Setelah hampir setengah tahun DS tidak ber’blogging’ (yang dahulunya DS memang mula dikenali sebagai salah seorang blogger tegar) disebabkan DS tak berapa faham nak handle template WordPress yang agak ‘canggih’ & designer DS yang bantu untuk controlkan setting semua. Bila beliau dah berpindah kerja ke tempat lain, jadi blog ni terbiar bersarang sebab DS seriously tak pandai nak ‘menggodeh’ ape setting2 di dalamnya & menyebabkan DS jadi sangat malas untuk berblog bila setting & functionnya merumitkan.

Bila DS dapat message di FB DS, dari followers blog lama DS (http://dianesera.blogspot.com/) beberapa kali mintak DS sambung berblogging seperti dahulu, sayu hati sebab tak mampu nak tunaikan permintaan mereka. Mereka kata mereka setia menanti untuk DS update my blog with more story of my life…

Memang sebenarnya dah terlalu banyak moments yang best DS tak sempat nak kongsikan dalam blog ni contoh seperti: “Hey! I’m Married Already!!” hihihihi…Peredaran hidup DS yang ada sesetengah followers DS sangat gemar ikuti, mereka mengharapkan DS untuk sambung aktif berblog seperti dahulu. Demi korang, DS cuba (cuba sesangat lah yer, tak mampu berjanji) usahakan untuk spend a little time for me to update my blog.. Orait, untuk post arini, DS just nak share sikit progress experiment DS dalam membuat badan DS adapt dengan Clean Diet & Training ketika berpuasa. Al maklumlah, rasanya ada lagi 4hari saja tinggal sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan. Hari ni sebenarnya dah berjaya masuk hari ke 8 dalam experimenting ni. Dalam post yang ni, DS just share about experiment ni. Post2 yang seterusnya DS akan huraikan sedikit artikel mengenai diet & senaman ketika di dalam bulan puasa.

Akan tetapi, mesti some of you guys tertanya-tanya, “Rajin DS dah start puasa 2minggu awal sebelum Ramadhan tiba. Tapi kenapa?? Patutnya dah nak masuk Ramadhan ni lah, kne balun makan puas-puas, time bulan puasa tak dapat dah”…

DS belum pernah cuba method ni tahun sebelum-sebelum ni (yup, to be honest) dengan berpuasa seawal sebelum masuk Ramadhan. Kali ni DS nak cuba buat experiment ke atas badan sendiri kerananya sebelum ini training harian yang DS lakukan adalah lebih focus kepada latihan Strongwoman di mana DS perlukan kalori yang tinggi supaya latihan jenis ‘strength performance’ yang dilakukan tidak terjejas. Oleh kerana itu, DS rasa agak mencabar bila setiap kali nak buat ‘cutting phase’ dimana DS perlu ‘cut down’ my calories, eat clean & train cardio or doing higher reps with effort 50%-60% while doing weight lifting. Ia agak kekok pada atlit jenis strength performance untuk melakukannya lebih-lebih lagi kalau dah di namakan atlit Strongman Strongwoman, xde nyer makna eat clean & cardio dalam kamus kitorang ni…hihihihihi..  Jadinyer, itu yang sangat liat untuk DS buat ‘cutting phase’ kerana sudah terbiasa ‘sizing phase’. Tujuan DS melakukan puasa seawal sebelum masuk Ramadhan adalah nak bagi badan DS biasa dengan mengawal nafsu eat higher calories.. Tekak & perut ni dah dilatih makan banyak (tong besar org cakap..huhuhu) jadi bila berpuasa ni, ia membantu untuk kita kawal nafsu yang melampau ni..hahaha..

From last week, DS mulakan experiment ‘cutting phase’ ni dengan melakukan Clean Diet di mana DS hanya boleh makan makanan yang bukan processed foods.. Alaaa…kacang jer tu…DS masa buat healthy diet time ‘sizing’ memang makan semua yang fresh, jarang sangat yang processed kecuali on my cheat day. Taaapiii… yang menyukarkan ‘kelancaran’ experiment ni adalah bila prinsip diet ni die suruh kita:

1)  Makan 5-6x sehari… (dulu-dulu waktu DS tak banyak tanggungjawab, adalah masa nak makan macam ni. Tapi bila komitment dah macam-macam sekarang ni, agak merumitkan untuk DS makan sikit-sikit tapi kerap.. It’s happen kepada orang-orang berkerjaya yang memang keje die super duper buzy pagi petang siang malam, jadi sekarang ni DS tengah latih macam mana nak adapt kan cara ni bila time tengah berpuasa..)

2) Minum paling-paling minima pon 2liter air sehari.. (yang ni DS pass lah!! xde masalah!)

3) Mostly Clean Diet resepi ni ingredients nyer dalam satu jenis meal tu just mengandungi tak lebih dari 3bahan.

Contohlah: Ayam Panggang boleh diperasakan dengan Black Pepper & garam asli.. Pastikan garam tu kne asli (garam bukit atau garam laut) sebab dalam diet ni segala makanan yang diproses oleh manusia tidak dikirakan clean. Kalau nak makan nasi tu, pastikan brown rice sebab ia adalah karbohidrat yang belum di proses / di ‘bleached’ kan lagi.

(yang part ni agak merumitkan jugak pada DS sebab tekak DS ni memang cerewet bila makan. DS suka masak masakan DS full with flavours (bukan guna pak ‘aji’ ea) sebab DS dah biasakan diri dengan cara orang-orang culinary buat makanan. Kalau tak rasa pape, fail lah tu maksudnya! Tapi Clean Diet tak macam tu…Lagi raw & tak payah banyak masak, lagi bagus.. bab yang ni mmg DS struggling to improve)

4) Sekali lagi DS pesan, avoid processed & refined foods.. Yang termasuklah semua karbohidrat ringkas berwarna putih, yang sememangnya kalau korang pegi mana-mana, mesti ada & murah pulak tu. No! you cannot eat that! You can only eat complex carbohydrate yang berwana perang brownish yang ade whole wheat lah, whole grain lah.. (bab yang ni pon memang menggugat iman DS.. Ye lah.. kalau diet Strongman ni, dorang rajin makan simple carbs untuk bagi instant energy untuk buat training gila-gila tu semua & kuantiti yang di makan pon boleh tahan banyak. Tu satu hal lah, satu hal lagi, DS punya job banyak travel ke sana ke mari, jadi bila singgah kedai atau petrol station, ape nak kunyah??!! Yang ade roti bun, waffle, sandwich roti putih, nasi putih, kek, kuih2 goreng or manis.. Nak tak nak disebabkan diet ni, DS terpaksa beli roti wholegrain keping & makan kosong sambil minum susu kosong.. Menangis mak nokkkk makan cengginihhh!!! Tengok pulak laki aq kat sebelah makan brownies & strawberry shortcake selamberrr jerrrr… tak tahan jugak dibuatnya..last-last dari kempunan, DS merasa 3bites of strawberry shortcake.. DS tak kesah kalau pada orang ia dah batalkan Clean Diet DS, tapi at least I dah lepaskan craving I that time daripada craving yang berterusan & akhirnya end up makan merapu tak hengat donia.. So, the guilty bites I bedal balik dengan training kaw-kaw esok harinyer.. xdelah kaw-kaw sangat sebab tgh pose kannn…)

10491285_10204096894367390_5924112915146898978_n

5) Kenali musuh dalam makanan. Jadi apa dia musuh dalam makanan tu?? Anything  yang high in saturated and trans fats, anything fried or anything high in sugar.
(for my case, yang tinggi lemak or makanan bergoreng tu DS tak berapa terpengaruh sangat, tapi yang high in sugar tu yang payah amat. Kepada sesiapa yang memang follow blog DS dari dulu, korang pon tahu DS ada ‘sweet tooth’ & hidup tak sah kalau takde dessert. Sebab tu lah masa Encik Suami tengah bedal brownies & strawberry shortbread time I tengah driving, hilang focus di buatnya.. Memang kena jugak take a bite. err.. no … i mean 3bites… then tobat balik… Apa yang badan DS bagi respond sepanjang melakukan diet ni, I eat clean as possible as I can tapi I akan totally craving for something sweets to chew on.. Nak tak nak DS memang penuhkan fridge dengan buah-buah terutama royal red apple yg memang manis tu.. plus dengan HomeSoy Drink tu… Klo nak ikutkan yang soy drink tu dah fail dah diet ni, tapi kena ingat lah, we need to listen our body needs. So, my body needs more glycogen or sugar sebab brown rice seriously tak buat sweet craving I hilang, bagi I makin craving for sweet things ada lah.. Betull… Clean Eat ni kalau boleh semua benda biar tawar.. tapi DS tak mampu lah…dulu waktu kemaruk nak lose weight (last 3years) boleh lah buat ape saje sampai badan pon jadi geleber sana sini…last-last kesal, terpaksa gemukkan balik badan.. terlalu strict sgt diet, TAKDE LIFE WEHHH!!! I’m a food lover, tu masalah yang DS tak dapat nak avoid!!)

6) Pastikan bila shopping barang-barang dapur untuk dalam fridge tu, biar semua yang segar-segar belaka. Sediakan shopping list yang ala-ala gini:

Foods-Clean-Eating-Shopping-List

(bila part shopping barang-barang dapur, memang favourite part DS lah, lebih-lebih lagi kalau berpeluang pegi pasar basah..sebab kawasan perumahan DS xde pasar basar, kena pegi nun jauh Pasar Shah Alam atau Meru sana.. Yang ni, DS memang pass lah)

7) Kalau mampu boleh pilih yang organik punya bahan mentah.. (macam kat kawasan perumahan DS ni, banyak market-market organik…maklumlah, sini kawasan orang kayo-kayooo… malays tak ramai yewwwss… jadi nyer, kalau mampu beli…kalau tak mampu, beli lah kat pasar, asalkan fresh.. tutup mata jer klo pasal isu ‘racun serangga’ ker ape ker, asalkan kita tak makan makanan process sudahlah….)

8) Consumes healthy fats.. (yang ni pon xde masalah sebab DS dengan husband memang ada stock flaxseed oil, EPO oil, Olive oil, Canola Oil & Fish oil kat rumah…haaaa…banyakkan oil kitorang.. takdelah p makan semua…tukar2lah makan…DS pon masak guna healthy-healthy oil ni contoh guna canola oil utk tumis, olive oil untuk dressing, flaxseed untuk tabur atas makanan, almond & sunflower seeds untuk makan dengan muesli… jadi tuk ni, no problemo)

9) Belajar mengawal porsi makanan.. (oh oo… yang ni pon DS tengoh improve sebab Strongwoman makan tak pernah bercatu…mintak ampunnlahh…)

10) Makan perlahan – lahan… (omaakkkk aiiii…. yang ni pon DS tengah improvekan… sebab DS makan memang tahap macam buaya makan…sebab tu jadi johan contest makan terpantas waktu kat Sabah aritu..hahaha… cuma kali ni, ngah blajar slow down skit makan tu…)

11) Rajin-rajin lah tapaw makanan yang clean… (ohhh tidakkkk… yang ni memang tak sesuai dengan job DS.. sbb DS bukan kerja 8 to 5 setiap ari macam orang lain… my work hour anytime kena keje tak kira pagi petang siang malam or tengah malam atau weekdays or weekends.. Jadi yang ni DS just mampu lakukan food preps dimana segala makan DS sediakan awal-awal supaya senang & cepat nak masak bila-bila saje.. I kerja home based & travelling.. I ada office tapi jarang masuk office di Damansara.. I hate traffic jams! So I lebih selesa buat kerja di office rumah & most of my time work adalah bergerak ke satu negeri ke negeri lain, boleh dikatakan setiap minggu…)

10257861_10203898758494117_7017313633611402695_n

12) Jadikan diet ini sebagai cara pemakanan seisi keluarga supaya anda melakukan ianya berseorangan.. (setakat ni DS memang lone ranger lah… sebab hubby masih dengan Strongman diet die…huhuhu…kena cekalkan hati setiap kali tengok die makan or masakkan apa die nak makan… memang setiap kali masak, DS kena masak separated dish..

10409546_10204097225695673_970695506586324390_n

*mine is the bottom one…

10291848_10203801807390400_2298826076312510292_n

*the blue plate & the whey protein are mine…

Jadi, u all dah tahu kan apa prinsip-prinsip clean eating ni?? Senang untuk DS cerita my experiment pulak..

Day 1: Sahur makan scramble eggs, green smoothies dengan wholewheat bread
(time puasa, masuk tengah hari terus pancit..nak bangun dari kerusi pon tak mampu)

10338779_10204045974454424_7023333809883557594_n

Day 6: Sahur makan sesame bread, royal red apple, omelette & chicken ginger
(sampai pukul 3petang, badan dah lembik…buat keje pon slow macam sipot)

10347568_10204090957898982_5239534026038202193_n

bila time buka: lapar die tak terkawal portion!! hahaha

10409275_10204050710412820_6238759820808085484_n

Hari ke 7:  Masak satu pot besar mixed soup, bedal brown rice banyak-banyak dengan spicy grilled tempeh..

10487275_10204097489102258_3273633455170288933_n

Pukul 7.35pm: Masa buka, makan lagi benda yang sama…

Pukul 9pm: minum soy milk & makan buah2 yang ada

Pukul 12midnite: Makan Mango Yogurt, almond & flaxseed

10409546_10204097225695673_970695506586324390_n

Waktu Sahur, makan lagi mixed soup + brown rice dengan tempeh tu

So, apa resultnya on the 8th day which is hari ni??

Seriously I can do my outdoor job & I mampu pegi gym to do my lightweight training… Balik rumah still ada energy untuk masak for buka puasa… Wow, nampak perbezaan bila kita makan kerap & melebihkan sedikit kalori kita untuk simpanan tenaga diwaktu siang, rasa letih lesu tu kurang. Tengok jugak pada jenis makanan yang DS makan.. Bersup or berair, high fibre ,tak berminyak  no refine sugar… Air memang DS minum berbotol-botol malam tu… Jadi, DS boleh tangkap apa yang sebenarnya my body needs bila waktu bulan puasa so that my training performance takdelah teruk sangat & masih bertenaga nak buat keje luar..

Tu jer yang DS dapat share..Jadi, nantikan post-post yang seterusnya…

Penulis

Coach Diane Sera dikenali ramai sebagai seorang Terapis Senaman, jurulatih peribadi & bootcamp, jurulatih kecergasan ibu pra & post natal, jurulatih bina badan sains sukan, trainer of trainers, pakar pemakanan dalam bidang kecergasan & sukan. Lebih dari 8 tahun meneruskan misi membantu dalam mengubah hidup orang ramai tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Kemampuan beliau sebagai wanita multitasking yang berjaya menyeimbangkan antara kerjaya, keluarga, dan kesihatan mampu menjadikan beliau seorang jurulatih komuniti & atlit Wanita Badang yang hebat, dalam masa yang sama mampu memahami lebih mendalam akan keadaan hidup wanita di zaman mencabar ini. Kenali lebih mendalam tentang Diane Sera

Tuliskan komen