompompuan toksahlah berangan badan tu akan jadi macam abang sado ketol, tinggi sangat ker hormone kejantanan (testo/muscle) untuk dapatkan otot besar macam tu.. Eiiyy.. Berangan tak sudah kau Joyah! Pompuan powerlifter & strongwoman yang bertahun main heavy training pon dapat otot comel jer, ni kan kau yang weight lifting pon tak reti. Tak pon kau fikir sentuh besi terus berketol?? Hahahaha!

    Degil lagi tak nak bina otot dari sekarang? Haa, korang tunggulah umur korang dah makin cecah 35++ ke atas nanti. Waktu tu metabo macam siput sedut, badan nampak makin keping sebab mula menjangkau ke masalah Sacropenia (CDS ada huraikan dalam artikel lain), rupa korang akan lagi Nampak lebih tua dari umur sebenar, tulang makin rapuh (senang dapat Menopaus) & sendi-sendi mula kering dan menyakitkan..Haaa… Time dah tua baru terhegeh nak bina otot? Good luck lah!

    Nak bina otot macam mana? Cukup ker setakat buat zumba & jogging? HAHAHAHA! Sedih tapi benar, senaman jenis aerobic begitu tak membina pon otot korang malah boleh menjerumuskan diri kepada muscle antrophy (pengecutan otot). Pegi lah belajar buat weight lifting sebab resistance training seperti angkat bebanan, HIIT mampu tingkatkan kesan Hypertrophy (pengembangan otot) yang lebih efektif. Cari lah classes weight lifting kat mana-mana gym untuk belajar proper teknik angkat berat bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Kang lain yang nak kejar, lain pulak dapat.

  • Rawatan Infrared

– Dalam kajian klinikal dermatology, pakar kulit menggalakkan kita mencuba rawatan infrared kerana didapati bahawa keistimewaan infrared ini mampu memperbaiki tekstur kulit tua dengan menganjalkannya semula. Banyak rawatan menegangan kulit menggunakan infrared ini. Mana nak cari? CDS ada perasan jugak, some sauna centre or massage centre ada rawatan infrared. Memang tak banyak, kalau lucky jumpalah. Boleh cuba! Demi nak tegangkan balik kulit-kulit kurang tegang tu.

  • Penjagaan kulit yang konsisten & teratur

    – Yang ni memang berlambak! Maksud I banyak orang share tips jaga kecantikan kulit secara semula jadi nowadays ni. CDS paling suka follow awek-awek Korea & Bollywood punya petua!

– Penggunaan minyak kelapa dara memang femes amatlah! From head to toe, memang thousands of benefits kita boleh dapat bila konsisten pakai VCO ni. Sebab ia bersifat anti bakteria & moisturizer paling the best dalam dunia! Lembut gila vavi kalau jadikan sebagai moisturizer (but be careful pada korang sepsis kulit bermasalah yang kuat breakouts & sebum tak terkawal ni).

– Jadi bila korang dalam proses nak turunkan berat badan ni, setiap hari sapu sikit VCO pada bahagian badan korang yang berlemak & menggeleber tu. Sebabnya bahagian tu akan kecut nanti & sekiranya ia tak di back up orleh moisturizer, siaplah korang tengok rekahan stretch marks yang teruk pada kulit bila korang dah kurus nanti. Cuba habit ni kena konsisten buat, takleh lah on off

– Berendam seluruh badan dalam Epsom Salt atau Magnesium Salt seriously membantu! Jangan lupa skrub badan dengan garam laut atau activated charcoal powder sebab ia akan membantu kurangkan kesan stretch marks dan melembutkan kulit lagi. DIsebabkan ia membantu dari segi melancarkan pengaliran darah, oleh itu kulit akan menjadi lebih tegang!

 

 

==============================================================================================

OK, sekarang CDS nak bagi peringatan supaya ELAKKAN beberapa perkara ini supaya kulit korang kurang londeh bila dah kurus nanti.

*Kalau CDS kata JANGAN kang, korang buat jugak! Harap dengan penggunakan ELAKKAN ni korang boleh cegah dari melakukan kesilapan yang akan merugikan diri sendiri:

1) ELAKKAN penurunan badan secara drastik atau terlalu banyak : Target lah sebulan pon paling banyak 4-6kilo & pastikan yang turun tu lemak, bukan otot. Sambil-sambil tu bina otot. Kau rejam sampai mati kalau coach tu kata jangan bina otot sekarang, focus buang lapisan lemak sebanyak mungkin dulu. WAAKKKKLUUUU!!!

2) ELAKKAN berdiet dengan caloric restrictions terlalu panjang masanya: Sekali sekala mungkin seminggu sekali dua enjoy your cheat meals (cheat meals ea Joyah, bukan CHEAT DAY). Kalori rendah berterusan akan buat hormone korang menggila & perlahankan metabo yang akan menjadikan pembinaan otot terbantut.

3) ELAKKAN guna artificial sweeteners terlalu kerap: Ia ibarat tipu badan kita. Gula masuk dalam badan akan jadi glucose & sepatutnya mempunyai kalori yang diperlukan badan untuk dijanakan sebagai tenaga. Akan tetapi, bila didapati ia hanyalah pemanis tiruan tanpa glucose, badan akan mula cari pengganti lain sebagai tenaga dan dikuatiiri otot akan menjadi mangsa.  Berpada-pada dengan kekerapan penggunaan pemanis tiruan ni.

4) ELAKKAN stress menguasai hidup korang: Sentiasa dapatkan rehat yang berkualiti setiap hari. Ia tak bermaksud lagi lama tidur lagi bagus. Cuma dapatkan panduan yang betol dari terapis-terapis yang bertauliah

5) BERPUASA: Kajian menyatakan berpuasa lebih dari 48-72jam mampu memperbaiki sel-sel dalam badan termasuk keanjalan kulit atau nama spesifiknya lebih kepada proses Autophagy. Sampai satu tahap sekiranya kita konsisten berpuasa untuk beberapa minggu atau bulan, badan mampu reset semula. Di ingatkan, kaedah berpuasa selama dua-tiga hari berturut-turut ini mampu mengkucar kacirkan hormone wanita. Jadi orang perempuan, better limit your fasting hours. Maximum pon 20hours per day. Ikut badan & keadaan individu. Method ini di lakukan sama seperti buat Intermittent Fasting & bagi mereka yang ingin mencuba IF, sangatlah wajib dapatkan nasihat dari mereka yang pakar.

So korang, CDS terpaksa cut down sampai sini saje. Banyak sangat dah berceloteh dalam satu artikel. Jenuh korang nak baca nanti. Pape pon, pastikan buat secara KONSISTEN tips ni ya!

Gimme some comments below & all the best gais!

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen