Category

Online Coaching

Category

Cabaran Kurus 2023: 30Hari Tanpa Bazaar Ramadhan

 

Terpaling SERABUT OTAK bila bazaar ramadhan tiba waktu kita dah konsisten diet nak kurus, kan??
Bagus & tahniah sebab korang antara manusia yang paling SEDAR DIRI sebab ramai kerasukkan bila tiba wujudnya bazaar ramadhan setahun sekali. Tak kira lah yang berpuasa & tak berpuasa.

Kenapa ya ada jugak orang yang kurang berkenan bila tibanya bazaar ramadhan?

  1. Harga kebanyakkan makanan ibarat sembelih orang hidup-hidup mahalnya. Al maklumlah, juadah tu ada terjual waktu bulan ramadhan jer, bulan lain xjumpa punya. Harga Yahudi yang orang yahudi pon geleng kepala kalau tengok.
  2. Tak semua sedap dan memuaskan citarasa selera kita. Kadang-kadang dia punya kedekut tahi hidung masin, inti karipap angin.. Paling tak boleh terima bila terkena dengan rasa mengarut. Bertambah teruk bila terbeli makanan basi atau rosak, recycle beberapa hari, mau food poisoning di buatnya!
  3. Konfirm bab kebersihan susah nak dijaga bagi sesetengah peniaga. Keletihan berniaga ni bukan kaleng-kaleng, tak semua peniaga rajin nak sental periuk berkerak sampai bersih setiap kali bazaar tamat. Tak semua peniaga nak masak air untuk buat air batu & pernah viral buat air minuman berperisa dari air paip tanpa dimasak dahulu. Ini bukan tuduhan melulu, CDS pernah berniaga dibazaar satu ketika dahulu & melihat gelagat segelintir peniaga yang culas bab2 keselamatan makanan ni.
  4. Tapi disebabkan nafsu bergelora, perut pun dah kelaparan dek sepanjang hari berpuasa (yang tak bangun sahur lagi kritikal laparnya), mula lah berbelanja boros beli itu ini. Berbuka dengan penuh meja. Mewah! Bila perut dah sendat, mula rasa berdosa. Baru fikir nak diet esok. Nak solat terawikh pon badan dah letih & mata dah mula berat.
  5. Yang ni gejala mak-mak yang letih balik kerja & malas nak fikir masak apa.. Bulan puasa kebanyakkan majikan bagi pelepasan pekerja untuk balik awal. Instead of terus drive balik, mak-mak ni lebih suka berjalan membeli belah di bazaar. Beli makanan berbuka & balik terus hidang. Jimat tenaga & masa. Sebab nak fokus pada amal ibadah & keluarga, kan?

PERINGATAN KERAS:
Program ini tiada niat ingin jatuhkan bazaar ramadhan. Ini hanyalah usaha kecil mendidik diri kita menitik beratkan kesihatan dari penjagaan pemakanan secara konsisten walaupun pada bulan Ramadhan. Ia juga  melatih diri mengurangkan pembaziran berbelanja luar keperluan. Peserta masih diberikan 2x peluang menyokong bisness bazaar (optional). Jadi, usah berburuk sangka tujuan sasaran program ini. Bazaar juga adalah tempat kita menyokong peniaga2 kecil  mencari  sumber pendapatan dibulan puasa. InsyaAllah, bersangka baik. Peace, no harm!

CDS terangkan sedikit Q & A program online coaching CABARAN KURUS 2023: 30HARI TANPA BAZAAR RAMADHAN ni.

Objektif  utama program ?
– Dalam Islam dah mengingatkan kita mengutamakan kehidupan & amalan bersederhana walaurezeki kita mencurah setiap hari. Pembaziran itu amalan syaitan. Senario masyarakat kita setiap kali berlaku ramadhan : amalan shopping sakan di bazaar ramadhan hampir setiap hari. Based of some media sources, Malaysia di antara negara KETIGA paling banyak pembaziran makanan selepas Germany & UK. Program ini membantu kita melatih kawal nafsu & tetap menjaga kualiti pemakanan kita supaya kita tidak membantu kenaikkan statistik obesiti negara setiap tahun. Ramai sasarkan kurus sebelum hari raya? Ada yang mudah kuruskan badan waktu raya tetapi naik berganda selepas raya. Dalam program ini kita akan belajar dalam pengurusan berat badan sepanjang berpuasa supaya tidak “binge eating” (balas dendam) di hari raya nanti. Terpaling penting, ilmu amalan pengurusan berpuasa secara sihat ini akan korang belajar nanti & boleh digunakan sampai bila-bila.

Bila & berapa lama program ni. Coach?
– Program berlangsung sepanjang Ramadhan. Dari hari pertama Ramadhan hingga hariterakhir Ramadhan nanti. Beberapa hari sebelum mula cabaran, CDS akan berikan briefing program & setiap hari akan ada task2 cabaran yang peserta wajib ikut sekiranya ingin menang duit raya dihujung program nanti.

Berapa harga yuran & apa yang saya dapat dari program?
– Harga kasih sayang RM180 hanya untuk 10orang peserta terawal sahaja. Konsep program: CABARAN = PERTANDINGAN .  Macam-macam korang dapat : Coaching & task melalui video2 & live dari CDS, 20 Resepi Bazaar Ramadhan versi rendah kalori, Fitness Diary , cadangan pelan pemakanan & senaman, sesi konsultasi & group support bersama kawan2 yang lain sehingga habis program.

Wow! Ada hadiah ker Coach?
– Setiap kali Ramadhan, Coach DS suka memberi buah tangan kepada anak didik yang sanggup bersungguh2 membuktikan dia mampu laksanakan cabaran yang diberikan sepanjang 30hari. Sebab tak ramai yang sanggup walk the talk. Yang sanggup itu, banyak pengorbanan & aturan strategi yang mereka lakukan demi merealisasikan sasaran jangka masa pendek mereka.

Saya layak ker join program ni?
– Selagi korang bukan kerja dalam bidang fitness, health, sport or medical, korang layak join. Pastikan BMI korang tahap overweight ke atas. Itu jer syaratnya.  Lelaki boleh, perempuan boleh & non muslim pon boleh.

Coach, memang tak boleh sentuh makanan yang dibeli dari bazaar langsung ker?
– Haaa… Bagus soalan.. CDS bagi 2hari talian hayat dimana korang boleh gunakan sekiranya TERDESAK.  Contoh seperti terpaksa balik kampung & makan apa yang di hidangkan. Ada majlis buka puasa ker dan lain-lain yang membuatkan korang terpaksa gunakan talian hayat ni. Tapi kalau xguna lagi bagus.. Besar peluang untuk menang!

Kena masak sendiri ker Coach?
– Paling afdal masaklah sendiri, kalau tak reti masak mintak tolonglah keluarga masakkan. Jangan cuba cuit-cuit makanan dari bazaar. Anggaplah korang memang tengah berdiet serious supaya jadi topik bualan HOT makcik pakcik membawang bila balik raya nanti. Topiknya: “Kau nampak kurus wehh!! Apa tips kau buat??” Jujur pada diri sendiri, fitness tak pernah tipu kita.

Apa kriteria nak menang, Coach?
1) Purata peratusan penurunan berat badan & peratusan lemak tertinggi.
2) Tak pernah guna talian hayat (kalau terguna tak mengapa. Dont be too hard on yourself. Enjoy your habit changing. Menang kalah itu, rezeki masing-masing).
3) Segala tugasan/cabaran yang diberikan setiap minggu telah dilaksanakan dengan baik & di report dalam instagram peribadi anda (pastikan Coach dah check semua).
4) Effort korang konsisten educating masyarakat thru media social tentang progression korang sepanjang cabaran sebulan ini.
5) Kerajinan korang ambik gambar & kongsi masakan/menu sihat yang korang buat sepanjang Ramadhan
6) Setiap kali berjaya melaksanakan hari tersebut, masukkan seringgit dalam tabung ayam masing2. Tabung ayam paling meriah di akhir bulan Ramadhan boleh buat beli make up raya.. hahaha..
7) Pemenang akan di adili mengikut kategori paling ramai (lelaki ker, perempuan ker, muslim ker, non muslim ker, dll).

Coaching online ni kena sentiasa hadap telefon jer, Coach?
Tidak! Ikut masa masing2 kerana CDS coaching melalui rakaman video. Jadi korang boleh study anytime. Hanya seminggu sekali sahaja kita akan ada LIVE workout class petang Sabtu pukul 4 sebelum berbuka. Ia bertujuan kita dapat workout bersama & kasi bakar semangat bersama. Bukan senang kita nak bersenam waktu tengah berpuasa. hahaha.

Saya kerja related dengan fitness, tapi saya nak sangan join cabaran ni?
Boleh cuma anda awal2 tidak akan dipilih sebagai pemenang supaya peserta-peserta yang lain rasa ianya adil.

Saya ada masalah kesihatan & injuries, boleh join ker?
Boleh, yang penting korang tulis dalam borang PARQ yang telah disediakan. CDS tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan/kecederaan yang berlaku sekiranya anda tidak “clarify” masalah kesihatan anda dalam borang tersebut.

Saya kerja shift, sesuai tak?
Agak mencabar sedikit tapi tak jadi masalah. Dalam borang PARQ akan ditanyakan lebih lanjut butiran peribadi korang.

Boleh join tak kalau breast feeding mom  atau pregnant mom?
Breast feeding should be ok akan tetapi jangan terlalu letakkan matlamat turunkan berat badan drastik, kejarkan pada menjaga milk production & ubah eating habit kepada healthier pattern. Bagi pregnant mom, tiada elemen “nak kurus” sepanjang sertai program ni. Korang hanya perlu fokus kepada tukar eating pattern kepada healthier version.

Saya pernah join batch lama, boleh join lagi tak kali ni?
Boleh, sebab versi kalini berbeza dari yang lepas.

Saya/family niaga kat bazaar. Hari hari bawak balik makanan bazaar. Boleh tak saya nak join cabaran ni?
Susah kalau macam tu sebab awal awal dah lari konsep. Sekiranya niat masuk untuk belajar ilmu diet waktu ramadhan, boleh. Kalau untuk menang, agak rumit disitu.

Bila saya perlu laporkan report terakhir sebelum keputusan final keluar?
Peserta WAJIB laporkan report 2hari sebelum 1 Syawal. Kegagalan korang buat begitu adalah kerugian diri sendiri.

Kalau saya tak buat tugasan/cabaran, boleh tak?
Boleh jer tapi point kurang. Kita punya point system akan menentukan point2 peserta di akhir program.

Kalau tak pegi bazaar, tapi beli makanan kat kedai boleh tak coach? Tak sempat masak.
Jangan lupa konsep program ini, kurangkan beli makanan ready made diluar kecuali peserta beli stok makanan sihat RTE & memang tak sempat nak masak langsung. Boleh diterima tetapi bukanlah kriteria pemilihan sebagai pemenang.

Berminat nak cabar diri ubah amalan gaya hidup sihat selama 30hari ramadhan ini??
Ok, roger2 terus CDS dengan klik sini:

DAFTAR SINI

3M BodyRaya Challenge 2021

Ramadhan is just around the corner, anggaran sebulan lagi. Korang excited tak? Hihihi. Means Hari Raya tak lama lagi. Mesti korang dah start survey-survey baju raya atau kuih raya kan? Uiiisyhh.. CDS pon dah terasa aura-aura ramadhan ni. Tapi korang dah standby strategi untuk lawan lemak yang bakal akan diternakkan waktu raya nanti tak? Eh, takyah tunggu raya, setiap kali bulan puasa ramai saja yang boleh naik berat badan. Eh, macam mana pulak boleh naik berat badan time bulan puasa?

Misi Montok Mantap Online Coaching (versi Back On Track)

Hey chikas. It’s your Curvy Coach here!

Pernah dengar latihan untuk dapatkan bentuk badan yang MONTOK, PADAT & MENGIURKAN?? Yes, satu-satunya “online coaching” yang berkonsepkan “hourglass body shaping” hanya direkakhas bagi korang ladies yang sukakan bentuk badan yang tidak kurus & jugak padat montok berisi tetapi pejal. Ianya lebih feminine & sexy sebab bentuk badan wanita yang mempunyai potongan “curvy” beserta aset yang pejal membuatkan ianya nampak lebih SERONOK DIPELUK (kata encik abang – encik abang diluar sana lahh)…

Rahsia Misi Montok Mantap (6 Minggu Online Coaching)

Dah mula rasa resah gelisah selepas balik dari “honeymoon” bersuka ria tanpa kisah pasal diet atau bersenam ?
Terasa berdosa yakmatt sampai blur tak tahu mana nak back on track pada fitness journey sendiri ?
Selalu tangguh-tangguh nak back on track sebab mencari semangat yang hilang?
Adoiiiiyaaiii… dah menyampah tengok rupa badan sendiri setiap kali tengok depan cermin..

==============================================================================================

HEEEYYLLPPPPP!! MAK BERTAUBATTT!!
Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak back on track tanpa rasa nak tergelincir semula dari landasan setiap kali masuk hari ke 3 atau 4.. Bila dh tergelincir, mulalah frussttt level agong sampai benci kat badan sendiri. Bila benci mulalah korang start revanging / binging tak tentu pasal.

STOP IT, LADIES !
Calm down & control your emotional sebab Coach DS finally on kan online coaching Rahsia Montok Mantap : Edisi Back On Track bagi korang-korang yang dah mula sedar lepas balik honeymoon (tak kira lah lepas raya ker, lepas outstation ker, lepas attend 10bijik kenduri sehari ker, dll). Jadi gol program ini adalah untuk membimbing korang macam mana nak back on track dengan cara yang tidak menyeksakan mental emosi korang. Body shaping/contouring & tummy cleanse diantara hot demanding dari ladies sepanjang Coach survey sebelum ni.

Apa kah benda yang korang boleh dapat dalam program online coaching selama 6 minggu ni ?
– Konfirm – konfirm korang dapat 6 minggu berturut-turut bimbingan professional dari Coach curvy korang ni yang tak pernah jemu mendidik ladies untuk rasa transformasi dari body barai ke body yang montok hot tip top meletop!

– Korang akan di bimbing untuk mula hidup dengan gaya hidup sihat & aktif yang selalu di amalkan oleh awek2 montok cun melecun. Bukan senang tau nak korek rahsia kecantikkan dorang.

– Korang akan belajar cara “mencintai” diri sendiri sebab dengan self love baru korang tahu betapa pentingnya selfcare.

– Jangan risau, group online coaching ni hanya untuk ladies saje, dapatlah korang berkenalan dengan geng2 ladies (pelbagai level fitness, life background & pelbagai berat badan) untuk dijadikan geng2 seperjuangan sepanjang program. By the way, kalau korang rasa nak post gambo sexy mexy korang ker, no hal sis! tapi dalam private ig nanti. Coach ajar macam mana ya.

– Di sebabkan online coaching ni hanya fokus kepada kaum hawa, bukan setakat dapat belajar ilmu body shaping atau diet & senaman, Coach curvy korang ni memang suka gila sharekan info-info tentang kesihatan luar & dalam wanita termasuklah mental & emotional health.

-Kalau korang ada masalah kesihatan, no worries, Coach sediakan Special Case categoriy bagi mendapatkan special care supaya dapat membantu korang achieve kesihatan optimum korang sepanjang program. Toksah malu-malu badak nak bertanya, lontarkan saje apa soalan yang berserabut dalam otak selama ni.

– Dan sudah semestinya Coach curvy kesayangan korang ni akan bagi pelan pemakanan & senaman edisi back on track supaya proses 6minggu korang lebih terurus & boleh konsisten sepanjang misi mengejar sasaran.

– Paling best & selalu Coach suka buat adalah bagi macam-macam appreciation gifts PERCUMA! Kalini Coach nak bagi free diet resepi, free panduan senaman secara visual, free jadual tracker harian & motivasi pembakar semangat tanpa had. Kita ada bagi medal achievement kepada peserta yang boleh tunjukkan performance yang memukau!

Jadi siapa yang sesuai join program ni ?
– Semua ladies tak kira apa pon kategori berat badan atau peringkat umur.
Paling penting korang kena kental & berdisiplin tinggi sepanjang 6minggu program.Serious tak lama, percayalah. Alangkah ruginya kalau korang hot-hot chicken shits sepanjang on program.

Berapa yuran penyertaan ?
– Coach bagi harga kasih sayang macam dalam whatsapp details korang dapat dari 3M Customer Advisors. Investment berbaloi ! Bukan Coach cakap, tapi peserta-peserta yang pernah join program Coach, yang kata begitu. Hampir 99.9% semua berpuas hati sepanjang bimbingan.

Nak diskaun lagi ? No problemos chikas~
Yang sebenarnya buat masa ni Coach tengah bagi half price dari harga sebenar sebagai harga pengenalan. Jadinya harga yang diberikan sebenarnya dah  di diskaunkan. Tapi kalau korang perform best2 then dapatkan kupon diskaun bagi batch akan datang.

Program ni ada hadiah ker?
– Ada tapi hanya korang mampu buat best performance sahaja lah..
Even klo bukan best performer tapi if korang rajin buat task2 yang Coach bagi, ada jugak dapat gift.

Program ni ada paksa beli apa-apa produk suppliment ker?
– Eheks!! Ni bukan program yang di sponsored mana-mana pihak suppliment. Jangan risau, we do it natural way.. I pon bukan coach scammers produk2 MLM  Silakan siasat profil Coach kalau nak kepastian lagi:

Profil

Kelulusan, Pencapaian & Pengalaman

Ada guna gym ker kalau join?
– Kita ada 2 jenis program: Gym & Home. Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing..

Ada apa-apa peralatan yang perlu standby untuk join program ni?
– Line internet yang cantik, tak sangkut2 atau selooww..
– Penimbang ada komposisi dalaman badan (bodyfat, muscle mass, water mass, dll)
– Pita pengukur
– Sport shoes
– Diari fitness Instagram
– Adjustable weight (barbell/dumbells/KB/etc)..Tapi kalau tiada, guna sajalah botol air ker, bakul berat ker atau apa2 yang boleh dijadikan bebanan,

Bila program berlangsung & habis bila ?
– Bab ni kena tanya Coach sebab setiap 2 atau 3bulan sekali saja satu batch akan run.

Register awal boleh coach?
Boleh amat.. I bagi Mysterious Gift pada yang register awal.

Nak join ?? Terus pergi ke link ni:
www.wasap.my/60177022402/3Minfo

==============================================================================================

Jaga-jaga cik Salma..
Silap hari encik suami menggelupur balik kerja sebab nak terkam bini yang dah mirip Saloma..
Montok mantap tak boleh handle !
Hihihihi…

Online Group Training: Si Kering Vs Si Gedempol

Raikan perbezaan mereka yang terlalu kurus dan yang terlalu berisi.

Betol! Kecantikkan itu memang datang dari pelbagai sudut dan bentuk kan? Akan tetapi kecantikan tubuh badan sahaja tidak memadai kalau kesihatan dalaman kita tak dipelihara dengan betul.

Tak ramai tahu jadi si Kurus itu adalah satu penyeksaan dan ramai sahaja lebih gemar pandang serong pada mereka yang berlebihan berat badan. Di sini Coach DS nak bukak minda korang untuk selami isu-isi yang dialami oleh  si Kurus & si Gemok dalam harian hidup mereka:

Si Gedempol (berlebihan berat badan):
1) Asal shopping baju jer, mesti susah cari size besar. Dah pusing-pusing 3-4 shopping malls, payah benar nak ada size. Kalau ada size pon, design baju huduh amat. Kadang-kadang terpaksa ajelah beli sebab tiada pilihan lain. Sedihh..sob..sob..sob.. Tu belum promoter baju buat muka mintak pelempang sebab rasa susah nak layan si gedempol ni cari size.

2) Bila naik kapal terbang atau public transport, orang keliling akan bagi pandangan “isyhk si gemok ni, makan ruang betol!” dan ramai akan cuba cari tempat lain supaya tidak duduk dekat dengan si gedempol ni.  Memang tak selesa bila si gedempol terpaksa berselit dalam public transport nak-nak waktu peak hour. Berkicap ketiak wa cakap sama lu!

3) Masalah kesihatan? Ape tu?? Tak payah cakap laahhh hakak abang oiii.. Pernafasan pon dah bunyi macam semput, demam/tak sihat badan tu memang selalu. Lemau, lemah, lembik, you named it! semua ada! Penyakit kronik tu kena cerita chapter seterusnya, macam-macam hal. Ada yang sampai tak mampu berikan zuriat dan diugut untuk diceraikan.

4) Pergerakkan macam siput panjat gunung Kinabalu, very lah the seloowww motion. Buat apa kerja selow dan cepat penat. Mood swing segala bila orang keliling membawang pasal prestasi kerja yang tak berapa cemerlang tu. Tak ramai bos berkenan nak ambik staff buat kerja slow motion dan selalu mintak cuti sakit. Tu belum kena jaga orang tua sakit/anak/suami/isteri/oku kat rumah. Lagi perlukan kecergasaan bergerak sana sini.

5) Bau badan toksah cakaplah..Mandi 5x sehari pon badan kuat berpeluh dan berbau. Baju maintain basah peluh memanjang. Biasalah, lagi berat seseorang tu, lagi banyak dia bergerak, lagi senang pembakaran kalori berlaku. Tu yang berkicap memanjang.

6) Waktu makan atau beli makanan, mesti ada langau lalat beruk tegur: “Larrr..patutlah badan gemok. Kau makan ker melantak ni? Diet lah weehhh!! Badan dah macam nak meletup!.” Tapi kang bila time si gedempol diet, beruk berbunyi: “Wow! kau tengah dieett kerrr?? diet macam mana pon, macam tu jelah kembang aku tengok badan kau..”

7) Rasa insecurities dengan badan sendiri setiap kali tengok badan orang lain tiada masalah berat badan. Nak-nak bila pergi gym ker, hari terbuka sekolah anak ker, tertengok gambar artis ker. Sure akan kondem rupa diri sendiri. Pegi lari nangis belakang ceruk peti ais mengenangkan penyesalan badan gemok. Sejam kemudian, dari duduk belakang peti ais, mula lah dia duduk depan peti ais cari apa yang boleh di kunyah.

8) Hubungan intim dengan pasangan jadi tak power! Ehem ehem..ni kisah orang dah kawen saje…. Si gedempol ni tak larat nak bertahan lama sebab hubungan intim perlukan kadar ketahanan jantung yang tinggi. Boleh meletop jantung kalau tak berjaga-jaga.

9) Sentap gila bila budak 3tahun panggil GEMOKNYA DIA! Ye lahh..bukan niat budak tu nak cari nahas, dia cuma expresskan apa yang dia nampak & perkara dia baru belajar. Nak tambah garam pada luka lagi bila budak tu tanya kat mak dia: “Mama kenapa pakcik tu gemok sangat? Dia makan banyak sangat ker? Dia tak exercise?”.. Si hemak pon speechless tak tahu na jawab macam mana.

10) Bila si gedempol balik kampung, topik paling hot antara adik beradik, mak pak sedara, jiran sekampung adalah betapa makin besarnya badan sipulan ni. Hummm…Membawang time!!

Si Kering (kurang berat badan):
1) Naik menyampah dengar netizen suka cakap:”Untunglah kau, makan banyak banyak badan maintain kurus saje..” Tapi dorang tak tahu kolesterol & visceral fat si kering ni tinggi yang senang diserang masalah jantung. Luaran  mungkin nampak kurus, tapi kat organ dan saluran darah, lemak bertepek tepek.

2) Terpaksa makan mengalahkan jembalang hanya nak pastikan berat badan tak makin turun. Sumbat macam macam dan sentiasa mengunyah. Di penghujung minggu, naik penimbang, rasa macam nak buat smack down tengok angka kat penimbang maintain kurus keping!

3) Ayat pertama bila orang jumpa si keping ni adalah “Kenapa kau makin kurus / kenapa kau kurus sangat ni?? Kesiannn.. Tak cukup makan ker macam mana??” Perrghhh.. Nak aje sekop kepala orang tu dengan kain Pak Lebai yang seminggu tak berbasuh tu. Kau tak mengerti maksud METABOLISMA TINGGI KER??

4) Paling menyampah cari kasut atau jam! sebab takde size yang bersesuaian. Dahlah baju kena pakai size budak! Takkan nak pakai kasut & jam size budak?! Bertambah gila bila setiap bulan size badan makin menyusut. Pakai semua menda nak terlondeh sampai kena ikat dengan getah sayur atau pin dengan pin lampin budak. Tragis.

5) Aset tak melimpah! Takde daya tarikan langsung. Leper sekeping papan saje. Pakai apa baju semua tak cantik. Kawan berlawanan jantina tengok pon xde selera nak pikat walaupun dah dress up se cun Neelopa.

6) Bila naik kereta sesak, selalu dipaksa duduk atas riba. Wehh! Apa korang fikir dia kanak-kanak bawah umur ker apa? Bila pegi restoran, kadang-kadang disuruh order kids plate sebab takut tak habit. Pergh, menyirap!!

7) Asal sakit atau kena period pain jer, selera terputus. Takde selera nak makan. Bila stress dan penat, tidur lebih penting dari makan.

8) Bila kawan-kawan sindir & cuba pegang pegang nak rasa isi atau tulang, kemudian gelakkan sebab dorang rasa skinny ni jokes, si kering ni sebab taknak hilang kawan, terpaksa jadi sporting & gelakkan diri sesama dengan kawan. Bab kalau angin tiup boleh terbang tu, dah immune dah jadi bahan lawak.

9) TALI PIGGANG JANGAN PERNAH LUPA BILA NAK PAKAI SELUAR JEANS!

10) Terlupa diri sendiri keping kalau tak tengok gambar or cermin diri sendiri. Kalau berada dikeliling orang yang mengadu badan gemok, terasa awkward disitu…

==========================================================================================

Mendapatkan berat badan yang ideal bukan mudah bagi seseorang. Dan boleh jadi tekanan dalam hidup mereka.
Di sini Coach DS mereka bentuk program online coaching khas bagi mereka yang bertahun hidup dalam dilema berat badan tidak ideal.

Akan dibuka bagi batch seterusnya tidak lama lagi.

Whatsapp 0177022420 untuk dapatkan keterangan lanjut.