Jadi normal kah kalau kita boleh hilang 10kg dalam masa seminggu berpuasa? O.K ker K.O tu?
Teruskan baca sehingga habis.

Terkejut jugak bila CDS terbaca respon sorang follower ni kata dia berjaya turunkan 10kg dalam masa seminggu berpuasa, dengan teruja excitednya dia cerita. Sekali tengok jer I dah rasa benda tu tak normal. Mana taknya, penurunan berat badan yang sihat tanpa mengganggu kesihatan & metabolisma badan adalah lebih kurang 5-6kg sebulan. Kalau lebih dari tu dah termasuk dalam kategori Crash Diet.

Tapi lain pulak dengan dia ni, seminggu sampai 10 kilo, melampau benar tuu.. Nak kata xlogik, memang ada kes begitu kadang-kadang. Selalunya orang yang sakit, sangat mudah turun berat badan secara drastik dalam tempoh pendek. I assume sipulan ni seorang yang sihat tapi mungkin dia cut off terus carbs & fats dalam diet dia, dia makan below calories (crash diet maybe buat diet makan kurma 5biji setiap hari), dia over workout in a day & maybe hari2 dia overworkout. Kalau sipulan ni buat amalan sesat  begini, tak mustahil dia boleh lose banyak, lebih-lebih lagi kalau BMI dia jenis obesity.

Sambungan kisah yang lebih panjang daripada video yang CDS postkan di Youtube / IG mengenai isu berat turun terlalu drastik, 10kilo untuk 7hari ITU TIDAK NORMAL & TIDAK SIHAT ! Memang kerja gila. Mungkin juga sipulan ni dia obese & masih berada di tahap mudah badan dia untuk turun berkilo-kilo bila dia mula cut calories & bersenam. Tambahan pula adalah normal untuk kebanyakkan orang kehilangan beberapa kilo sepanjang bulan puasa disebabkan kehilangan air dalam badan & pengecutan otot.  By the way, 60-70% kandungan dalam badan manusia memang terkandung dengan air.  Akan tetapi kandungan air dalam badan akan makin kurang by aging / faktor pertambahan umur gara-gara proses Sarcopenia (pengecutan otot secara semulajadi) yang berlaku pada badan manusia.  Dan for your infomation, kandungan lemak badan yang tinggi jugak mempengaruhi kuantiti air dalam badan manusia, lagi tinggi lemak, lagi kuranglah air dalam badannya, boleh drop sehingga 50%.

CDS sertakan video tentang body water supaya korang boleh nampak & faham lebih jelas. Jadi sekarang korang boleh faham kan kenapa penting sangat air dalam badan? Dan korang boleh faham tak kenapa korang asyek rasa nak terkencing jer bila paksa badan minum air terlalu banyak? Al maklum lah, ramai coaches wannabe sampaikan ajaran sesat suruh korang minum sampai 6-7liter air setiap hari. Kita rasa nak terkencing sentiasa sebab badan kita tidak mampu tambung air yang terlalu banyak gara-gara bodyfat kita yang tinggi. Unless kalau muscles dalam badan kita tinggi, then badan kita boleh terima air yang banyak (tapi itu pon berpada-pada jugak, tidak lah sampai 6-7liter sehari). Terkencing-kencing tu bukan bermaksud detoks badan bagai ya, jangan salah faham. Badan yang tinggi dengan lemak hanya mampu tampung lesser water mass. Sebab ini jugaklah berat badan kita senang turun berkilo-kilo bila otot kita kecut aka Muscles Atrophy (gara-gara makan terlalu rendah kalori, minum air kurang & overtrained waktu bulan puasa) and even organ-organ kita pon terkandung dengan air.

Ok dia macam ni… Berpuasa ni memang bagus dari sudut melatih dalam pengawalan kalori yang masuk dalam badan kita & bagus juga menjaga hormon insulin dalam badan kita. Berpuasa ni BUKAN METHOD DIET TURUNKAN BERAT BADAN, ia hanyalah method on timing restrictions for our body to consume calories. Bila kita kurangkan kekerapan makan, maka kuranglah berlaku rembesan insulin ke dalam darah & badan akan memaksa kita guna fat storage yang sedia ada dalam badan.  Cuma benefits ni berlaku sekiranya kita jaga kualiti & kuantiti pemakanan kita sewaktu tempoh kita berbuka / dibenarkan makan. Kalau kita makan abaikan qualitiy of foods (waktu berbuka & moreh makan high fatty foods, high sugar, high salt foods) & abaikan jugak the quantity of foods dengan makan high calories density foods, you won’t be able to experience the weightloss during fasting. Badan jugak takkan guna keseluruhan fat storage dalam badan sebab sampai satu masa yang agak pendek, dia akan shutdown the fat burning engine & convert into Survical Mode dimana badan akan pegang kuat segala simpanan lemak yang ada bertujuan survival hidup. Tapi yang jadi mangsa sebagai bahan bakar adalah otot & air.

Some people are feeling very motivated untuk bersenam time bulan puasa ni atas alasan bila berpuasa, badan rasa lebih ringan (duhhh~ of course lah sebab macam CDS cakap tadi kita kawal rembesan insulins dalam badan kita sebab lagi kerap insulin terembes, lagi kerap gula dalam darah naik turun naik turun setiap kali waktu makan, lagi letih & lembik badan kita) nak buat macam-macam aktiviti. Adalan sampai bersemangat betol nak workout 3x sehari. Over nau kau sis!

Jadi dengan pengawalan diet & konsisten mengaktifkan diri sambil berpuasa definately boleh turunkan berkilo-kilo berat badan! Akan tetapi jangan tak tahu, ia hanyalah bersifat sementara. Ini berpunca dari water loss yang menjadi isu besar dalam kisah fitness during Ramadhan. CDS bukan nak demotivatedkan korang tapi takkan lah korang masih refer KILOGRAM lagi sebagai benchmark of health or weight loss sampai sekarang walaupun kita dah masuk 2021 ??? Kita sebenarnya dah lama campak tepi method kilo-kilo or BMI ni.. Adoiiiilahhh… Kita patut lebih fokus pada BODY COMPOSITIONING yang terdapat dalam kilogram tersebut.

So if let say you successfully lose 10kg, 10kg tu datang dari mana? Adakah ia pure from your fat storage? CONFIRM TIDAK! Jadinya korang kena buat body composition test menggunakan penimbang InBody (klo korang duduk area KL, CDS boleh bagi korang test ni yang bernilai RM150-200 per test, but for free sekali, roger2 I kalau berminat) supaya korang boleh tengok 10kg lost tu datang dari komponen mana. Sekiranya datang dari otot, tak bagus lah tu. Nak buat comparison bagus atau tidak mestilah kena ada “Benchmark Test”. Bila ada benchmark test sebelum korang on program korang, barulah nampak perubahan yang boleh dibandingkan. Kalau macam dalam online coaching I MISI MONTOK MANTAP, ini adalah langkah paling awal CDS akan buat pada my clients. Sebab dari proses begini, mengalukan CDS study mengenai kondisi badan dorang supaya CDS boleh rangkakan program diet & senaman mengikut kesesuaian badan dia (customized individual program). Sebab kita tak boleh tiru diet & senaman sana sini tanpa study keperluan badan kita dahulu.. Badan manusiakan berbeza-beza keperluannya, jadi program pon mestilah berbeza kalau korang taknak buang masa buat benda yang tak sesuai dengan keperluan body korang.

Okay, now korang dah faham kan macam mana nak check water loss dalam badan dalam process weight loss. Isu paling besar sebenarnya adalah nak retain/kekalkan jisim otot dalam badan dengan mengekalkan air dalam badan. Sebab whenever otot kita berkurangan, maka lagi slow lah metabo kita. Sebab ini jugak berjuta kali CDS pesan dalam pelbagai artikel & coaching I tentang kepentingan bina otot. Nak bakar lemak, bina otot, tambah lagi jisim otot dalam badan. Nak tambah jisim otot kalori mestilah on point, tak boleh makan terlalu rendah atau too much. Rehat pon kena on point sebab proses muscles recovery & growth berlaku waktu kita berehat. Bila bersenam pulak, bukan semua senaman bersifat bina otot, jadi perlu tahu fungsi & dos senaman yang sesuai mengikut sasaran masing-masing. Salah diet, salah senam atau tak dapat rehat berkualiti, maka slow lagi lah metabo korang. Banyak lagilah badan tu simpan lemak yang menjurus kepada pelbagai penyakit akan datang.

Yang terakhir, CDS kongsikan lagi video dari bodybuilding.com tentang kepentingan air dalam pembinaan otot. Jadi kalau korang lose weight dalam bulan puasa ni lebih pada kehilangan air & otot (based on your InBody test) jangan lah over excited sangat sebab ia bersifat sementara. Apa yang dimaksudkan dengan bersifat sementara tu? Sebab bila waktu musim beraya nanti, korang akan topup balik air & high calories foods berhari2, badan cenderung jadi makin gemok sekiranya otot banyak depleted waktu bulan puasa, bodyfat makin bertambah sebab metabo jadi slow angkara jisim otot makin rendah. Umur pon makin hari makin bertambah, tambah lagi gejala-gejala slow metabolism.. Lagi teruk bila kita berjantina perempuan sebab kita bukan testosterone hormones dominance..ahhh… lagi lahh parahh… otot susah nak terbina.. dekat situ kalau sistur-sistur kat luar masih kemaruk nak target bako lemak instead of bina otot, memang rugi besar.. Tapi terpulanglah pada korang nak dengar nasihat atau layan cara korang sendiri.. CDS tak boleh paksa, betol tak?

Thank you for spending your time reading this article. Selamat berpuasa semua & stay active! Feel free to share my articles for public awareness. Bantu CDS kurangkan gejala obesity & banteras ajaran songsang dari unqualified fitness coaches yang tumbuh macam cendawan nowadays. Semoga lebih ramai terselamat dari menjadi mangsa mereka. Teruskan berjuang demi kesihatan!

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen