Ramadhan is just around the corner, anggaran sebulan lagi. Korang excited tak? Hihihi. Means Hari Raya tak lama lagi. Mesti korang dah start survey-survey baju raya atau kuih raya kan? Uiiisyhh.. CDS pon dah terasa aura-aura ramadhan ni. Tapi korang dah standby strategi untuk lawan lemak yang bakal akan diternakkan waktu raya nanti tak? Eh, takyah tunggu raya, setiap kali bulan puasa ramai saja yang boleh naik berat badan. Eh, macam mana pulak boleh naik berat badan time bulan puasa?

Bolehhh..

Ni CDS senaraikan habit-habit yang boleh jadi punca kita boleh naik berat badan waktu bulan puasa, tak payah tunggu Raya pon..hihihii…

MALAS BERSAHUR:
Setiap badan manusia perlukan satu “anggaran” kalori tak kira waktu aktif atau pasif. Jadi kebanyakkan orang yang “skip” sahur, akan lebih “terjerumus” kepada makan lebih banyak pada waktu berbuka puasa nanti. Sebabnya membiarkan badan kita berpuasa 20jam (kalau kita tidur pukul 11malam & buka pukul 7malam), ia akan menyebabkan gula dalam darah tidak stabil & menjurus kepada rasa “craving” yang amat teruk. Oleh kerana itu, waktu kita pergi bazar ramadhan, semua benda kita nak makan sebab kita xmampu kawal nafsu dalam keadaan “darurat” (kelaparan yang amat).

Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur adalah barakah maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun salah seorang di antara kalian hanya minum seteguk air.” (HR. Ahmad, hadits hasan, lihat Shahihul Jami’ish Shaghir, 1/686 no. 3683)

Sahur bukan wajib tapi hanya untuk mendapatkan keberkatan dipermulaan hari. Dan seperti korang pon tahu, makan “sarapan” elok untuk stabilkan gula dalam darah. Jadi apa salahnya kita ambik kesempatan kebarakahan yang diberikan.

LETIH SEPANJANG HARI:
Bila kita skip sahur, mula lah badan jadi malas / lesu / letih / lembik. Bukan sebab kita letih atau malas, tapi gula dalam darah kita mula jatuh merundum. Ada orang kalau tak sahur dia okay saja (mungkin sudah menjadi kebiasaan / body adaptation) tapi dia masih jugak takkan mampu kawal nafsunya bila berbuka nanti. Jika betul ada yang tak bersahur, berbuka pon boleh kawal, kemungkinan badan akan bagi “side effect’ ditempat lain pula (pengecutan otot yang mendadak, prestasi kerja yang tidak cemerlang, brain fogging, dan lain-lain).

BADAN CEPAT DEHIDRASI :
Waktu bulan berpuasa ni yang mencabar bila kena musim ala-ala kemarau & panas memanjang gitu.. Dengan bahang lagi. Memang cepat betul rasa dahaga. Kalau waktu sahur pun skip makan & minum, lagi lah menyeksakan. Waktu bulan puasa ni lah sebenarnya badan mudah sangat kekurangan air. Antara punca utama adalah kita kurang “topup” semula keperluan air dalam badan ketika waktu kita boleh makan dan minum & satu lagi kita kerap sangat berbuka puasa atau moreh minum air manis. Minum air manis tidak termasuk dalam mencukupkan keperluan air yang perlu kita minum sehari. Hanya air kosong saja di ambil kira. Lagi kerap kita minum/makan benda manis (dan makan makanan masin jugak), lagi mudah badan kita rasa dahaga ketika berpuasa.

GODAAN BAZAAR RAMADHAN:
Humm… Tahun ni CDS tak pasti samaada akan ada ker bazaar ramadhan? Firasat I macam mengatakan ada sebab kalau pasar malam harian pon berjalan seperti biasa waktu bukan bulan Ramadhan, inikan bazaar ramadhan kan? Tapi personally CDS masih takut / tak berani nak pegi tempat-tempat yang ramai orang ni. Jadi dengan adanya godaan pelbagai juadah yang kadang-kadang kita just jumpa waktu bulan puasa saja, lain waktu dia takda. Agak bahaya jika perut dah lah berada dalam keadaan lapar “giler”, balik opis singgah baazar lagi.. Fuhh..macam-macam rasa nak beli. Unless if korang macam me & hasben I, pegi bazaar, punyalah tawaf beberapa kali, last-last macam tak da apa sangat yang nak dibeli. Bila kita dah biasa latih diri untuk makan sihat, godaan juadah menggila dibazaar ni tak berapa menggugat iman kita sangat. Dan selalunya kita prefer untuk masak sendiri lebih puas hati dari beli. Kalau teragak nak makan fancy sikit, baru lah pegi bazaar. Betol tak? Harap betol lah..hihihi..

NAFSU KETIKA BERBUKA:
I dont know korang, tapi CDS dibesarkan dalam family yang makan memang ala-ala ada kenduri hari-hari. Sepanjang hidup CDS, walaupun kami bukanlah family level “kayangan” tapi rasa bertuah sebab makan tak pernah bercatu & tak pernah rasa tak fancy. Itu yang semua “sihat-sihat bulat” belaka. Jadi bila dah “berkebuluran” dari pagi & paksa badan tahan kebulur sampai waktu berbuka, beli pulak makanan dari bazaar ikut nafsu juga, makanya waktu berbuka pon ikut nafsu. Kalau dalam Islam, cara Rasullullah berbuka:

Dalam hadis tersebut diketahui bahwa Rasulullah SAW berbuka puasa menggunakan kurma basah (ruthab), apabila tidak ada ruthab maka beliau menyantap kurma kering (tamr), apabila tidak ada tamr maka Rasulullah berbuka dengan seteguk air. Beberapa riwayat menyatakan bahwa Rasulullah makan kurma dalam jumlah ganjil, yakni 3, 5, dan 7.”

Baginda akan berbuka ringan dahulu & solat kemudiannya. Selesai solat barulah baginda berbuka berat. Dengan cara begini badan kita lebih selesa menunaikan solat terawikh tanpa makanan yang terlalu banyak diisi ketika berbuka. Akan tetapi sekiranyanya dari waktu sahur pun kita dah GAGAL dalam pengurusan habit pemakanan, memang susah nak elak dari tidak terbabas makan waktu berbuka. Badan dah terlalu lapar & “binge eating” habit mudah berlaku. Nampak tak betapa pentingnya habit dipermulaan hari yang akan memberi kesan dipenghujung hari.

BAHAYANYA “DESSERT” :
Paling “heaven” adalah dessert waktu bulan puasa. Macam-macam & dessert yang jarang kita jumpa kita akan jumpa waktu ni. Kadang-kadang tak sedar kita terbabas beli dessert gara-gara “geram” tengok semua waktu berbelanja dibazaar ramadhan tu. Terpaksa meleret-leret makan sampai ke moreh sebagai midnite snack. Itu belum masuk lagi kuih muih bila habis terawih dekat masjid (eh, tahun ni dah boleh terawih kat masjid ker? rindu pulak rasa), dengan orang ramai yang berbaik hati sumbangkan pebagai juadah moreh untuk dimakan bila abes terawih. Padahal kuih kat rumah pon belum habis lagi tu. Sampai rumah, tengah malam kang, bukak peti ais sambung makan dessert yang tak abes waktu berbuka tadi..hihihi..

TIKUS TENGAH MALAM:
Tak tahulah kalau korang perasaa atau tidak, time bulan puasa ni macam mudah betul rasa lapar. Padahal dah makan buka & moreh. Sebelum tidur pon perut still rasa lapar berbunyi mintak makan. Selalunya bulan puasa ramai yang tidur lewat mungkin nak uruskan apa yang patut untuk keesokkan hari. Sebab waktu bulan puasa memang terasa masa sangat pendek. Dan waktu malam-malam kita lebih fokus & bertenanga nak buat kerja atau teruskan buat ibadah-ibadah sunat. Tapi bila dah stay up late, sure perut berbunyi. Tambahan makan makanan high sugary foods, high starchy carbs, processed foods dan sebagainya, lagi mudah ia “trigger”rasa craving untuk makan. Air pulak asyek air manis, lagi lah trigger lapar. Fuhh.. Sedar tak sedar, kita pergi dapur sambung makan lebihan makanan malam tadi.

HABIT TIDUR LEWAT:
Tidak lah CDS maksudkan tidur lewat sebab buat kerja-kerja tak berfaedah. Bulan mulia begini ramai Muslim ambik kesempatan buat solat tengah malam, dan macam-macam lagi “checklist” ibadah yang kita nak kejar gandaan pahalanya yang setahun sekali saja dapat kita rasa. Jadi kitaran tidur yang berkualiti memang agak terganggu. Samada kita tidur kurang dari 7jam atau kita tidur bangun tidur bangun. Itu semua memang akan membuatkan badan kita rasa “restless” disiang hari

Cuba cari power nap waktu siang ya. Sebab bila rehat kita huru hara, segala hormon dalam badan jadi huru hara. Bila hormon huru hara mulalah cravings macam-macam & metabolisma pon makin slow.

=============================================================================================

Macam mana agaknya korang rasa nak uruskan kesihatan korang dibulan ramadhan ni? Buntu tiada idea kan? Sebab masalah-masalah begini berlaku CDS wujudkan 3M BodyRaya. Kalau korang jenis malas nak fikirkan macam mana nak susun strategi maintain fit sepanjang Ramadhan, jom CDS bantu sediakan, korang tinggal follow jer..Sumpah memudahkan otak kita dari nak fikirkan benda-benda bukan kepakaran kita ni. Kan mudah just rujuk saja pada yang pakar?

Ia masih dalam program Misi Montok Mantap tapi apa beza 3MBodyRaya dengan 3MBOT ??

– BodyRaya lebih berbentuk pertandingan antara sesama chikas. Hadiah RM1000 (bukan berbentuk cash), Medal Sexy 3M & Tiara 3M akan diberikan).

– Kategori yang dibuka hanyalah CurvyLean (3M weightloss) sahaja.

– Bodyraya berlangsung hanya 30hari sepanjang ramadhan sahaja yang bermula pada hari pertama Ramadhan pada 11 April ini. Jadi pendaftaran hanya akan tutup 5hari sebelum 11 April.

– BodyRaya coaching tetap on tapi tidak sekerap 3MBOT & 3x Live Class diberikan pada petang Sabtu & tiada kelas malam akan dilakukan bagi menghormati masa terawih.

– Silibus BodyRaya  lebih fokus pada teknik PENGURUSAN HEALTHY HABIT KETIKA BERPUASA sambil berusaha turunkan berat badan bagi persediaan Raya.

– Bagi peserta non muslim BOLEH SERTAI & korang akan diajar lakukan diet Intermittent Fasting (wet fasting) secara betul, teratur & bersistematik.

– BodyRaya tidak terbuka bagi kategori “Special Case”. Korang yang ada masalah kesihatan yang perlukan pemantauan teliti di galakkan sertai 3MBOT. Bukan BodyRaya yang berbentuk pertandingan. Akan tetapi sekiranya korang tetapi ingin sertai, sebarang risiko korang perlu uruskan sendiri sebab CDS tidak akan memberikan program khusus mengikut masalah kesihatan yang korang alami. Bermaksud korang akan dapat program general CurvyLean, bukan specific for certain health problem. Take note ya!

– Ebook yang disediakan adalah berkonsepkan Home Workout Fitness Ramadhan cara MIsi Montok Mantap, tiada sebarang program gym workout akan dilakukan pada waktu ini.

– Diary IG WAJIB dilengkapkan sepanjang 30hari ramadhan

– Alatan yang korang perlu sediakan sebelum sertai online coaching ini adalah seperti:
(WAJIB ADA)
– Penimbang body composition
– Pita Pengukur Badan
– Yoga Mat
– Sport Shoes
– Adjustable Dumbell / Barbell / sebarang bebanan
– Jam Heart Rate Monitor
– Ada diary IG Private account untuk 3M report
– Ada Facebook account sendiri
– Download ZOOM Apps

-Harga hanya lah RM350 + free Ebook

(only for this season)

Apa korang akan dapat bila sertai 3M BodyRaya?

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP, TERIMA KASIH.

Diane Sera
Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen